Syubhah : Halalkah makanan yang menjadi darah daging kita?

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Intro : Halalkah makanan yang menjadi darah daging kita?

Rasulullah bersabda, Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih. Kedua- dua ibubapalah yang menentukan menjadi Yahudi, Kristian dan Majusi (Riwayat: Bukhari)
Berdasarkan hadis di atas ibu bapa menjadi isu utama dalam mencorak dan menentukan sama ada anak itu berpotensi menjadi baik atau sebaliknya. Persoalan besar timbul ialah mengapa terdapat sebahagian ibu bapa yang bersungguh-sungguh membimbing anak dan keluarga mereka ke arah menjadi manusia yang berguna tetapi tidak mencapai matlamatnya.
Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan dan panduan yang baik bagi menganalisis mengapa terdapat manusia bertindak liar, kejam dan jahat. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah Taala itu baik, Dia tiada akan menerima melainkan yang baik saja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Rasul”.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, :Rasulullah SAW bersabda:
“Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul.
Firman-Nya:
“Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51)
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172)
Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”
(Riwayat: Muslim).
Berdasarkan dalil di atas jelas bahawa pemakanan halal dan baik akan bertindak sebagai motivasi kepada manusia untuk melakukan perbuatan yang selari dengan perintah Allah. Oleh sebab itu Allah memerintahkan Rasul, Nabi dan umat masing-masing membiasakan diri dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan pemakanan yang halal dan baik.
Resepi Sedap : Kari Ayam Kering
Assalamualaikum…dah lama rasanya xshare resepi ye.. hmm..bz download dokumentari ‘The Arrivals’ dan ‘The Divine Book’ sejak akhir2 ni… Memandangkan utube mcm nk block je dokumentari tersebut..jd, sy pon bersegeralah mendownloadnya… ~ jika sesiapa yg berminat sy bleh la burn dlm bentuk cd
Ok, resepi hari ni.. (ade org request suh tulis)
———————————————————–
Kari Ayam Kering (dr buku KELUARGA edisi Januari 2006)
Bahan-bahan:
- 1kg ayam yg telah siap dipotong
- 20gm cili kering dikisar
- 20gm daun kari
- 50gm bawang besar dikisar
- 30gm bawang merah dikisar Read more…
The Divine Book ~ Kebenaran yg mengejutkan
Siri Dokumentari ini akan menyajikan bukti-Bukti ilahi dari pencipta kita dan akan mengungkap kebenaran yang mengejutkan, serta upaya untuk menghasilkan nur, kebijaksanaan, bimbingan, dan persatuan bagi mereka yang mencarinya. Harap anda terhibur “The Divine Book”.(Buku Ilahi)
Epi 1
The Arrivals ~mesti tengok!
Nak share something dgn shbt2 sume
—————————————————————————————————
Kisah kedatangan Dajal Al Masih, kelahiran Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S. Membongkar sistem Dajal yang sedang membangun untuk menyesatkan umat manusia.
Siri di dalam bahasa Melayu ini merupakan satu usaha kecil untuk mengiktiraf kesungguhan beberapa pemuda Islam dari Amerika dan tanah Arab untuk menyedarkan umat manusia tentang sistem Dajal.
Video asal ini telah dialih ke banyak bahasa seperti, Indonesia, Urdu, Sepanyol, Arab dan Perancis. Ianya telah menggemparkan masyarakat dunia. Di harap usaha ini akan membawa faedah kepada anda.
Isu Semasa Penting untuk Umat ISLAM ~ siri 3
MURTAD
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?
Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta,
ikut teman lelaki.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh… Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Menghayati lagu (Opick Feat Amanda – Maha Melihat)
Opick Feat Amanda – Maha Melihat (OST Manohara)
Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya
Reff:
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Pemaaf
Pada-Mu hati bertobat
Kau Yang Maha Pengasih
Kau Yang Maha Penyanyang
Kau Yang Maha Pelindung
Pada-Mu semua bertekun
Yang dicinta ‘kan pergi
Yang didamba ‘kan hilang
Hidup ‘kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata
Empati : Asas memahami orang lain.
Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya ada banyak karakter dan personaliti tersendiri dan ia mempengaruhi hubungan
dengan orang lain. Memahami orang lain adalah sangat penting dan ia sebahagian daripada proses membina hubungan yang baik antara satu sama lain.
Konflik sering kali muncul apabila salah satu pihak tidak mampu membaca dan mengenal orang lain dengan baik berkaitan keperluan, kepentingan, harapan dan penghargaan yang diinginkan. Ia akan menjadi bertambah masalah apabila salah satu pihak mengharapkan orang lain memahami kehendak dirinya kepada pihak lain dengan cara yang kurang tepat lalu mengakibatkan berlakunya paksaan.
Banyak orang mempunyai tahap intelektual yang hebat tetap tidak memiliki kemampuan interpersonal yang baik, sehingga membuat orang lain tersinggung, kecewa, merasa disakiti dan diremehkan.
ISLAM mengajar kita supaya memahami orang lain bahawa setiap manusia sama di sisi Allah SWT, dan yang membezakan mereka adalah darjat ketaqwaannya.
Kenapa kita perlu memahami orang lain?
Dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan IBLIS
Salam, tazkirah from email..
Sebahagian daripada dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan iblis. Very interesting
Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Iblis, “Berapa banyak keperluanmu yang pernah kamu minta kepada Tuhan?”
Iblis menjawab, “Aku meminta 10 jenis keperluan iaitu:
- Aku meminta supaya dapat bergabung dengan anak cucu Adam dalam kekayaan dan anak-anak mereka. Setiap harta tidak mereka zakatkan, maka aku ikut memakannya. Aku juga turut memakan harta riba, harta yang haram dan harta yang tidak dimintakan perlindungan Allah.
- Aku ikut bersetubuh dengan orang-orang yang bersetubuh dengan tidak diminta perlindungan Allah. Kemudian apabila seorang anak dilahirkan hasil daripada hubungan itu, anak itu lebih mendengar perintahku dah lebih taat kepadaku berbanding Allah.
- Aku menemani orang yang naik kenderaan bagi mencari harta yang tidak halal.
- Aku meminta rumah, maka kamar mandi adalah rumahku.
- Aku meminta masjid, maka pasar adalah masjidku.
- Aku meminta Quran, maka syair-syair adalah Quranku.
- Aku meminta azan, maka suara trompet adalah azanku.
- Aku meminta tempat tidur, maka orang- orang mabuk adalah tempat tidurku.
- Aku meminta teman yang menolongku, maka kelompok Qadariyah adalah teman penolongku.
- Aku meminta sahabat karib, maka orang yang menginfakkan hartanya dalam kemaksiatan adalah sahabatku.









"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut
untuk memberikan kenyamanan".
Komen terbaru