Archive

Posts Tagged ‘sikap’

Personaliti Mengikut Jenis Darah Anda

Jun 17, 2010 14 comments

Assalamualaikum…just wanna share something sooo cutee..hehe

sebenarnya suke tengok kartun nih.. comel sungguh…hehe… adakah ia kene dengan jenis darah anda? hmm..kalo sy.. buleh ngaku la.. ade sikit2..haha.

Baca selanjutnya…

Perubahan dan Minda

Jun 8, 2010 8 comments

Assalamualaikum..perubahan..hmm..hidup kita penuh dengan perubahan.. adakalanya berubah menjadi lebih baik, dan ada juga yg berubah menjadi kurang baik dari sebelumnya(jauhkn kami ya Allah).. sedangkan perubahan hidup manusia itu adalah sunnatullah… Manusia berubah secara fizikal n mental setiap saat.. adakalanya perubahan itu diterima dengan redha dan penuh rasa syukur.. tetapi tidak semua dapat menerima perubahan..

Saya telah jalankan kajian di tempat kerja saya..secara umumnya responden2 ditempat kerja saya tidak dapat menerima perubahan yang telah saya lakukan..mereka selesa melihat perkara yang sama, situasi yang sama dan tidak selesa dengan perubahan yang berlaku pada sekeliling mereka. Saya tidaklah begitu pelik, hal ini kerana semua ini bergantung terhadap minda seseorang itu. Mungkin saya akan menggelar orang yang cepat menerima perubahan dengan baik adalah seorang yang berfikiran terbuka dan sudah pasti seorang yang berfikiran positif. Dia juga mungkin sukar dipengaruhi oleh persekitaran kerana orang sebegini cenderung berfikir dari menerima maklumat secara mentah2 tanpa berfikir panjang.

Bagaimana minda dipengaruhi supaya mereka sukar menerima perubahan? Minda manusia begitu unik ciptaannya, tetapi minda tidak dapat menilai baik dan buruk maklumat secara kasar. Minda berfungsi menyimpan data dan membandingkan data yang diperolehi. Oleh sebab itulah, minda orang yang banyak pengalaman / orang lebih tua cepat menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Hal ini sukar dilakukan oleh minda orang muda yang masih baru tetapi, apabila zaman semakin berubah dan orang muda lebih terpelajar dan terdidik, mereka cenderung berfikir dan membanding untuk membuat pilihan. Hal ini sukar diterima oleh orang tua kerana mereka yang banyak menerima pengalaman pada zaman mereka yang tiada pilihan dan tiada ruang untuk membuat perbandingan.

Saya masih ingat kata2 seorang guru yang pernah memberi motivasi dalam satu kursus di sekolah dulu.

“Minda kita menyimpan data yang kita lihat setiap hari, tempat yang kita pergi, perbuatan kita, apa yang kita buat, apa yang kita baca…dan apabila kita berulang-ulang kali melihat perkara yang sama, perkara tersebut akan melekat diminda kita, memenuhi minda kita..dan cenderung mempengaruhi cara pemikiran kita”

Oleh itu, kehidupan manusia ini dipengaruhi daripada cara kehidupannya dari kecil lagi..cara didikannya dan nilai-nilai yang dipelajarinya sejak kecil. Kerana semuanya mempengaruhi perbuatan dan cara pemikirannya menilai sesuatu perkara. Lalu, perubahan dapat diterima apabila minda positif dan menilai perubahan secara positif dimana perubahan2 kearah negatif akan ditapis dengan cermat dan teliti.

Baca selanjutnya…

Empati : Asas memahami orang lain.

November 2, 2009 Tinggalkan komen

Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya ada banyak karakter dan personaliti tersendiri dan ia mempengaruhi hubungan empatidengan orang lain. Memahami orang lain adalah sangat penting dan ia sebahagian daripada proses membina hubungan yang baik antara satu sama lain.

Konflik sering kali muncul apabila salah satu pihak tidak mampu membaca dan mengenal orang lain dengan baik berkaitan keperluan, kepentingan, harapan dan penghargaan yang diinginkan. Ia akan menjadi bertambah masalah apabila salah satu pihak mengharapkan orang lain memahami kehendak dirinya kepada pihak lain dengan cara yang kurang tepat lalu mengakibatkan berlakunya paksaan.

Banyak orang mempunyai tahap intelektual yang hebat tetap tidak memiliki kemampuan interpersonal yang baik, sehingga membuat orang lain tersinggung, kecewa, merasa disakiti dan diremehkan.

ISLAM mengajar kita supaya memahami orang lain bahawa setiap manusia sama di sisi Allah SWT, dan yang membezakan mereka adalah darjat ketaqwaannya.

Kenapa kita perlu memahami orang lain?

Baca selanjutnya…