Rumah > Genius?, Isu Semasa, Jarang ditemui, Perjalanan Hidup, santai, Tazkirah, Teladan Hidup > Syubhah : Halalkah makanan yang menjadi darah daging kita?

Syubhah : Halalkah makanan yang menjadi darah daging kita?

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Perbincangan Hadis :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas : Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik. manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.
2) Perkara-perkara Syubhat : berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya. yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan dengan syubhat : tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa – redha Allah. syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita – mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah – dilihat oleh sahabat). tinggalkan syubhat – sifat wara’ – sempurna iman.
4) Peranan Hati : banyak ayat ditujukan pada hati (hadis – aqal terletak dihati) hati berpenyakit – jihadnya dengan mengikut manhaj Allah

Pengajaran hadis:
Melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi,demi menjaga maruah diri dan keheningan agama. Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram.  hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

Makanan yang syubhah
Definisi : Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya.

Ramai yang terkeliru apabila di tanya tentang Syubhah dan haram dan tidak kurang pula yang menganggap syubhah adalah perkara yang apabila terjadinya suatu isu,barulah ia dianggap syubhah.

Perlu diingat bahawa syubhah adalah paling hampir kepada haram. Jika terdapat sebutir syubhah, yakni keraguan dalam hati kita,maka ianya dianggap haram. Keraguan dalam perniagaan, pemilihan pemakanan adalah perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, walaupun perkara sedemikian kurang dititik beratkan dlm kehidupan seharian.

Analisis makanan halal cara saintifik

Utusan Malaysia, 26 Mac 2005 = Oleh: LAUPA JUNUS

“DALAM Islam, konsep asas makanan terbahagi kepada tiga iaitu halal, haram dan syubhah. Halal, seperti termaktub dalam al-Quran bermaksud dibenar atau dibolehkan.

“Manakala dari segi bahasa pengertian halal adalah perkara atau perbuatan yang dibolehkan, diharuskan, diizinkan atau dibenarkan,” kata Prof. Dr Yaakob Che Man, seorang saintis penyelidikan minyak dan lemak serta analisis makanan halal serta pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau yang juga Ketua Unit Makanan Halal dan Analisis (UMAH), UPM berkata, haram yang dimaksudkan oleh al-Quran pula ialah ditegah atau dilarang keras manakala syubhah bermaksud statusnya dicurigai sama ada halal atau haram.


Jelas, dalam hal-hal makanan, bagi orang Islam yang mempunyai pengetahuan agama, mereka boleh membezakan yang mana halal dan haram.

Menurut Yaakob, makanan terproses halal sekiranya ia memenuhi ciri-ciri berikut:

* Bahan-bahan mentah yang digunakan adalah halal.

* Komponen ramuan dan aditif (bahan tambahan) adalah halal.

* Proses penghasilannya berdasarkan garis panduan Islam.


Malangnya, dalam aspek pemakanan juga, perkembangan teknologi makanan menyebabkan banyak keraguan timbul mengenai soal sama ada bahan dan proses yang digunakan adalah halal dan bersih.

Inilah yang membimbangkan masyarakat Islam kini kerana kesedaran mereka dalam penggunaan makanan halal yang tinggi sama ada di dalam atau luar negara.

Pada masa ini, daripada dua bilion umat Islam di dunia, 16 juta terdapat di Malaysia manakala nilai perdagangan makanan halal mencapai RM1.317 bilion setahun di seluruh dunia.

Sensitiviti masyarakat Islam Malaysia kepada makanan halal dan haram kini dikejutkan dengan banyak pendedahan produk terutama makanan yang selama ini dianggap halal tetapi sebaliknya berlaku penipuan dengan mencampurkan makanan tersebut dengan bahan haram atau menggunakan bahan pembungkus, penyalahgunaan logo halal dan sebagainya.

Sekadar menyebut beberapa contoh, produk seperti kek bulan, lemak dalam roti, susu tepung, roti ban untuk burger, berus bulu babi dan terbaru sosej usus babi adalah contoh penipuan yang dilaporkan.


Masyarakat Islam sekali lagi berada dalam dilema kerana mereka tidak ada keupayaan untuk memastikan makanan atau produk barangan yang ada di pasaran halal.

Yaakob berkata, adalah mudah bagi masyarakat Islam mengenal pasti makanan halal iaitu semua haiwan darat, kecuali haiwan tidak disembelih mengikut syarak, babi, bangkai, darah serta beberapa haiwan darat lain seperti haiwan bertaring dan bergading, burung berkuku pencakar atau pemangsa dan haiwan perosak.

Mengenai produk makanan berasaskan bioteknologi, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1999 menyatakan semua makanan, minuman dan bahan tambah yang diproses melalui kaedah bioteknologi yang mengandungi DNA haiwan tidak halal seperti babi adalah bercanggah dengan hukum syarak dan dianggap tidak halal.

Isunya sekarang ialah makanan yang diproses bagi menentukan ia tidak dicampur dengan bahan haram tersebut.

Babi yang banyak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam pula mempunyai produk sampingan selain daging seperti lemak minyak, gelatin, enzim, pengemulsi, kulit, tulang, bulu dan lain-lain.

Yaakob memberi contoh, gelatin merupakan bahan sampingan daripada haiwan (hidrolisis separa tisu kolagen pelbagai organ dalam haiwan).

Dua jenis gelatin ialah jenis A yang diproses daripada kulit atau tulang babi yang jelas statusnya haram.

