Utama > Perjalanan Hidup, Tazkirah, Teladan Hidup > Marilah Menjadi Pemuda Pemudi Harapan Ummah!

Marilah Menjadi Pemuda Pemudi Harapan Ummah!

Rasulullah s.a.w bersabda :

Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan” Berkata seorang sahabat, “Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?” Nabi menjawab, “Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.” Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah itu wahan?” Bersabda nabi, “Cintakan dunia dan takutkan mati “.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Inilah penyakit yang menyerang umat Islam pada hari ini. Umat kehilangan kekuatan sehingga menjadi ringan dan terus hanyut di bawa arus. Bagaimanakah cara bagi menghentikan keadaan ini? Kita sebenarnya bertanggungjawab menerapkan nilai kebenaran pada umat dan seterusnya memproses umat ini sehingga mereka mempunyai nilai-nilai Islam yang kukuh, yang memampukan mereka melahirkan arus mereka sendiri.”.

faktor-faktornya seperti berikut:

  •  Kurang didikan agama dikalangan golongan masyarakat

 Hari ini, jika kita perhatikan masyarakat kita dihanyutkan atau dimomokkan secara berlebihan dengan hiburan dan kemewahan dunia. Islam tidak menghalang atau melarang umatnya daripada mencari kesenangan dan kemewahan dunia, tetapi ianya haruslah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

 Hal ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,

” Carilah oleh mu kehidupan akhirat, tetapi jangan kau lupa bahagian mu di dunia “

Bahkan Allah S.W.T. di dalam Al-Quran sendiri secara jelas memerintahkan kita agar sentiasa mencari kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Jika kita lihat pada hari ini, mereka yang terlibat dalam gejala sosial, hingga melibatkan perkara aqidah adalah di kalangan membesar jauh dari Al-Quran.

Mereka ini kebanyakannya tidak pernah membaca apatah lagi mengetahui makna Al-Quran itu sendiri. Saya amat yakin dan percaya, sekirannya pembudayaan kepada pembaca Al-Quran seterusnya penerusan melalui kaedah pemahamannya yang berterusan, masalah dan gejala sosial yang melanda masyarakat kita pada hari in mampu untuk di atasi.

 

  • Kurang rasa penghormatan kepada golongan Ulama’dan Ilmuwan Islam

Para ulama’ dan ilmuwan Islam adalah mereka yang sentiasa berusaha untuk menjunjung Al-Quran dan As-sunnuh sebagai panduan dan pedoman umat. Mereka sentiasa berikhtiar untuk menjaga kemashalatan dan kebajikan masyarakat, Justeru, mereka sentiasa memberian pandangan dan pendapat terhadap sesuatu isu dan permasalahn yang dihadapi oleh negara dari kaca mata dan perspektif agama.

Malanglah, golongan ini sering kali ditohmahan yang tidak enak seperti golongan ulama’ yang jumud dan tidak terdedah pada arus kemodenan. Harus diingat bahawa golongan ini tIdak sama sekali anti kepada pembangunan, tetapi pembangunan itu hendaklah seiring dengan pembangunan rohani dan spiritual yang selaras dengan ajaran Islam. Nah, beginilah jadinya sekiranya pandangan dan nasihat yang sering di keluarkan oleh golongan ini dianggap remeh dan tidak seiring dengan edaran masa.

 

PEMUDA PEMUDI YANG BERSEMANGAT

Hari ini ramai anak muda bersemangat tetapi membazirkan semangat mereka ke arah keduniaan semata-mata tidak seperti di zaman Rasulullah SAW. Sirah perjuangan Nabi dan sahabat baginda sangat banyak untuk diteladani dan perlulah dihayati dalam perjuangan menempuh kehidupan kita yang penuh ranjau ini.

“Zaman Nabi dulu berperang, berjihad dalam peperangan..” kata B.

Hmm, perlukah kita berperang pada hari ini?

Ya! jihad kita pada hari ini adalah jihad alaf baru, jihad ekonomi, jihad pendidikan dan jihad nafsu! Semuanya amat susah dan tidak terlawan. Akibat penyakit al-wahn (cintakan dunia), pejuang-pejuang amat lemah sekali berjihad… tiada kekuatan. Saat ini panji Islam sedang dicarik dan digurau sendakan oleh musuh Islam. Saat ini sistem dan peraturan Allah SWT tidak lagi dinobatkan, yang berkuasa adalah ideologi manusia semata.

Apa yang umat Islam mampu buat hari ini untuk menegakkan panji-panji Islam?

Pemuda pemudi haruslah sedar dan melibatkan diri dalam perjuangan Islam sama ada menjadi peserta, penggerak dan pendidik dalam membina pelapis pemuda pemudi Islam dan ikhlas berjuang kerana Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW,

“Barangsiapa akhirat menjadi matlamat dan tujuannya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi tujuan dan tumpuannya, maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.”

Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad shahih.

Jadilah generasi pemuda yang sedar. Generasi yang selalu siap menyerahkan bulat-bulat jiwa dan kehidupannya. Generasi yang sentiasa istiqamah di tarbiyah dengan tarbiyah Al Quran. Agar semangat kita adalah semangat yang berlandaskan tauhid, yang rindunya membuak-buak merindukan syahid. Fanastisme bukan pada manusia tetapi kepada nilai tauhid yang diperjuangkan. Apabila ia patuh pada kepimpinan, taat dan setia lantas siap berkorban bukan dek kerana peribadi sang pemimpin yang kita sayangi, namun ketaatan itu tumbuh kerana kepimpinan kita memiliki karakteristik rabbani, akhlaqul karimah, taat pada Allah dan RasulNya, serta siap berkorban demi menegakkan panji-panji Allah di atas muka bumi.

Semoga usia yang dipinjamkan Allah SWT kepada kita dapat kita manfaatkan sepenuhnya sebagai generasi pemuda mujahid setia yang tetap istiqamah menolong agama Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Jika kalian menolong (agama) Allah, maka Allah akan menolong kalian dan mengukuhkan kedudukan kalian. (Muhammad : 7)

InsyaAllah dengan misi besar sebagai pemuda yang sentiasa memberikan kehidupannya untuk dakwah, maka Allah SWT akan sentiasa menolong dan menguatkan kita untuk terus sabar dan istiqamah bekerja.

Wahai pemuda pemudi yang cinta akan Islam! Ayuh, kuatkan jiwamu.. Apa yang kamu korban dan sumbangkan tidakkan sia-sia di sisi Allah SWT. Terus persiapkan diri kita dan anak didik kita dengan segala kekuatan:

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu, dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya.”

(Al-Anfal: 60)

sumber :

As-Syeikh Said Hawa dalam al-Madkhal Ila Dakwah al-Ikhwan Al-Muslimin

LangitIlahi.com

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: