Perkahwinan yang didambakan

Assalamualaikum w.b.t.

(=.=”) Apekah tajuk ini? perkahwinan yg didambakan..wahh..jiwang2..karat2..hehe. Just wanna share something dat i just found recently (actually…yg selama ini kucari2..persoalan yg telah kutemui jwpannya..alhamdulillah) persoalan2 ku :-


Perkahwinan itu untuk apa ye?

Sy selalu tertanya-tanya..kenapa kena kawin? kenapa manusia kna kawin? wajib ke kawin..apa yang bestnya kawin? sbb sume org suh sy kawin, ade yg nk kawin dgn sy la.. ade yg cdgkn org itu, org ini utk sy kahwini (terima kasih buat shbt2 yg bersusah payah..)..dan sy selalu dpt jwpn2 yg xmemuaskan hati sy.. iaitu :-

  • Kahwin kerana fitrah manusia (naluri)
  • Kahwin kerana zuriat (anak)
  • Kahwin kerana inginkan seorg teman pasangan yg sehidup semati
  • Kahwin kerana ingin mencintai dan dicintai
  • Kahwin kerana ingin hidup senang (diberi nafkah oleh suami/ dijaga siang mlm oleh isteri)

ya, betul dan logik semua jawapan2 ini..tp, masih tidak memuaskan hati sy…rsnya..bujang lagi best..bahagia je.. kawin xsemestinya bahagia kan..huhu.

Sebenarnya…perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan KEBAHAGIAAN.

Justeru, asas perkahwinan yang bagaimanakah yang paling membahagiakan? Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?

  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.

Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan secara sempurna adalah satu tuntutan agama.

Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.

Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Maka jelas sekali bahawa tujuan perkahwinan itu bukan untuk seronok-seronok atau sekadar melepaskan rangsangan hawa nafsu, tetapi ialah untuk melahirkan pertalian kasih sayang bagi kedua pasangan. Kasih sayang di sini ialah kasih sayang yang sejati dan abadi, dari usia muda sampai ke usia tuanya.

Kalau kita cermati ayat di atas, kita memperoleh kesimpulan bahawa tujuan perkahwinan itu setidak-tidaknya ada 3 hal :-

Yang pertama, untuk menunjukkan kekuasaan Allah.

Kedua, agar tercipta ketenteraman.

Dan yang ketiga, untuk membangun kasih sayang.

Inilah salah satu cara Allah membahagiakan hamba-hambaNya. Melalui jalan perkahwinan. Kerana itu Rasulullah pernah menyampaikan bahawa rumah tangga beliau itu bagaikan syurga bagi beliau. Baiti jannati – rumahku adalah syurgaku.

Bagaimana hal itu mampu terjadi? Sementara kita melihat demikian banyaknya rumah tangga yang justru menjadi neraka bagi penghuninya. Pertengkaran terjadi setiap hari. Suami jarang pulang. Isteri pun membalas menginap di rumah teman. Anak-anak telantar, entah siapa yang mengurusi keperluannya.

Ketika perkahwinan tidak dilandasi niat ibadah, biasanya yang muncul adalah keretakan rumah tangga. Bermunculannya segala masalah.

Begitulah keterkaitannya. Ketika kita meniatkan ibadah kepada Allah melalui jalan perkahwinan, maka DIA pun menjadikan rumah tangga kita sebagai syurga. Di situlah bakal muncul ketenteraman. Disitu pula bakal muncul kasih sayang. Dan di situ bakal tercipta syurga dunia. Bagaimana? Kerana Allah sendiri yang bakal menjaga rumah tangga kita dengan kekuasaanNya.

Di ayat lain Allah juga memberikan gambaran bahawa perkahwinan bertujuan untuk menghasilkan keturunan yang soleh dan solehah sehingga melengkapi kebahagiaan. Bukan hanya kebahagiaan bersama isteri dan suami tercinta, tetapi bersama anak-anak sang buah hati.

QS. Al Furqaan (25): 74

“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Jadi, kunci kebahagiaan rumah tangga sebenarnya berada pada niat kita untuk melakukan pernikahan tersebut. Jika kita hanya berniat untuk bersenang-senang secara biologis, maka kita pun hanya akan memperoleh kesenangan sesaat. Kerana yang namanya kesenangan biologis itu hanya sementara dan dangkal sifatnya.

Sangat terkait dengan waktu. Boleh jadi, satu-dua tahun kemudian kita sudah merasa bosan. Kerana ternyata ia hanya ‘gitu-gitu aje’. Mulailah melirik kiri-kanan, mencari variasi dan alternatif.

Pada saat itu, bahaya mulai mengintai. Betapa banyaknya perkahwinan selebriti yang berkecai, dan hanya bertahan ‘seumur jagung’. Kerana mereka hanya berorientasi kepada hal-hal yang bersifat fizik. Sekadar kerana kecantikan dan ketampanan.

Padahal kata orang bijak, ‘Beauty is just skindeep’ – kecantikan hanyalah setipis kulit. Begitu kulitnya mengeriput sudah tidak cantik lagi. Apalagi kalau kulitnya mengelupas, kecantikan itu pun menjadi hilang. Bahkan mungkin mengerikan.

Jangan!. Jangan mengorientasikan perkahwinan hanya kerana alasan biologis. Meskipun kita sedar, bahawa kecantikan dan ketampanan merupakan salah satu alasan seseorang menyukai pasangannya.

Nabi pun suka menjaga penampilannya. Beliau selalu menjaga kebersihannya. Rambut selalu tersisir rapi. Kesihatan mulutnya sangat terjaga. Bajunya selalu bersih. Bahkan suka menggunakan pewangi. Kerana beliau sangat menyedari bahawa penampilan yang buruk dan selekeh bakal mengganggu orang-orang di sekitarnya. Termasuk pasangannya.

Jangan pula meniatkan sebuah perkahwinan hanya kerana harta benda dan kekuasaan. Kerana seperti kecantikan dan ketampanan, harta kekayaan tidak berumur panjang. Dan sering menjebak pada persoalan.

Tak sedikit orang yang kahwin kerana kekayaan pasangannya. Sehingga selama perkahwinannya itu yang menjadi sorotan hanya soal harta benda. Begitu tidak sesuai dengan yang dibayangkan, maka bertengkarlah mereka. Dan akhirnya, sidang perceraian hanya berkisar pada rebutan harta sana sini. Sungguh memalukan.

Perkahwinan bukan hanya berorientasi pada kekayaan harta benda. Meskipun kekayaan menjadi salah satu daya tarik seseorang untuk melakukan perkahwinan.

Perkahwinan juga bukan sekadar berorientasi pada kekuasaan. Meskipun kita melihat tidak sedikit orang-orang yang melakukan perkahwinan politik. Tapi, begitu kepentingan politik itu sudah selesai, yang muncul adalah masalah.

Dan perkahwinan pun bukan sekadar untuk tujuan-tujuan duniawi lainnya. Kerana semua itu ternyata bakal menjebak pelakunya menemui masalah-masalah yang rumit tentang keduniawiannya.

Allah menawarkan penyelesaian tentang kebahagiaan perkahwinan menerusi sebuah konsep ibadah. Bahawa perkahwinan akan menjadi syurga ketika kita memformatnya sebagai sebuah pengabdian yang tulus kepada Allah. Beribadah kepadaNya. Sebab fitrah manusia memang adalah makhluk ibadah. Siapa yang tidak beribadah bakal gelisah dan bertemu dengan masalah.

Kerana itu, perkahwinan akan mencapai kebahagiaannya ketika dikembalikan ke fitrahnya. Bahawa perkahwinan adalah perintahNya. Bahawa perkahwinan adalah ladang untuk berbuat amal kebajikan. Dengan cara membahagiakan isteri dan suami. Dan kemudian memperoleh keturunan anak-anak yang soleh dan solehah…

QS. Adz Dzaariyaat (51): 56

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.”

Barangsiapa tidak beribadah dalam setiap aktivitinya, maka ia akan menemui masalah. Termasuk di dalam kehidupan rumah tangganya.

Wajibkah berkahwin?

Dari sudut syara’, hukum berkahwin itu terbagi kepada empat kategori: wajib, sunat, haram dan mubah. Setiap kategori ada sebab-sebab dan asas-asasnya tersendiri.

Ia jadi wajib, kalau seseorang itu sudah mampu (fizikal, material dan spiritual), dan takut terjerumus kelembah perzinaan kalau ia tidak berkahwin.

Ia jadi sunat, kalau seseorang itu mampu dan dalam waktu yang sama ia mempu menahan diri dari melakukan perzinaan, maka ketika itu baginya adalah lebih baik berkahwin dari membujang.

Ia menjadi haram, kalau tujuan berkahwin itu semata-mata untuk balas dendam atau untuk menyakiti orang lain.

dan ia menjadi mubah, kalau seseorang itu tidak berhalangan untuk berkahwin sedangkan hawa nasfunya tidak kritikal untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama.

Kalau kedua-dua pasangan suami-isteri itu dapat memahami konsep ibadah dalam perkahwinan, maka sudah tentu masalah rumahtangga tidak timbul. Kerana setiap pasangan itu sentiasa berusaha memenuhi kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutan ibadah. Di antara tuntutan ibadah dalam perkahwinan ialah kesetiaan, iltizam, tanggungjawab, kasih sayang, hormat menghormati, bela membela, amanah, jujur, ikhlas dan sebagainya.

Dalam sebuah hadith, Baginda Rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:

“Bahawa dua rekaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada tujuh puluh rekaat solat orang bujang”.

Dengan kata lain, beristeri itu mendapat ganjaran dan pahala yang berlipat ganda berbanding dengan ibadah seorang bujang. Hikmahnya jelas sekali, ketika melakukan ibadah seorang yang sudah beristeri adalah lebih mantap dan tenang serta lebih khusyuk. Atas asas inilah maka ibadah orang beristeri itu lebih baik dan lebih rewarding.

Dunia perkahwinan adalah dunia tanggungjawab dan iltizam yang berterusan, dari sebelum mendapat anak kepada sampai mendapat cucu-cicit. Di mana setiap pasangan diwajibkan menunaikan tugas masing-masing sehingga melahirkan rumahtangga yang aman damai dan bahagia.

Dalam sebuah hadith lain Baginda Rasulallah bersabda yang bermaksud:

“Apabila seorang perempuan menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan, serta menutup aurat dan taat kepada suami, maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu syurga yang disukainya.”

Ringkasnya, kalau satu-satu pasangan itu berjaya memahami dan mengamalkan konsep ibadah dalam perkahwinan, maka kebahagiaan dan ketenteraman hidup itu boleh dicapai. Kerana konsep ibadah itu ialah konsep hidup bersih. Bersih lahir dan bersih batin. Tidak ada ibadah yang berasaskan kekotoran hati atau hasad. Inilah keindahan Islam bagi kehidupan manusia berumahtangga, berkeluarga, dan bermasyarakat.

Pemilihan pasangan? Bolehkah memilih?

Kebahagiaan dalam perkahwinan mesti dimulakan dengan langkah yang pertama iaitu pemilihan yang tepat! Pemilihan tepat perlukan kriteria pemilihan. Kita perlu bertindak dengan berhati-hati dan cermat dalam membuat pilihan agar tidak tersalah pilih.

Ingatlah bahawa Allah memakbulkan permintaan kita menurut kehendak ‘niat’. Jika kita menginginkan jodoh baik, mula dari diri sendiri menjadi baik dan carilah di tempat baik pula.

Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab bahawa Rasulullah bersabda bersabda bermaksud: “Pahala perbuatan itu tergantung niatnya, setiap orang akan mendapat pahala sesuai dengan niatnya. Sehingga, sesiapa saja yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya bernilai di sisi Allah dan rasul-Nya, dan sesiapa saja berhijrah kerana keuntungan dunia atau kerana untuk menikahi wanita, maka yang diperolehnya hanya terbatas apa yang diniatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis itu tidak hanya merujuk kepada pihak lelaki, malah wanita dalam memilih calon suami. Oleh kerana Rasulullah tidak merumuskan bentuk tertentu daripada perkataan binasa, berkemungkinan besar yang dimaksudkan ‘binasa’ adalah penderitaan batin kerana ketegangan yang berlaku akibat salah memilih teman. Janganlah terpedaya dengan keindahan fizikal dan duniawi semata-mata dan mengaburkan tujuan perkahwinan yang sebenarnya iaitu penyempurnaan ketakwaan kepada Allah.

Jodoh memang sudah ditetapkan Allah, tetapi sesuai dengan hukum-Nya, Allah tidak akan menjodohkan seseorang yang soleh dengan seorang penzina. Jika ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka mulalah dengan memperbaiki diri sendiri kerana Allah menetapkan takdir, bahawa:

” (Lazimnya) perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (daripada Allah) dan pengurniaan yang mulia.” (Surah an-Nur, ayat 26)

Bagaimanakah kita akan mendapat pasangan sebaik Saidatina Siti Khadijah atau Siti Fatimah jika tidak sebaik Rasulullah atau Saidina Ali. Semoga pemilihan yang berdasarkan kepada kriteria itu atas akan mendapat kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.

————————————–

Buat sahabat2 yg bakal berkahwin, ku doakan..

“Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan.” (Dalam bahasa Arabnya: Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair)

*Inilah doa untuk pengantin yang diajarkan oleh Rasulullah agar pengantin mendapat kebaikan dan kebahagiaan di dunia (generasi demi generasi dan di akhirat lagi diberkati Allah)

  1. Mac 12, 2010 at 2:38 pm

    Kawin kerana jodoh.

    • Mac 12, 2010 at 4:16 pm

      Berniatlah untuk berkahwin semata-mata untuk beribadah kepada Allah disamping berusaha walaupun tiada jodoh🙂

      Firman Allah Taala, maksudnya: “Sesiapa yang berusaha dengan tujuan mahukan kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia (15, Surah Hud).

      “Sesiapa yang berusaha dengan tujuan mahukan faedah akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan kepada faedah ditujunya itu.” (20, Surah As-Syura).

      “Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan tujuan mendapat keredhaan Allah maka sudah tentu Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar. ” (114, Surah An-Nisa’).

      ————————————————–
      Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menuliskan gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya); dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisiNya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja.”

      (Bukhari dan Muslim)
      ————————————————
      *Dalam hal melakukan kebaikan dan kejahatan, niatnya sahaja pun sudah ada nilainya. Orang yang berniat hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi ia tidak melakukannya, maka Allah Taala memberi kepadanya satu kebaikan yang sempurna kerana kejayaannya menentang dan membatalkan niatnya yang jahat itu sehingga ia tidak melangsungkan kejahatan yang diniatkannya.

  2. wardah_asrar
    Mac 17, 2010 at 3:49 am

    artikal yang bagus..
    mintak izin nak masuk dlm blog juga yea.. syukran

  3. azrik
    Mac 23, 2010 at 11:34 pm

    Ada..

  4. Jun 22, 2010 at 6:45 am

    InsyaAllah..semoga bertemu jodoh..

  5. Noraini Binti Mohd Shah
    Oktober 4, 2010 at 4:33 am

    ppuan yg baik utk laki2 yg baik begitu juga sebaliknya..

  6. sya
    November 24, 2010 at 7:33 am

    boleh x sy nk copy artikel ini utk dimasukkan dlm blog sy.
    harap diizinkan

  7. hamba allah
    April 8, 2011 at 3:28 am

    izinkan diri untuk share dalam blog saya thanks….http://auntacu81.blogspot.com/

  8. Oktober 2, 2011 at 2:06 pm

    nak tanya sikit…tentang martabat hadis solat orang kahwin lebih afdal dari solat bujang-sohih, hasan atau dhaif.Wallahu a’lam

  9. yumi
    Oktober 9, 2011 at 11:23 am

    berdosakah saya jika saya berniat utk tidak mahu berkahwin kerana alasan yang kukuh(rahsiaku hanya ditanganNYA sahaja)…dan adakah benar saya akan digolongkan bukan umat NABI jika tidak berkahwin.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: