Utama > Perjalanan Hidup > Pelik bin Ajaib

Pelik bin Ajaib

Salam, apa yg anda akan fikir bila nampak seseorang tu atau kawan anda buat sesuatu yg pelik dan bukan amalan kebiasaannya?

Contohnya kwn anda tu xpernah pon keluar dengan perempuan tetiba nampak dia berjumpa dengan perempuan yg xdikenali di kafe/kedai makan…hmm..mesti hilang sume kepercayaan pada dia kan…dan kt otak ni mesti fikir mcm2 yg buruk2 saja kat dia.. tunjuk alim la konon..dan macam2 lagi tuduhan-tuduhan liar dr syaitan dtg..

Percaya atau tak, detik itulah Allah nak uji kita bagaimana kita menghadapi hasutan-hasutan syaitan yg ingin memecah belahkan manusia dan umat islam. Bersangka baik sesama umat islam amat dititik beratkan dalam membina perpaduan dan kepercayaan. Menilai sesuatu peristiwa tanpa penjelasan si pelaku adalah zalim. Pada contoh kes di atas, mungkin kwnnya itu bertemu dengan saudara kandungnya, ibu saudaranya atau seseorang asing yg mana dia terpaksa mengorbankan prinsipnya untuk hal yang lebih mustahak pada masa tersebut. Jika anda sayang kwn anda itu, meminta penjelasan adalah lebih baik berbanding meneka-neka alasan yg boleh mendatangkan fitnah dan menzalimi sahabat anda tadi. Lain lah kalau dia melakukan sesuatu yg menyalahi agama..

Dalam surah al-kahf (ayat 70-82), ada diceritakan tentang kisah nabi Musa dan nabi Khidr yang musafir bersama-sama. Tetapi didalam prjalanan, nabi Kidr telah melakukan sesuatu yg pelik dan tidak dapat diterima oleh nabi Musa (baginya, perbuatan nabi kidr sgt kejam dan menyalahi ilmunya). Dan kisah ini memberitahu bahawa hanya nabi khidr sahaja yg mengetahui rahsia segala perbuatannya dan nabi Musa tersalah tafsir perbuatan nabi khidr td kerana hanya memndg hukum yg zahir pd sisinya sahaja.

Jadi, kesimpulannya..cepat meneka/menghukum seseorang tanpa penjelasan/bukti adalah salah dan zalim. Saya juga xterkecuali dr perbuatan-perbuatan yg pelik dan ajaib ini kerana walaupun sy mempunyai prinsip dan agak menekankan aspek batasan dalam hubungan yg bukan muhrim, adakalanya sy perlu longgarkan prinsip itu utk sebab yg lebih utama dan lebih bersifat terbuka. Bagi sy, melakukan sesuatu tanpa sebab adalah sia-sia dan membuang masa sahaja. Begitu juga jika saya menghindarkan diri sy dr seseorg itu.. semuanya ada sebab tersendiri..dan empunya diri sahaja yang tahu 🙂

  1. sonaalFaqirah
    November 6, 2010 at 3:03 am

    sangat setuju.tetapi kejahatan y memang terang lagi bersuluh,moleknya dinasihatkan sementara dlmasa sama jaga hubungan baik/kebajikan dengannya.Tak pelik apapun,kerana kita idup ada qarin y slalu ajak buat munkar,nhanya sgelintir manusia akan slamat.
    Doalah agar sntiasa ALLAH bantu pada jalanNYA….

  2. April 25, 2011 at 4:21 am

    sya rasa kucing tu pakai contack lence kot.siap guna rantai lg sah lah kucing tu pASANG CONTACT LENCE logik kan.mingkin tuan dia pun suka begaya gak,wat ever memeng klass gitu…miow,,miow

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: