Utama > Teladan Hidup > Doa Seorang Kekasih

Doa Seorang Kekasih

 

Ya Allah…

Seandainya telah Engkau catatkan…

Dia milikku, tercipta buat diriku…

Satukanlah hatinya dengan hatiku…

Titipkanlah kebahagiaan antara kami…

Kukuhkanlah ukhuwah Islamiyah kami…

Agar kemesraan itu kekal abadi…

 

 

Ya Allah…

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…

Seiiringkanlah kami melayari hidup ini…

Ke tepian yang sejahtera dan abadi…

Istiqamahkanlah kami ya Allah…

Demi meneruskan perjuangan kami dalam

medan dakwah yang penuh cabaran ini…

Jika ikatan yang Engkau tentukan ini…

Adalah satu pemangkin bagi kami

Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai…

Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini…

Maka jodohkanlah kami…

Moga putra-putri kami bias menjadi muslimin dan muslimat…

Pendokong jamaah…

Penggerak gerakan Islamiyyah…

 

Tetapi ya Allah…

Seandainya telah Engkau takdirkan…

Dia bukan milikku…

Bawalah dia jauh dari pandanganku…

Luputkanlah dia dari ingatanku…

Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Jika aku gagal menangkis kekecewaan itu…

Pelihara dan mantapkanlah imanku…

Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja jamaahku…

 

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…

Berilah aku kekuatan…

Menolak bayangannya jauh ke dada langit…

Hilang bersama senja yang merah…

Agarku sentiasa tenang…

Walaupun tanpa bersama dengannya…

 

Ya Allah yang tercinta…

Pasrahkan aku dengan takdirMu…

Aku redha dengan segala ketentuan dari Mu…

.Inilah ujian pentarbiyahan buatku…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan….

Adalah yang terbaik untukku…

Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui…

Segala yang terbaik buat hambaMu ini…

 

Ya Allah…

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…

Di dunia dan akhirat…

Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…

Janganlah engaku biarkan aku sendirian…

Di dunia ini mahupun di akhirat…

Menjuruskan aku kea rah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan sefikrah yang beriman…

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…

Sama-sama dapat terus bergerak di dalam Jamaah Islam…

 

Namu begitu ya Allah…

Jangan sekali kali Engkau biarkan cinta ku kepadanya…

Melebihi cintaku kepadaMu…

Sesungguhnya Engkaulah cinta agungku…

Andainya sudah ditakdirkan buatku…

Pendokong Jemaah bukan jodohku…

Mantapkanlah tarbiyah ku…

Agar aku mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini…

Sama-sama berusaha mendaulatkan Islam…

Ke jalan yang Engkau redhai…

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan soleh dan solehah…

Yang pastinya menjadi asset utama penegak syiar agamaMu…

 

Ya Allah…

Redhakanlah perjuangan kami…

Berikanlah kami kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat…

Dan peliharalah kami dari azab api neraka…

Ameen..ameen ya Rabbal ‘Alameen…

 

Kategori:Teladan Hidup Tags: , ,
  1. Julai 26, 2008 at 2:46 am

    Salam ukhwah..
    menarik artikel enti nie..
    Jika sudah sampai masanya jgn lupa bgtau ana..
    teruskan tarbiyah..~

  2. Oktober 21, 2008 at 7:10 am

    ini Doa daripada seorg sahabatku yg dicintai Allah, InsyaAllah. I miss her🙂 Moga kehidupannya diberkahi Allah selalu.. ameen.

  3. azah aziz
    Ogos 12, 2009 at 12:46 am

    Assalamualaikum warahmattullah hi wabaroktuh. Thanks for the DOA. Alhamdulillah kalau semua orang tahu dan memahami konsep keimanan maka memang patutlah doa ni di baca supaya kita akan senantiasa manjadi hambaNya yang soleh dan bertakwa. Tidak akan ada lagi keraguan dihati dan kerungsingan di fikiran kerana faham dam mengerti akan sebuah kenyataan yang telah ditentukanNya.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: