Arkib

Posts Tagged ‘haram’

Info Makanan : Telur tiruan lagi palsu??

April 8, 2011 1 komen

Assalamualaikum.. terkejut sungguh saya baru-baru ni apabila dilaporkan oleh CAP mengenai telur tiruan yang berada dipasaran.. sungguh menakutkan bila benda-benda tiruan / palsu / cetak rompak ini membabitkan industri makanan yang kita makan sehari-hari.

Yang kelakarnya, mak saya bertanya : “telur tiruan dari ayam tiruan ke?” hehehe

Saya : “Bukan dari ayam ni mak, dari manusia yang nak jadi ibu ayam!”

Ibu ayam ni jangan sebut eyh… hehe (jd makna lain pulak :p )

Oklah, jom kita baca apa kejadiannya yang sebenar…layaaaannn~

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae – bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,

Presiden CAP.


Baca selanjutnya…

Senaman atau Tarian Poco-poco telah diharamkan

Mac 28, 2011 2 comments

Senaman atau tarian poco-poco telah difatwakan HARAM oleh majlis mufti negeri Perak. Berikut adalah surat menyatakan keputusan pengharaman tersebut yang akan diwartakan.

Antara Halal ISLAM & Halal Yahudi (Kosher)

Jun 19, 2010 27 comments

Pernahkah anda mendengar perkataan Kosher?Tahukah anda apa itu Kosher? Dan pernahkah anda melihat logo kosher di label makanan yang anda beli? Kosher, kashrut, atau kasher menurut kacamata Yahudi merupakan makanan dan haiwan yang boleh dimakan. Sedangkan lawannya yang tidak boleh dimakan disebut trefa atau trayfah. Kedua istilah itu  mirip dengan halal dan haram bagi umat Islam.

Pada kenyataannya memang ada hal-hal yang sama antara kedua pengertian tersebut. Kosher tidak menghendaki adanya unsur babi dalam makanan dan minuman. Selain itu haiwan harus disembelih dengan menggunakan pisau tajam dan tidak boleh dimatikan dengan cara dipukul, dipelintir, atau diterkam binatang buas.

Disebabkan pengertian dan cara yang sama, yahudi mengatakan bahawa Kosher boleh dimakan oleh umat islam, namun pada hakikatnya adalah berbeza.

Tidak serupa dan tidak sama.Meskipun ada kemiripan antara halal dan kosher, sebenarnya keduanya adalah berbeza. Ada barang haram yang termasuk didalam kategori kosher, dan sebaliknya ada juga makanan halal yang masuk dalam kategori treyfah.

Contoh makanan dan minuman yang masuk dalam kategori kosher tetapi tidak halal adalah minuman anggur (wine). Juga semua jenis gelatin (tanpa memandang terbuat dari binatang yang disembelih atau tidak dan semua jenis keju (tanpa melihat cara dan proses pembuatannya).

Perbezaan tersebut menyebabkan implikasi yang sangat luas dalam konteks makanan halal. Produk-produk yang mengandung gelatin boleh sahaja dianggap sebagai makanan kosher. Demikian juga minuman yang mengandung alkohol seperti wine, yang oleh ajaran Islam jelas-jelas haram walaupun dengan kadar yang sikit,berdasarkan kaedah fiqhiyyah “apa yang banyaknya haram,sedikit pun haram” . Namun  di kalangan Yahudi masih diperbolehkan dengan jumlah tertentu.

Selain itu, ada juga makanan yang halal dan thayib menurut Islam, tetapi tidak kosher menurut Yahudi. Contohnya seperti, ikan yang tidak bersirip atau bersisik, kerang, dan tidak boleh makan daging bersama susu kecuali waktu makannya terpisah. Selain itu potongan-potongan daging tertentu, meskipun dari hewan yang halal, juga dianggap tidak kosher.

Dari penjelasan-penjelasan di atas, halal jelas tidaklah sama dengan kosher. Demikian juga haram tidak sama dengan treyfah. Keduanya memiliki dasar dan perlaksanaan yang berbeza.

Yahudi berusaha mempromosikan Kosher ke seluruh dunia dan menyatakan ia adalah yang terbaik berbanding halal,maka dengan itu umat islam tidak perlu ragu-ragu mengenai kosher, Namun pada hakikatnya ini merupakan salah satu cara untuk yahudi menghancurkan umat islam, ingatlah bahawasanya yahudi berusaha untuk menghancurkan islam sepertimana firman Allah taala:

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Baca selanjutnya…

Maklumat pensijilan HALAL di Malaysia ~semakan status produk

Disember 30, 2009 10 comments

Maklumat dikemaskini pada 10 Mac 2011

Direktori Halal

Maklumat Hotel

SMS : KEMUDAHAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Bagi meningkatkan kemudahan pengurusan pensijilan halal, kemudahan SMS  semakan status permohanan pensijilan halal telah disediakan melalui kemudahan MySMS 15888.
Format SMS semakan permohonan,

HALAL<>STATUS<>No. permohonan
Cth: HALAL STATUS 20091231101010
hantar ke 15888.

Format SMS semakan pemegang sijil halal

HALAL<>SEMAK<>No. Pendaftaran Syarikat (ROC)
Cth: HALAL SEMAK 12345X
hantar ke 15888.


PAUTAN PENTING HALAL

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)
Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)
Jabatan Agama Islam Perak
KPDNHEP
Jabatan Standard Malaysia
Fatwa berkaitan Halal
Jabatan Kimia
Halal Industry Development Corporation (HDC)
Glosari Halal
Aditif Halal
Soalan Lazim Halal
Aduan Halal
Kementerian Pelancongan Malaysia

PERSOALAN TENTANG HALAL JAKIM MALAYSIA

1. APAKAH BADAN PENSIJILAN DAN LOGO HALAL LAIN YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM DI DALAM DAN LUAR NEGARA?
(a) Dalam negeri:
JAKIM mengiktiraf pensijilan halal yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Negeri (JAIN).

(b) Luar negara:
Terdapat 52 badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.
Maklumat badan dan logo tersebut boleh dicapai melalui portal halal di http://www.halal.gov.my atau risalah senarai badan pensijilan halal luar negara dari Bahagian Hab Halal, JAKIM.

2. BAGAIMANAKAH HENDAK MENGENALPASTI PRODUK IMPORT YANG BERADA DI PASARAN MENDAPAT PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF?
Pengguna boleh mengenalpasti produk tersebut melalui logo atau nama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf pada label produk tersebut.

3. APAKAH PERBEZAAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DENGAN SIJIL HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH BADAN SWASTA?
Perbezaan adalah seperti berikut :

(a) Pensijilan halal Malaysia:
i. dilaksanakan oleh badan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
ii. melalui standard dan prosedur yang telah ditetapkan;
iii. selaras dengan undang-undang yang berkaitan; dan
iv. sentiasa dipantau oleh pihak berwibawa.

(b) Pensijilan halal swasta dilaksanakan oleh pihak yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan.

4. ADAKAH TERDAPAT KERJASAMA ANTARA SYARIKAT SWASTA DENGAN KERAJAAN DALAM PROSES UNTUK MENDAPATKAN SIJIL HALAL?
Sehingga kini, tiada kerjasama antara Kerajaan dan pihak swasta dalam melaksanakan pensijilan halal Malaysia.

5. BOLEHKAH PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DIKEMUKAKAN SECARA MANUAL?
Tidak. Setiap pemohonan pensijilan halal Malaysia hendaklah dipohon terus secara atas talian (online) melalui portal halal http://www.halal.gov.my.

6. BOLEHKAH PERMOHONAN LUAR NEGARA DIKEMUKAKAN SECARA ONLINE?
Ya. Setiap pemohonan pensijilan halal Malaysia boleh dipohon melalui portal halal http://www.halal.gov.my/international.

7. APAKAH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA?
Pensijilan halal Malaysia menggunapakai undang-undang seperti berikut :

i. Akta Perihal Dagangan 1972 (Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal)
1975) yang menjelaskan takrif halal dan penyediaan makanan halal dari segi hukum
syarak serta kesalahan pemalsuan bahan mentah dan dokumen halal (KPDNKK);

ii. Akta Makanan 1983 (Kementerian Kesihatan) – berhubung perlabelan, amalan kebersihan
dan keselamatan makanan;

iii. Veterinary Public Health Ordinance 1999 [Akta Binatang 1953 (semakan 2006), Akta
Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan
Negara (Pembubaran), 1983 (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)- berhubung penternakan
haiwan, kawalan penyakit dll.], Sabah Slaughter House Rules, 2003;

iv. Akta Kastam 1967 (Larangan Mengenai Import 1998)- berhubung import/eksport daging
halal;

v. Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 2001, Enakmen Majlis 2004 (Sabah),
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri;

vi. Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan;

vii. Akta Cap Dagangan 1976; dan

viii. Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 (pindaan 2010).

