Utama > Isu Semasa, Jarang ditemui > Antara Halal ISLAM & Halal Yahudi (Kosher)

Antara Halal ISLAM & Halal Yahudi (Kosher)

Pernahkah anda mendengar perkataan Kosher?Tahukah anda apa itu Kosher? Dan pernahkah anda melihat logo kosher di label makanan yang anda beli? Kosher, kashrut, atau kasher menurut kacamata Yahudi merupakan makanan dan haiwan yang boleh dimakan. Sedangkan lawannya yang tidak boleh dimakan disebut trefa atau trayfah. Kedua istilah itu  mirip dengan halal dan haram bagi umat Islam.

Pada kenyataannya memang ada hal-hal yang sama antara kedua pengertian tersebut. Kosher tidak menghendaki adanya unsur babi dalam makanan dan minuman. Selain itu haiwan harus disembelih dengan menggunakan pisau tajam dan tidak boleh dimatikan dengan cara dipukul, dipelintir, atau diterkam binatang buas.

Disebabkan pengertian dan cara yang sama, yahudi mengatakan bahawa Kosher boleh dimakan oleh umat islam, namun pada hakikatnya adalah berbeza.

Tidak serupa dan tidak sama.Meskipun ada kemiripan antara halal dan kosher, sebenarnya keduanya adalah berbeza. Ada barang haram yang termasuk didalam kategori kosher, dan sebaliknya ada juga makanan halal yang masuk dalam kategori treyfah.

Contoh makanan dan minuman yang masuk dalam kategori kosher tetapi tidak halal adalah minuman anggur (wine). Juga semua jenis gelatin (tanpa memandang terbuat dari binatang yang disembelih atau tidak dan semua jenis keju (tanpa melihat cara dan proses pembuatannya).

Perbezaan tersebut menyebabkan implikasi yang sangat luas dalam konteks makanan halal. Produk-produk yang mengandung gelatin boleh sahaja dianggap sebagai makanan kosher. Demikian juga minuman yang mengandung alkohol seperti wine, yang oleh ajaran Islam jelas-jelas haram walaupun dengan kadar yang sikit,berdasarkan kaedah fiqhiyyah “apa yang banyaknya haram,sedikit pun haram” . Namun  di kalangan Yahudi masih diperbolehkan dengan jumlah tertentu.

Selain itu, ada juga makanan yang halal dan thayib menurut Islam, tetapi tidak kosher menurut Yahudi. Contohnya seperti, ikan yang tidak bersirip atau bersisik, kerang, dan tidak boleh makan daging bersama susu kecuali waktu makannya terpisah. Selain itu potongan-potongan daging tertentu, meskipun dari hewan yang halal, juga dianggap tidak kosher.

Dari penjelasan-penjelasan di atas, halal jelas tidaklah sama dengan kosher. Demikian juga haram tidak sama dengan treyfah. Keduanya memiliki dasar dan perlaksanaan yang berbeza.

Yahudi berusaha mempromosikan Kosher ke seluruh dunia dan menyatakan ia adalah yang terbaik berbanding halal,maka dengan itu umat islam tidak perlu ragu-ragu mengenai kosher, Namun pada hakikatnya ini merupakan salah satu cara untuk yahudi menghancurkan umat islam, ingatlah bahawasanya yahudi berusaha untuk menghancurkan islam sepertimana firman Allah taala:

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Perbandingan antara Kosher dan Halal

Bil Perkara

Kosher@Kashrut

Halal

1 Takrif Kosher: sesuai dan diterima untuk penganut yahudi.

Lawannya Treifah

Halal : boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

Lawannya haram

2 Babi dan semua produk darinya Treif@treifah Haram
3 Ruminan dan Poultry Kosher (jika disembelih) Halal (jika disembelih dengan nama Allah)
4 Penyembelih Penganut yahudi yang terlatih Penganut Islam yang dewasa dan waras
5 Bacaan semasa penyembelihan Hanya semasa memulakan penyembelihan sahaja Diniatkan sembelih pada setiap sembelihan dan sunat baca basmalah serta wajib hadir sepanjang waktu.
6 darah Treif Haram
7 Gelatin a) ada yang terima bovine dan fish gelatin sahaja

b) Majoriti terima porcine gelatin

Porcine gelatin dan gelatin  dari binatang yang tidak disembelih adalah haram.
8 Enzymes dan cheese a) Hanya dari sumber mikrob

b) Majoriti terima dari sumber apa pun – Kosher

Hanya dari sumber porcine ditolak (haram)
9 Alkohol Kosher Haram
10 Ikan a) Ikan bersisik dan bersirip adalah Kosher

b) Ikan tanpa sisik adalah Kosher (Trief)

c)Makanan laut (tidak kosher)

Semua ikan adalah halal kecuali yang beracun
11 Susu Kosher Halal
12 Tumbuh-tumbuhan,buah-buahan,telur (makanan bukan  daging dan tenusu) Kosher Halal kecuali yang beracun dan memabukkan
13 Campuran daging dengan susu Tidak Kosher Halal
14 Haiwan Karnivor

Binatang dua alam

Trief

Trief

Haram

Haram

15 Pembersihan peralatan dan mesin a) Mesti dicuci setiap kali digunakan dan sebelum disahkan kosher

b)Ia mesti dikosherkan

c) Direhatkan selama 24 jam, sebelum memulakan produksi lain.

a) mesti bersih sewajarnya dan disamak terlebih dahulu jika ia bersentuhan dengan najis berat.

b) tiada peraturan mesin direhatkan.

16 Leaven Food (Chametz)

a)Wheat

b) Barley

c) Spelt

d)Rye

e) Oats

Trief, hanya kosher untuk perayaan Possover sahaja. Halal kecuali bertukar menjadi arak
17 Penerimaan a)Yahudi tidak menerima halal

b) Penyembelihan orang Islam tidak diiktiraf oleh Yahudi

a) Islam tidak menerima Kosher

b) Penyembelihan Yahudi dan Kristian tidak diiktiraf secara rasmi.

18 Pengguna 16 Juta 1.6 billion

Sumber :  Isu Halal Tiada Penghujung,Lokman Abdul Rahman,Alambaca Sdn Bhd,2009 ms 21-22

Syukran atas kesabaran anda membaca artikel ini, diharap ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama

Thanks & best regards,

  1. Jun 21, 2010 at 1:07 am

    mcm kenal😉

  2. Jun 21, 2010 at 1:19 am

    Terima kasih buat saudara Nafiaz kerana sudi berkongsi artikel diatas😉

  3. Jun 21, 2010 at 5:56 am

    hahahahah..kena bayar royalti

  4. lokman ab.rahman
    Julai 19, 2010 at 9:04 am

    Asalamulaikum..terima kasih kerana buat ulasan terhadap buku saya..

    • Julai 19, 2010 at 2:57 pm

      Terima kasih atas perkongsian ilmu😉

    • Julai 21, 2010 at 1:10 am

      Assalamualaikum..ustaz lokman abdul rahman.. maaf terpaksa berhubung melalui blog ini.. bagaimana ya untuk menghubungi ustaz secara terus,saya ada beberapa persoalan mengenai halal terutama yang berkaitan logistik dan pergudangan,memandangkan saya bekerja di dalam bidang ini,saya amat berharap agar ada individu yang dapat membantu saya dalam menyelesaikan masalah dalam bidang ini.. TQ

  5. Julai 31, 2010 at 8:47 am

    W.slm..maaf lambat respon krn padat dgn prgrm..blh hubungi saya, 019 6434636…lokman@islam.gov.my

  6. permai
    Ogos 19, 2010 at 3:21 am

    tahniah kepada penulis artikel ini..saya kagum…

  7. permai
    Ogos 20, 2010 at 12:32 am

    tahniah kpd penulis artikel ini..

  8. Ogos 25, 2010 at 3:50 am

    Boleh dapatkan buku karangan ustaz lokman abdul rahman tajuk Isu Hala Yang Tiada Penghujung,byk isu dalam tu

  9. permai
    Ogos 26, 2010 at 3:43 am

    saya dah dapatkannya..terima kasih..bagus untuk blog ini..boleh dedah banyak isu lagi tentang halal..kalau ada maklumat terbaru atau seminar boleh umumkannya..

  10. September 21, 2010 at 5:18 am

    Selamat hari raya kepada ke semua pembaca buku Isu halal…maaf zahir batin, sebarkan maklumat yg baik utk manafaat ummah..

  11. ard
    September 22, 2010 at 1:57 am

    salam…wah…this article really3 help in my assigment….thanks 2 the writer…hope u can write more articles related with this topic in da future..thanks.

  12. September 27, 2010 at 9:09 am

    Ustaz Lokman ada lagi ke buku-buku terbaru ustaz yang berkaitan halal?jika ada bagaimana ya nk dapatkannya

    • lokman
      September 29, 2010 at 6:44 am

      Dah lama keluar oleh Jbt. Agama Islam Melaka, bertajuk Produk Halal: Kepenggunaan, Teknologi& Prosedur 2002(versi inggris pun ada)..dan tajuk Penyembelihan Halal 2002..

  13. September 29, 2010 at 9:26 am

    macamna nk dapatka buku-buku tersebut,untuk makluman ustaz,buku yg isu halal yg tiada penghujung saya dapatkan ketika ustaz jadi pembentang paper work di JAIJ tahun lepas

    • lokman
      September 30, 2010 at 1:07 am

      buku-buku ni ssah nak dpt di pasaran krn pengedar dah ada pelanggan sendiri di kalngan pfesional n indusri..cuba hubungi Bhg. Dakwah/Penyelidikan Jbt.Agama Islam Melaka boleh hbngi mrk. di sana..kalau masih ada stok..knp perlu sagt buku2 ni?

  14. permai
    Oktober 4, 2010 at 3:08 am

    buku-buku tersebut boleh jadi panduan hidup…insya Allah..saya juga dah milikinya untuk jadi panduan hidup dan kongsi ilmu..

    • lokman
      Oktober 5, 2010 at 9:39 am

      Terima kasih kerana membaca…jadikan tradisi menambah ilmu sebahagian hidup kita..masyarakat kita masih jauh ke belakang dlm menambah ilmu..kurang matang berfikir..

    • lokman
      Oktober 13, 2010 at 3:36 am

      Harap permai bagi komen kerana dah banyak baca buku halal..

      • permai
        Oktober 13, 2010 at 4:15 am

        boleh nak bagi komen..tapi takut tak cukup ruangan pulak..he

  15. Oktober 6, 2010 at 2:52 am

    salam ustaz,maaf saya ada menghantar beberapa email kepada ustaz melalui lokman@islam.gov.my, tapi tiada respon,ada x cara lain untuk menghubungi pihak ustaz selain daripada telefon (jika melalui telefon takut menganggu ustaz).

  16. lokman
    Oktober 6, 2010 at 5:40 am

    Maafkan saya, talian rasmi tu memang ada je masalah, kekadang saya tak dapt buka. Kalau ada apa-apa nak bincang, tolong sms dulu..kalau saya tak da msyrat, talk atau ada dlm negeri, insyaalah saya respon..

  17. Oktober 14, 2010 at 3:12 am

    Ustaz,apa perkembangan akta halal?

    • lokman
      Oktober 14, 2010 at 4:59 am

      Doakan supaya menjadi realiti…sudah lama diperkatakan tetapi ia hanya cerita-cerita fantasi!

  18. ardian
    Oktober 3, 2011 at 11:35 am

    CHEESS APA YANG HALAL?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: