Utama > Info Halal, Isu Semasa > Info Halal : Bulu Khinzir yang dijadikan berus.

Info Halal : Bulu Khinzir yang dijadikan berus.

Assalamualaikum, untuk pengetahuan pembaca, berus yang murah dari China kebanyakannya diperbuat dari bulu babi… Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu BABI :-

  1. Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu BABI ni bercabang dihujungnya).
  2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu BABI ni dipanggil dalam B. Inggeris ‘hog bristles, boar bristles, and pig bristle’

Senang cerita, saya kepilkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca.. semoga umat ISLAM sentiasa berjaga-jaga dalam membeli produk berus ni ok… 🙂

Cuba tengok bulu no 10 tu…. itula bulu BABI..

Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

bulu babi bercabangbulu babi yang bercabang

Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.

Produk Bulu BABIYang atas ni adalah contoh produk yang diperbuat daripada bulu BABI….

So, hati-hati dan waspada daripada barangan HARAM ni yer… pastikan berus yang anda miliki tidak bercabang.. 🙂

more info : http://www.bruceonshaving.com/2010/10/10/a-beginners-guide-to-boar-brushes/

  1. Muhammad Azizi
    Disember 9, 2011 at 3:30 am

    alhamdulillah terima kasih di atas perkongsian ilmu ini…saya merupakan seorang guru seni yg sering menggunakan berus2 lukisan…selepas membaca info ini saya akan lebih berhati2 dalam penggunaan berus bulu babi ni….:)

  2. tajulA
    Januari 16, 2012 at 9:04 am

    Hujung bulu tidak lagi bercababang sekiranya sudah terpotong hujungnya. Begitu juga apabila bulu itu dipasakkan terbalik spt pada berus Straightening disalon rambut.
    bulu babi..hog bristles, boar bristles, pig bristles, pure bristles, natural bristles, porcine origine, swine, …sehingga amnya… animal hairs, natural furs.

    • Januari 16, 2012 at 3:47 pm

      ya.. mmg benar..
      juga ciri2 khas bercabang inilah bulu babi dijadikan berus..
      berus tersebut akan menjadi lebih rimbun berbanding berus lain…

    • Poksu kamil
      Mac 22, 2016 at 10:14 am

      Jika bulu babi yang sudah dipotong dan hilang bahagian bercabang,bagaimana pula caranya untuk mengenalinya?

      • Ogos 16, 2017 at 12:17 pm

        Biasanya kilang guna bulu yang bercabang (tidak potong) ni supaya hujung berus nampak lebat dan gebu

  3. Februari 26, 2012 at 9:39 am

    risau berus gigi yg ada mcm ni, apa tndakan perlu dibuat?

  4. botat
    Mac 22, 2012 at 4:45 am

    pakai kayu sugi

  5. syuhada
    Mac 10, 2016 at 4:17 am

    berus gigi oral b?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen