Arkib

Posts Tagged ‘solehah’

Perkahwinan yang didambakan

Mac 10, 2010 10 comments

Assalamualaikum w.b.t.

(=.=”) Apekah tajuk ini? perkahwinan yg didambakan..wahh..jiwang2..karat2..hehe. Just wanna share something dat i just found recently (actually…yg selama ini kucari2..persoalan yg telah kutemui jwpannya..alhamdulillah) persoalan2 ku :-


Perkahwinan itu untuk apa ye?

Sy selalu tertanya-tanya..kenapa kena kawin? kenapa manusia kna kawin? wajib ke kawin..apa yang bestnya kawin? sbb sume org suh sy kawin, ade yg nk kawin dgn sy la.. ade yg cdgkn org itu, org ini utk sy kahwini (terima kasih buat shbt2 yg bersusah payah..)..dan sy selalu dpt jwpn2 yg xmemuaskan hati sy.. iaitu :-

  • Kahwin kerana fitrah manusia (naluri)
  • Kahwin kerana zuriat (anak)
  • Kahwin kerana inginkan seorg teman pasangan yg sehidup semati
  • Kahwin kerana ingin mencintai dan dicintai
  • Kahwin kerana ingin hidup senang (diberi nafkah oleh suami/ dijaga siang mlm oleh isteri)

ya, betul dan logik semua jawapan2 ini..tp, masih tidak memuaskan hati sy…rsnya..bujang lagi best..bahagia je.. kawin xsemestinya bahagia kan..huhu.

Sebenarnya…perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan KEBAHAGIAAN.

Justeru, asas perkahwinan yang bagaimanakah yang paling membahagiakan? Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?

  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.

Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan secara sempurna adalah satu tuntutan agama.

Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.

Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Maka jelas sekali bahawa tujuan perkahwinan itu bukan untuk seronok-seronok atau sekadar melepaskan rangsangan hawa nafsu, tetapi ialah untuk melahirkan pertalian kasih sayang bagi kedua pasangan. Kasih sayang di sini ialah kasih sayang yang sejati dan abadi, dari usia muda sampai ke usia tuanya.

Kalau kita cermati ayat di atas, kita memperoleh kesimpulan bahawa tujuan perkahwinan itu setidak-tidaknya ada 3 hal :-

Yang pertama, untuk menunjukkan kekuasaan Allah.

Kedua, agar tercipta ketenteraman.

Dan yang ketiga, untuk membangun kasih sayang.

Baca selanjutnya…