Baca selanjutnya…

Logo Halal : Halalkah makanan yang kita akan makan?

Disember 14, 2009 3 comments

Syubhah : Halalkah makanan yang menjadi darah daging kita?

Disember 2, 2009 6 comments

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Baca selanjutnya…

Intro : Halalkah makanan yang menjadi darah daging kita?

Disember 2, 2009 3 comments

Rasulullah bersabda, Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih. Kedua- dua ibubapalah yang menentukan menjadi Yahudi, Kristian dan Majusi (Riwayat: Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas ibu bapa menjadi isu utama dalam mencorak dan menentukan sama ada anak itu berpotensi menjadi baik atau sebaliknya. Persoalan besar timbul ialah mengapa terdapat sebahagian ibu bapa yang bersungguh-sungguh membimbing anak dan keluarga mereka ke arah menjadi manusia yang berguna tetapi tidak mencapai matlamatnya.

Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan dan panduan yang baik bagi menganalisis mengapa terdapat manusia bertindak liar, kejam dan jahat. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah Taala itu baik, Dia tiada akan menerima melainkan yang baik saja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Rasul”.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, :Rasulullah SAW bersabda:

“Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul.

Firman-Nya: 

“Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51)

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172)

Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”

(Riwayat: Muslim).

Berdasarkan dalil di atas jelas bahawa pemakanan halal dan baik akan bertindak sebagai motivasi kepada manusia untuk melakukan perbuatan yang selari dengan perintah Allah. Oleh sebab itu Allah memerintahkan Rasul, Nabi dan umat masing-masing membiasakan diri dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan pemakanan yang halal dan baik.

Baca selanjutnya…

YANG ANEH-ANEH

November 4, 2008 Tinggalkan komen

 

OLEH FAISAL TEHRANI

ANEH! Begitu kata kawan saya Abdullah Komurcu yang sudah berada di Malaysia dalam setahun. Yang aneh-aneh terlalu banyak di Malaysia, tambahnya lagi. Beliau merujuk kepada banyak perkara yang sebetulnya membingungkan, itu kata beliau. Juga kata hati saya, tetapi kerana ia terlalu lazim di Malaysia maka ia tidak lagi jadi membingungkan meskipun ia adalah sebetulnya sesuatu yang amat mengelirukan. Jika kita kata ini sesuatu yang mengelirukan kita pula yang dituduh keliru. Maaf artikel ini lebih mengata pembaca beragama Islam. Ini bulan raya, lagi pun agama itu nasihat.

Contoh? Begini. Kawan saya itu merujuk berita seorang artis menunaikan umrah kemudian pulang masih menyanyi, masih mengenakan pakaian seksi dan macam-macam lagilah. Bila orang tanya dia balas semula dengan jawapan, ini antara saya dengan Allah. Eh-eh bukan di dalam Islam antara Allah dengan kita ada kaitan dengan lain-lain manusia juga?

Kemudian kata sahabat saya itu, lebih aneh dia melihat remaja atau gadis bertudung kemudian mengenakan t-shirt lengan pendek. Di mana konsep menutup auratnya? Atau di sekolah bertudung labuh kemudian pulang sekolah tidak sabar-sabar lagi menayangkan rambut merah blonde yang baru diwarnakan.

Atau, contoh lain, gadis bertudung kelihatan sopan, menegurnya di dalam tren dengan penuh manja dan menawarkan ‘saya boleh bawa pergi jalan-jalan di Genting’. Bila saya tiba dan sergah gadis itu kerana perangai buruknya, dia marah pula pada saya. “I just want to be friendly.”

Eh-eh ini Malaysiakah? Bukankah ini negara Islam? Atau bukankah Turki yang sepatutnya lebih teruk kerana mereka dilanda fahaman sekularisme lebih awal dari kita? Sahabat saya itu jadi lebih ‘terkejut kerbau’ melihat ada artis wanita bertudung sempurna kemudian menyanyi lagu seperti pop. ‘Ini aneh.’ Katanya.

‘Ini Islam cara Malaysia, kita berbangga kita terbuka.’ Tukas seorang teman saya, orang tempatan yang rasa bertanggungjawab mempertahankan ‘Malaysia’.

Dan apa pendirian saya? Kenapa mempertahankan dan melindungi perkara yang nyata salah? Baca selanjutnya…