Utama > Isu Semasa, Perjalanan Hidup, Tazkirah > Isu Semasa : Bersih 2.0

Isu Semasa : Bersih 2.0


Menangis aku kesedihan melihat umat Malaysia berbalah, bergaduh, mengutuk, menghina dan saling membenci kerana KETIDAK ADILAN yang dicipta pemimpin pemerintah. Yaa.. ‘mereka’ sedang ketawa kerana permainan mereka berjaya memecah belahkan perpaduan rakyat yang harmoni.

Perkara yang dihalalkan dalam perundangan dan perlembagaan ‘mereka’ kini dibawa oleh musuh mereka membuatkan ‘mereka’ mengharamkannya lalu menghasut  melalui media perdana untuk menanamkan rasa benci..kepada rakyat yg tidak ‘pandai berfikir’ dan tidak berilmu. Sedih melihat mereka yang tidak tahu apa-apa memberi ‘komen bodoh’ tanpa ilmu akibat termakan hasutan itu.

Pecah dan perintah…itulah agenda ‘mereka’….jika rakyat saling membenci dan berpenyakit didalam hati, maka senanglah hasutan disuntik, tambahan pula tiada pelindungan rohani, tiada ilmu ukhrawi.. semuanya berpandukan logik akal semata-mata..dengan pelbagai alasan logik, ‘rakyat bodoh’ akan termakan dengan hasutan itu…’ mereka’ ketawa lagi….

Dengan linangan air mata, aku berdoa semoga dibukakan hijab keadilan diserlahkan hakikat kebenaran di bumi Malaysia yang aku cintai. Lindungilah pejuang-pejuang agama kami Ya Allah.. walau pelbagai kebencian dan cacian diterima, ugutan dan segala bentuk ancaman.. berikanlah kami kekuatan dan kesabaran menghadapi ‘umat jahil’ yang semakin ramai ini…. Semoga mereka semua diberi hidayah dan dibukakan minda untuk berfikir..berfikir..berfikir… dan berfikir..

Menghadapi kesedihan ini, aku teringat akan hadis yang menceritakan tentang dajjal dan yang bakal tiba dalam pemerintahannya adalah tahun-tahun tipu daya…

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

“Menjelang turunnya dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Allah dan RasulNYA telah ajar cara untuk mengatasi fitnah dajjal. Antaranya ialah dengan menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam sohehnya, nombor 809 yang bermaksud:

Dari Abu Darda’ r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Siapa yang menghafal 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal.”

Dan satu lagi hadis dari kitab Al-Dhurr Al-manthur oleh al-Suyuti (5:355) yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, ianya dihindari dari dosa besar selama 8 hari, dari setiap fitnah yang muncul. Dan sesungguhnya apabila munculnya dajjal, terpeliharalah darinya.”


4 kisah dipaparkan oleh Allah SWT di dalam Surah al-Kahfi.

Segala hadith Nabi s.a.w. menjelaskan tentang keutamaan membaca surah ini pada hari Jumaat dengan manfaat terbesarnya ialah: terselamat dari Fitnah Dajjal.

Bermula daripada kisah Ashaab al-Kahf, ia diikuti dengan kisah pemilik dua kebun bersama sahabatnya yang Mukmin, disusuli pula dengan kisah Musa bersama seorang hamba yang soleh (Khidr) dan disempurnakan dengan pembentangan kisah Dzulqarnain.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah dajjal. Baginda telah bersabda:

“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.”

“Di antara fitnah dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”

Perisai Dari Fitnah Dajjal

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
إِذا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ. يَقُوْلُ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عذاب الْقَبْرِ ومن فِتْنَةِ الْمَحْيا وَالْمَماتِ ومن فتنة الْمَسِيْحِ الدَّجّالِ

“Jika salah seorang di antara kalian selesai membaca tasyahhud maka hendaknya dia meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara. Hendaknya dia membaca:

ALLAHUMMA INNI A’UDZU BIKA MIN ‘ADZABI JAHANNAM, WA MIN ‘ADZABIL QABRI, WA MIN FITNATIL MAHYA WAL MAMATI, WA MIN FITNATIL MASIH AD-DAJJAL (Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksaan Jahannam, dari siksaan kubur, dari ujian kehidupan dan kematian, serta dari ujian Al-Masih Ad-Dajjal).”

(HR. Muslim no. 588)

Dari Imran bin Hushain radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ سَمِعَ بِالدَّجّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ. فَوَاللهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيْهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتْبَعُهُ مِمّا يَبْعَثُ بِهِ مِنَ الشُّبُهاتِ
“Siapa saja yang mendengar tentang Dajjal maka hendaknya dia menjauh. Kerana demi Allah, ada seseorang yang mendatangi Dajjal dalam keadaan dia mengira kalau dirinya adalah orang yang beriman, akan tetapi akhirnya dia mengikuti Dajjal akibat besarnya syubhat/kekeliruan yang dia datangkan.”

(HR. Ahmad: 4/430, Abu Daud no. 4319, dan sanadnya dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Al-Misykah no. 5488)

Dari Abu Ad-Darda` radhiallahu anhu bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آياتٍ مِنْ أَوَّلِ سُوْرَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجّالِ
“Barangsiapa yang menghafal 10 ayat pertama surah Al-Kahfi maka dia akan dijaga dari Dajjal.”

(HR. Muslim no. 809)

Penjelasan ringkas:
Tatkala Dajjal merupakan ujian terbesar bagi setiap umat, maka tidak ada satupun nabi kecuali dia telah memperingatkan umatnya akan ujian yang satu ini. Dan termasuk dari peringatan tersebut adalah disebutkannya amalan-amalan yang  menyelamatkan mereka dari ujian ini, di antaranya:
a.    Sentiasa berlindung dari keempat perkara yang tersebut dalam hadits Abu Hurairah di atas, dan ini dibaca setiap selesai tasyahud akhir sebelum salam ketika solat. Bahkan kerana pentingnya berlindung dari Dajjal, Nabi SAW telah mewajibkan membaca doa ini dalam solat.

b.    Wajib untuk menjauhi tempat-tempat yang Dajjal sedang berada padanya. Kerana Dajjal tidak akan boleh dibunuh oleh siapapun kecuali oleh Nabi Isa AS, karenanya tidak akan ada gunanya perlawanan. Dan dia adalah makhluk yang sangat jelek lagi kafir sehingga dakwah dan perbuatan baik tidak akan berkesan kepadanya. Jalan satu-satunya yang boleh diikuti hanyalah menghindar dan menjauh darinya agar jangan sampai bertemu dengannya.

c.    Menghafal dan sering membaca 10 ayat pertama dari surah Al-Kahfi.

Marilah kita sama-sama berlindung daripada fitnah-fitnah dajjal dengan membaca surah Al-Kahfi dan sentiasa mengerjakan perbuatan yang baik dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi (ayat 1-10)


Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).


(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.


Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.


Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Sumber tentang dajjal:

saifulislam.com

al-atsariyyah.com

  1. Julai 15, 2011 at 11:47 am

    sedihkan tgk keadaan mcm ni ;(

    • Julai 15, 2011 at 12:19 pm

      hmm..berdoalah semoga kita semua berada di jalan yang benar…ameen..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: