Arkib

Posts Tagged ‘banjir’

Banjir Kilat di Perlis 2011

Assalamualaikum, kerajinan melanda selepas sembuh demam selsema.. hehe

mimpi apa post tajuk ni? hmmm…bukannya apa, bagi saya..inilah kali pertama banjir kilat di Perlis.. akibat hujan yang tak berenti-renti dekat 5 hari la jugak…

===============================================================

Rentetan Peristiwa Cuaca

Ahad /27.03.2011

: Hujan berterusan lebat dan mendung siang

: Hujan malam disertai ribut

Isnin /28.03.2011

: Hujan berterusan lagi sehingga menyebabkan tali air dan sungai naik mendadak

: Empangan juga hampir di paras maksima menyebabkan beberapa pintu air terpaksa dibuka

: Air naik dibeberapa kawasan berhampiran sungai dan tali air kerana air laut pasang tinggi menyebabkan pengaliran sungai ke laut menjadi lembab

Selasa /29.03.2011

: Hujan lebat masih turun tanpa berhenti sehingga ke pagi.

: Air mulai membanjiri kawasan-kawasan rendah sekitar  Padang Besar dan Arau.

: Amaran banjir dikeluarkan.

: Pelajar asrama di sekolah-sekolah mulai pulang ke kampung.

Rabu /30.03.2011

: Hujan masih turun tanpa berhenti sehingga ke petang renyai-renyai

: Pelajar yang hadir ke sekolah di Kangar diminta pulang kerana air mulai naik di kawasan sekitar

: Kawasan Kangar dinaiki air sementara kawasan Padang Besar mulai surut.

: Mangsa banjir meningkat

Khamis /31.03.2011

: Cuaca amat baik dan matahari menyinar dengan terik sekali

: Beberapa kawasan Padang Besar dan Arau mulai surut.

: Beberapa jalan utama di Kangar dinaiki air dan ditutup.

: Sekolah-sekolah dikawasan Kangar ditutup.

: Kawasan perumahan, pejabat-pejabat, kedai-kedai dan hospital dinaiki air.

Jumaat /01.04.2011

: Pagi & tengahari hujan lebat

: Sekolah yang ditutup hari ini :- sk pdg melangit, sjk(t) kangar, sk abi, sk putra, sk sri indra, sk titi tok bandar, sk seri perlis, sk stella maris, smk derma, smk teknik, smk syd hassan, smk putra, smk perlis, smkap, sk panggau, sk behor empiang, sk sena, smk dato ali ahmad.

: raptai majlis perasmian balapan dan padang di stadium utama negeri Perlis dibatalkan.

: Air mula naik dikawasan Kangar selatan, jalan Behor Gonchar

: Mangsa banjir meningkat dari 3503 ke 4554 mangsa

: Pusat perpindahan terkini meningkat ke 32 , walaupun 28 pusat perpindahan di bahagian Padang Besar dan Arau di tutup dan mangsa dibenarkan pulang.

: Air mulai naik di selatan Perlis, iaitu Tambun Tulang (kawasan Arau).

 

Sabtu / 02.04.2011

: hari ini mangsa bertambah hari ini ialah 5196 mangsa.

: Perhimpunan perkhidmatan awam pada 4 april ini dibatalkan.

 

Banjir Perlis Hotline 04-9768532 /8570/8571

Disini, saya lampirkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca-pembaca semua 🙂

Baca selanjutnya…