Bagi gelatin jenis B pula, ia dihasilkan daripada kulit atau tulang binatang lain seperti lembu atau kambing yang belum tentu disembelih secara Islam dan statusnya adalah syubhah.

Gelatin boleh digunakan dalam jeli, ais krim, kuih-muih, biskut dan kek.

Sehubungan itu, Yaakob telah membangunkan kaedah-kaedah saintifik analisis makanan bagi mengenal pasti kandungan sesuatu makanan bagi membantu mengikis kebimbangan dan kekeliruan.

Analisis tersebut ialah secara kualitatif (mengesahkan kehadiran) dan kuantitatif (mengetahui peratusan atau jumlah kehadiran).

Beliau membangunkan teknik melalui penyelidikan saintifik minyak dan lemak di makmal UPM sejak beberapa tahun dahulu dan diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pembangunan kaedah-kaedah analisis itu berasaskan kepada cabaran utama iaitu mengesahkan makanan halal serta mencipta kaedah pantas dan boleh dipercayai.

Meskipun banyak pusat analisis makanan pada masa ini di Malaysia, tetapi hanya Jabatan Kimia sahaja yang menjalankan analisis untuk makanan halal terutamanya bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun katanya, jabatan tersebut mempunyai banyak tanggungjawab dan tugas lain, bukan sahaja dalam kerja-kerja analisis makanan khususnya makanan halal.

Yaakob membangunkan empat teknik untuk memastikan kehadiran lemak babi dalam makanan dan teknik ini berpotensi untuk digunakan bagi tujuan pengesahan dan kesahihan makanan halal iaitu:

Fourier Transform Infrared Spectrokopi (FTIR)

Dengan alat ini, sampel makanan seperti coklat, kek dan biskut yang hendak diuji, dianalisis bagi mencari perbezaan profil kandungan lemak atau minyak bahan tersebut.

Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa teknik FTIR digabungkan dengan kaedah statistik kemometrik yang sesuai mampu untuk mengesan serta mengira kandungan lemak babi di dalam produk.

Teknik ini pantas iaitu dalam dua minit, ringkas, tepat, ekonomik, mudah, mesra alam dan selamat.

Elektronic Nose (E-nose)

Alat ini merupakan satu siri pengesan kimia elektronik dan sistem pengenalan yang sesuai bagi mendapatkan bau dari produk makanan yang kompleks.

Dengan teknik ini, profil bau bahan juga dikenal pasti dan setiap bahan yang hadir seperti lemak babi mempunyai profil tersendiri dan corak bau yang dinamakan VaporPrint.

Fungsi VaporPrint adalah untuk memberi gambaran atau corak bau secara kasar.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa perubahan kekuatan bau berkait rapat dengan pertambahan kuantiti lemak babi di dalam sampel makanan.

Differential Scanning Calorimetry (DSC)

Teknik ini menggunakan analisis terma (haba) iaitu mengukur perubahan dalam ciri fizikal serta kimia sampel dengan mengesan perubahan suhu yang berlaku.

Profil graf yang dihasilkan akan menunjukkan kehadiran lemak babi.

Istimewanya, kaedah ini tidak memerlukan sampel yang banyak.

Teknik DNA menggunakan kaedah PCR atau tindak balas berangkai polimerase.

Teknik berasaskan DNA menjadi tumpuan kerana DNA adalah stabil walaupun selepas melalui pemprosesan.

Kaedah pengenalpastian spesies atau jenis daripada sampel daging dan lemak babi menggunakan analisis PCR-Restriction Fragment Length Polymorphism (PCR-RFLP) pada kawasan mitokondria cytochrome b (komponen sel) telah dibangunkan dan adalah amat berkesan dan mudah digunakan untuk mengesan bahan bersumberkan babi bagi tujuan pengesahan halal.

“Mengenal pasti secara fizikal atau luaran tidak mungkin dapat dilakukan (mengesahkan) melainkan memiliki pengalaman,” kata Yaakob.

Menurut Yaakob juga, untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Makanan Halal Dunia, Malaysia sepatutnya telah memiliki pusat sehenti yang menjalankan operasi berkaitan makanan halal secara holistik termasuk perundangan, peraturan, analisis dan penguatkuasaan dan bukan di bawah tanggungjawab pelbagai pihak yang berasingan.

JAUHILAH PERKARA-PERKARA YANG SYUBHAH & HARAM,..WAHAI SAUDARA SEISLAM KU…SEDARLAH

 

About these ads
  1. zulfikar
    Mac 29, 2010 at 4:24 am | #1

    Kalaulah semua wanita faham dengan tujuan penciptaan nya oleh Allah maka dia akan banyak bersukur, tidak akan bertabaruj alah jahilia berlenggok ditengan kaum lelaki dengan berpakaian yang ala kadrnya. kerana sebaik-baiknya perhiasaan adalah maratushsaliha.

  2. Mac 29, 2010 at 10:43 am | #2

    ? …

  3. Ogos 29, 2010 at 10:10 pm | #3

    Bagusnya post ni, banyak info kenapa dan mengapa haram. Senang sket len kali nak gtau kawan-kawan cmni nape ada makanan haram dalam Islam.

  4. Ogos 16, 2011 at 12:25 am | #4

    salam…boleh saya amik sedikit info dari entri ini??…ingin berkongsi di blog….

  5. Mac 12, 2012 at 12:59 am | #5

    Tahniah info yang sangat bermenafaat untuk umat islam, menjadi ingatan dan panduan

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: