Rumah > Resepi Sedap > Resepi Sedap :Ayam Goreng Berempah

Resepi Sedap :Ayam Goreng Berempah

Resepi sedap: Ayam goreng berempah

Bahan 1 (dikisar)

1 inci Halia

1 inci Kunyit hidup

3 batang serai

5 ulas bawang putih

Bahan 2

Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)

½ sudu jintan manis

½ sudu jintan putih

1 sudu ketumbar

1 biji telur

daun kari

garam

 

Cara-cara memasak

  1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
  2. dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
  3. Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas :)

p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..

  1. noramalina
    November 27, 2008 at 3:10 am | #1

    tumbuk halia dengan bawang putih, pastu perap kat ayam.. letak garam kunyit sikit.. pastu goreng. pun sodap jugak.. wangi.. (^_^) but kena hati2.. bahan perap tu senang hangit.. hee..

  2. zickory
    Disember 5, 2008 at 4:12 am | #2

    kalo goreng dgn tepung adabi + telur, lg best..! masyuk cam kt KFC..hehe

  3. syidahef
    Mei 31, 2009 at 1:03 pm | #3

    em.. saya dah buat tapi tak guna bawang putih..
    saya blendkan daun kari. , gaulkan dgn serbuk kari dan sedikit sebuk cili .pasti ada kelainan. lain2 sama aje. Ingat daun kari kena banyak. Baru baunyer…. tak terhingga..ummmpph

  4. Jun 4, 2009 at 2:49 am | #4

    cam sedap resepi nie.tapi klau isi banyak daun kari,lagi best.jadi rangup.eym…yummy

  5. Jun 4, 2009 at 2:50 am | #5

    ade x resepi pasal ayam tandoori

  6. nizamnz
    Jun 22, 2009 at 1:48 am | #6

    Tambahan kepada yg suka makanan rangup.

    Cuba campurkan sebuk roti yg boleh dibeli di kedai membuat kek

  7. diyezz
    Oktober 20, 2009 at 12:35 pm | #7

    saya dh buat dah sdp la gila la.dasyat 2

  8. diyezzz
    Oktober 20, 2009 at 12:40 pm | #8

    saye png la nk pilih yg ane aaaa?coz trlampau bnyk sangt web.

  9. Oktober 28, 2009 at 7:28 am | #9

    kengkawan nak tanya ni betul ke resepi a.g brmpah ni power kami nak niaga nasi lemak a.g.brmpah ni ari isnin.. klu kmpom ok mlm ni kami cuba buat

  10. bedakcejuk
    November 4, 2009 at 5:34 pm | #10

    baru nak belajar masak ni.mula2 ingat nak cuba yang senag2.dah teror yang basic move to yang rumit.hehehe thanks…. banyak membantu

  11. puan rafizah
    November 28, 2009 at 4:18 am | #11

    salam semua.sy nak tokok tambah je…kalau nak bagi umphh! lagi ayam goreng tu tambah kan dgn sedikit tepung beras(3 sudu),tepung jagung (3 sudu) tepung gandum(2 sudu) sedikit serbuk cili (2 sudu)dan yg paling penting sekali sedikit air kapur (2 sudu)(nak bagi rangup).Cubalah…..semua org suka….

  12. Januari 2, 2010 at 9:28 am | #12

    Kalau nak keep it simple… letak kunyit ,garam, sos cili lingham (apa2 jenis sos cili pun boleh – jgn guna sos tomato) dan kicap kipas udang.. peram 1/2 jam… Goreng pun sodap..

  1. No trackbacks yet.