Arkib

Posts Tagged ‘hati’

Tips: Jaga HATI

September 14, 2010 1 komen

Assalamualaikum, sahabat2..bagaimana menjaga hati?? 1st of all -just sharing this lyric to all 🙂

Jagalah Hati
Album : Neo Sholawat
Munsyid : Snada

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian bersih
Pikiranpun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan di kejar musuh
Dengan Allah kian jauh

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian suci
Tak ada yang tersakiti
Peribadi menawan hati
Ciri mukmin sejati

Baca selanjutnya…

Advertisements

Perubahan dan Minda

Jun 8, 2010 8 comments

Assalamualaikum..perubahan..hmm..hidup kita penuh dengan perubahan.. adakalanya berubah menjadi lebih baik, dan ada juga yg berubah menjadi kurang baik dari sebelumnya(jauhkn kami ya Allah).. sedangkan perubahan hidup manusia itu adalah sunnatullah… Manusia berubah secara fizikal n mental setiap saat.. adakalanya perubahan itu diterima dengan redha dan penuh rasa syukur.. tetapi tidak semua dapat menerima perubahan..

Saya telah jalankan kajian di tempat kerja saya..secara umumnya responden2 ditempat kerja saya tidak dapat menerima perubahan yang telah saya lakukan..mereka selesa melihat perkara yang sama, situasi yang sama dan tidak selesa dengan perubahan yang berlaku pada sekeliling mereka. Saya tidaklah begitu pelik, hal ini kerana semua ini bergantung terhadap minda seseorang itu. Mungkin saya akan menggelar orang yang cepat menerima perubahan dengan baik adalah seorang yang berfikiran terbuka dan sudah pasti seorang yang berfikiran positif. Dia juga mungkin sukar dipengaruhi oleh persekitaran kerana orang sebegini cenderung berfikir dari menerima maklumat secara mentah2 tanpa berfikir panjang.

Bagaimana minda dipengaruhi supaya mereka sukar menerima perubahan? Minda manusia begitu unik ciptaannya, tetapi minda tidak dapat menilai baik dan buruk maklumat secara kasar. Minda berfungsi menyimpan data dan membandingkan data yang diperolehi. Oleh sebab itulah, minda orang yang banyak pengalaman / orang lebih tua cepat menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Hal ini sukar dilakukan oleh minda orang muda yang masih baru tetapi, apabila zaman semakin berubah dan orang muda lebih terpelajar dan terdidik, mereka cenderung berfikir dan membanding untuk membuat pilihan. Hal ini sukar diterima oleh orang tua kerana mereka yang banyak menerima pengalaman pada zaman mereka yang tiada pilihan dan tiada ruang untuk membuat perbandingan.

Saya masih ingat kata2 seorang guru yang pernah memberi motivasi dalam satu kursus di sekolah dulu.

“Minda kita menyimpan data yang kita lihat setiap hari, tempat yang kita pergi, perbuatan kita, apa yang kita buat, apa yang kita baca…dan apabila kita berulang-ulang kali melihat perkara yang sama, perkara tersebut akan melekat diminda kita, memenuhi minda kita..dan cenderung mempengaruhi cara pemikiran kita”

Oleh itu, kehidupan manusia ini dipengaruhi daripada cara kehidupannya dari kecil lagi..cara didikannya dan nilai-nilai yang dipelajarinya sejak kecil. Kerana semuanya mempengaruhi perbuatan dan cara pemikirannya menilai sesuatu perkara. Lalu, perubahan dapat diterima apabila minda positif dan menilai perubahan secara positif dimana perubahan2 kearah negatif akan ditapis dengan cermat dan teliti.

Baca selanjutnya…

Terima Kasih Sahabat!! ;)

Disember 14, 2009 5 comments

Sangat susah mencari sesuatu yang bernama SAHABAT oleh itu bagi sesiapa yang telah bertemu  sesuatu yang bernama Sahabat harap jagalah perhubungan itu, eratkan ikatannya jangan sampai terputus tali ikatannya… Alhamdulillah, bersyukur mereka yang telah bertemu sesuatu yang bernama Sahabat.

Wahai Sahabat, tetaplah menjadi sahabatku, yang senantiasa menasihatiku, yang senantiasa merelakan waktumu untuk mendengarkan keluh kesahku, yang senantiasa memberiku semangat, yang senantiasa mensupportku untuk selalu maju menjadi yang terbaik, yang senantiasa mengingatkanku disaat aku lalai.

Wahai Sahabat, terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat dan dukungan yang senantiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih karena telah mau menjadikan diri ini sebagai sahabatmu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu sahabat.

Wahai sahabat, kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusedari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa sedar telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu, sahabat kuharap maafmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kulakukan. Maafkanku Sahabat

Wahai Sahabat dimana kau kini, kurindu akan nasihat-nasihatmu, kurindu akan peringatanmu, kurindu akan kehadiranmu disisiku. Sahabat dimanapun kau kini kuharap selalu ada senyum yang menghias di wajahmu, kuharap selalu ada ceria yang senantiasa terpancar diwajahmu, semoga kau bahagia sahabat.

Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan ruhnya dengan ruhMu, buat ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bisa bertemu di syurgaMu. Ameen

Terima kasih Sahabat


Syubhah : Halalkah makanan yang menjadi darah daging kita?

Disember 2, 2009 6 comments

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Baca selanjutnya…

Tazkirah : Sabarkan diri…hish..hish..(hampir meletup)

September 27, 2009 Tinggalkan komen

Salam.. nak raya..nak raya..dan nak balik raya kt kampung!! Hmmm…setiap thn pon raya nk balik kg.. tgk jln jem..dok atas jln raya yg jem…xbest btol la… Kadang2 dlm tgh jem tu..ade plak org buat onar…potong line org dr sebelah kiri lak tu….sakit ati betul!!

Wahgrqoejjzznbzahshshuxhsh!! (bahase marah..xpasti ape maksudnya..hehe)

SABAR…SABAR…SABAR….(tengah tenangkan ati sambil doakn org yg buat onar tu dpt bala…) Ish, xbaik tu..huhu.tp geram btul la.. kdg2 rasa mcm nk langgar keta yg potong line tu..geramnya…huhu. dah la potong line org, pastu menambah jem lg jalan tu.. org yg potong line tu xde hati perut ke?

Teruk..teruk..dan teruk.. tgh jem tu..terfikir lak aku…org yg potong line ni mmg xdpt faedah..dpt dosa ade la..dah la tu dapt perkara2 berikut :-

  1. Dapat dosa sbb aniaya org (org yg kne potong teraniaya)
  2. Dpt kutukan dr org yg teraniaya lg geram..
  3. Hati xtenang (sbb buat jahat)
  4. Hidup xberkat sbb menyebabkan org ramai sakit ati (xleh minta maap)
  5. Bakal mendapat bala (hasil doa org teraniaya)

Baca selanjutnya…

Hidup yg kucar kacir

Julai 24, 2009 1 komen

Assalamualaikum.. ~ penulis kembali menulis setelah sekian lama menyepi….jeng  jeng  jeng (^0^)/

Orang kata…

hidup kita ni bagaikan kapal yang belayar di lautan,

adakalanya berombak adakalanya tenang..

kekadang air pasang tinggi melambung kekadang surut menampakkan tanah..

Orang alim kata…

hidup kita ni bagaikan kapal yang belayar di lautan,

andai muatan kita adalah iman, layarnya taqwa,

nescaya kita selamat dari tersesat dilautan yang diumpamakan sbg dunia..

Orang bersemangat kata…

Janganlah berputus asa…

tapi, kalau dah berada dalam keadaan putus asa,

Berjuanglah terus walaupun dalam keadaan putus asa.

Baca selanjutnya…

Mengurus Hati (management Qolbu) Training Camp

Oktober 15, 2008 12 comments

Assalamualaikum pd semua pmbaca, disini sy ingin brkongsi sedikit ilmu drpd prgrm yg telh sy hadiri baru-baru ini iaitu “Pelatihan Manajemen Qolbu”. Pelik kan nama program ni.. sbnrnya prgrm ni dibawa khas dr Bandung, Indonesia. Jadi, trainer2 kami semuanya dr sana =).

Dalam program ini, kami ditekankan supaya mengurus hati dengan baik. Antara modul – modul dan sedikit isi penting yg ingin dikongsi :-

 

1) Sekilas : Memperbaiki Diri dan Buat yg terbaik
manusia ada 3 potensi utama – Akal (utk belajar, berfikir), jasad / fizik (utk kerja, pemknn utk tubuh) dan Hati (sering diabaikn dan dilupakan sehgga rosak). Hati pentg spy dpt mengendalikn manusia kpd kebaikan. Hati adlh pusat perilaku manusia, bersihnya hati mnjdkn perilaku yg mulia, jika kotor dan xterawat maka perilakunya buruk.

”ingatlah dlm tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, akn baiklah seluruh tubuh itu, tetapi bila ia rosak, maka akn rosak pula tubuh ini seluruhnya. Segumpal daging itu adalah hati (qolbu)” (HR Muttafaqun ’Alaih)

jd, fahami diri, mahu dan mampu kendalikn diri spy hati bersih dan i’allah akn dpt mengoptimumkn setiap potensi yg ada dlm diri iaitu akal, jasad dan qolbu secara seimbg.

  Baca selanjutnya…