Archive

Posts Tagged ‘islam’

Jaga LIDAH, Jaga AKHLAK

Julai 14, 2011 3 comments

Lidah Tentukan Langkah Manusia ke Syurga atau ke Neraka

(Sedutan dr Kuliah Subuh kitab Ihya’ Ulumuddin – Imam Ghazali)

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:

“Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelek budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab:

“Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Tazkirah : Ilmu tentang Solat Jumaat

April 16, 2011 3 comments

Artikel ini berkaitan dengan solat jumaat mengikut mazhab syafie untuk kefahaman kita bersama:

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],

” (Surah Al-Jumu’ah: 9)”

Sabda Rasulullah SAW:
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.” (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).”

Berikut ialah syarat wajib solat Jumaat:-

  • Islam – tidak wajib bagi orang kafir.
  • Baligh – tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  • Berakal – tidak wajib bagi orang yang gila.
  • Merdeka – tidak wajib ke atas hamba abdi.
  • Lelaki – tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  • Sihat – tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  • Bermastautin atau bermukim – tidak wajib bagi orang yang musafir.

Berikut pula syarat sah solat Jumaat:-

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah – rujuk (Khutbah Jumaat).

Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk” (Hadis riwayat Abu Daud)”

Ada beberapa pengecualian dari menunaikan solat Jumaat seperti berikut:-

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

  • Sakit – Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  • Hujan – Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  • Musafir – Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  • Takut dizalimi – Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  • Perang – Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat adalah:-

  • Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke masjid.
  • Memotong kuku.
  • Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  • Bersugi.
  • Memakai wangi-wangian.
  • Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  • Bersegera pergi ke masjid.
  • Berniat Iktikaf.
  • Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  • Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Baca selanjutnya…

Pengurusan dalam Islam

Mac 21, 2011 1 komen

Assalamualaikum wbt

Ringkas sahaja tajuk kali ini.. pengurusan dalam kaca mata Islam?

Pengurusan bersistematik adalah sangat penting dalam kehidupan kita seharian dimana sahaja kita berada kita pasti inginkan yang terbaik sesuai dengan fitrah manusia yang ingin hidup dalam keadaan sempurna.

Dengan adanya pengurusan bersistematik, hidup akan sentiasa berdisiplin dan berpedoman.

Pengurusan dalam ISLAM

Dalam pengurusan, terdapatnya matlamat untuk membawa kejayaan di dunia dan juga untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan di akhirat. Hal ini dilaksanakan mengikut kebijaksanaan manusia mengurus alam berasaskan realiti masa.

Tiga perkara utama yang menjadi asas pengurusan Islam ialah:

  • Aqidah
  • Syariah
  • Akhlak.

**Al-Falah (Kejayaan) sebagai matlamat utama dalam kehidupan dan menolak segala aktiviti haram untuk mendapat keredhaan Allah SWT

Terdapat 4 proses pengurusan dalam Islam

Perancangan (planning)

  • Melibatkan perletakan matlamat, menerangkan strategi-strategi dan membangunkan plan-plan utk menyelaraskan aktiviti kerja

Penyelarasan (Organizing)

  • Melibatkan usaha menentukan apakah tugas yg patut dilaksanakan, siapa yg patut laksanakannya, bagaimana ia perlu diperkumpulkan, siapa yg melapor kpd siapa dan di mana keputusan patut dibuat.

Kepimpinan (leading)

  • Melibatan usaha memotivasikan pekerja, mengarah aktiviti-aktiviti, memilih saluran komunikasi yg paling berkesan dan menyelesaikan konflik

Kawalan (controling)

  • Proses memantau prestasi, membandingkan prestasi dgn matlamat dan membetulkan sebarang penyimpangan yg berlaku

Baca selanjutnya…

Peringatan sempena kisah luar biasa

Assalamualaikum..setiap tahun 27 Rejab akan tiba mengingatkan kita kisah mukjizat Rasulullah SAW yang amat luar biasa terjadi pd sekitar 14 abad Hijriyah yang lalu, yaitu peristiwa Isra’ Mi’raj. Pada saat itu Nabi Muhammad SAW diperjalankan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Al-Quds, lalu dilanjutkan dengan menembus lapisan langit tertinggi sampai batas yang tidak dapat dijangkau oleh ilmu semua makhluq, malaikat, manusia, dan jin. Semua itu ditempuh dalam sehari semalam. Peristiwa itu sekaligus sebagai mukjizat mengagumkan yang diterima Rasulullah SAW.

Peristiwa Isra’ bersumber dari Al-Qur’an, Surat Al-Isra’ (17) ayat 1 :

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Permintaan kaum kafir Quraisy kepada Nabi SAW

Sebelum peristiwa tersebut berlaku, kaum kafir Quraisy meminta hal-hal yang aneh kerana mereka tidak percaya Nabi Muhammad SAW seorang nabi utusan Allah..

“Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dari bumi untuk kami, atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya, atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca”. (QS. Bani Israil : 90 – 93)

Tetapi Rasulullah SAW menjawabnya dengan bijaksana,

“Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?” (QS. Bani Israil: 93).

Dan setelah Rasulullah mengalami peristiwa Isra’ Mi’raj lalu menceritakan kepada mereka, adakah mereka mempercayainya? Pastinya TIDAK..bahkan ada yang mengatakan Nabi gila walaupun Nabi sudah memberikan bukti-bukti atas apa yang telah dia alami (Isra’ Mi’raj)

Baca selanjutnya…

Antara Halal ISLAM & Halal Yahudi (Kosher)

Jun 19, 2010 26 comments

Pernahkah anda mendengar perkataan Kosher?Tahukah anda apa itu Kosher? Dan pernahkah anda melihat logo kosher di label makanan yang anda beli? Kosher, kashrut, atau kasher menurut kacamata Yahudi merupakan makanan dan haiwan yang boleh dimakan. Sedangkan lawannya yang tidak boleh dimakan disebut trefa atau trayfah. Kedua istilah itu  mirip dengan halal dan haram bagi umat Islam.

Pada kenyataannya memang ada hal-hal yang sama antara kedua pengertian tersebut. Kosher tidak menghendaki adanya unsur babi dalam makanan dan minuman. Selain itu haiwan harus disembelih dengan menggunakan pisau tajam dan tidak boleh dimatikan dengan cara dipukul, dipelintir, atau diterkam binatang buas.

Disebabkan pengertian dan cara yang sama, yahudi mengatakan bahawa Kosher boleh dimakan oleh umat islam, namun pada hakikatnya adalah berbeza.

Tidak serupa dan tidak sama.Meskipun ada kemiripan antara halal dan kosher, sebenarnya keduanya adalah berbeza. Ada barang haram yang termasuk didalam kategori kosher, dan sebaliknya ada juga makanan halal yang masuk dalam kategori treyfah.

Contoh makanan dan minuman yang masuk dalam kategori kosher tetapi tidak halal adalah minuman anggur (wine). Juga semua jenis gelatin (tanpa memandang terbuat dari binatang yang disembelih atau tidak dan semua jenis keju (tanpa melihat cara dan proses pembuatannya).

Perbezaan tersebut menyebabkan implikasi yang sangat luas dalam konteks makanan halal. Produk-produk yang mengandung gelatin boleh sahaja dianggap sebagai makanan kosher. Demikian juga minuman yang mengandung alkohol seperti wine, yang oleh ajaran Islam jelas-jelas haram walaupun dengan kadar yang sikit,berdasarkan kaedah fiqhiyyah “apa yang banyaknya haram,sedikit pun haram” . Namun  di kalangan Yahudi masih diperbolehkan dengan jumlah tertentu.

Selain itu, ada juga makanan yang halal dan thayib menurut Islam, tetapi tidak kosher menurut Yahudi. Contohnya seperti, ikan yang tidak bersirip atau bersisik, kerang, dan tidak boleh makan daging bersama susu kecuali waktu makannya terpisah. Selain itu potongan-potongan daging tertentu, meskipun dari hewan yang halal, juga dianggap tidak kosher.

Dari penjelasan-penjelasan di atas, halal jelas tidaklah sama dengan kosher. Demikian juga haram tidak sama dengan treyfah. Keduanya memiliki dasar dan perlaksanaan yang berbeza.

Yahudi berusaha mempromosikan Kosher ke seluruh dunia dan menyatakan ia adalah yang terbaik berbanding halal,maka dengan itu umat islam tidak perlu ragu-ragu mengenai kosher, Namun pada hakikatnya ini merupakan salah satu cara untuk yahudi menghancurkan umat islam, ingatlah bahawasanya yahudi berusaha untuk menghancurkan islam sepertimana firman Allah taala:

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Baca selanjutnya…

Syubhah : Halalkah makanan yang menjadi darah daging kita?

Disember 2, 2009 5 comments

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Baca selanjutnya…

Intro : Halalkah makanan yang menjadi darah daging kita?

Disember 2, 2009 3 comments

Rasulullah bersabda, Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih. Kedua- dua ibubapalah yang menentukan menjadi Yahudi, Kristian dan Majusi (Riwayat: Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas ibu bapa menjadi isu utama dalam mencorak dan menentukan sama ada anak itu berpotensi menjadi baik atau sebaliknya. Persoalan besar timbul ialah mengapa terdapat sebahagian ibu bapa yang bersungguh-sungguh membimbing anak dan keluarga mereka ke arah menjadi manusia yang berguna tetapi tidak mencapai matlamatnya.

Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan dan panduan yang baik bagi menganalisis mengapa terdapat manusia bertindak liar, kejam dan jahat. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah Taala itu baik, Dia tiada akan menerima melainkan yang baik saja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Rasul”.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, :Rasulullah SAW bersabda:

“Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul.

Firman-Nya: 

“Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51)

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172)

Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”

(Riwayat: Muslim).

Berdasarkan dalil di atas jelas bahawa pemakanan halal dan baik akan bertindak sebagai motivasi kepada manusia untuk melakukan perbuatan yang selari dengan perintah Allah. Oleh sebab itu Allah memerintahkan Rasul, Nabi dan umat masing-masing membiasakan diri dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan pemakanan yang halal dan baik.

Baca selanjutnya…