Utama > Isu Semasa, Tazkirah > Adab Mempercayai Sesuatu Berita

Adab Mempercayai Sesuatu Berita

Assalamualaikum w.b.t.

Kehidupan didunia akhir zaman ini penuh dengan kesangsian dan teka-teki… tatkala membaca sesuatu sumber, timbul tuduhan (bolehkah dipercayai?) kemudian datang satu sumber yang lain (yang mana nak percaya ni?)… Hurrmm, penulis pun pening nak percaya mana satu… jd, apa kata kita tgk dlm sumber yg wajib dipercayai dan ikuti iaitu Al-Quran…..^^

==================================================================

Dalam surah Al-Hujurat ayat ke-6

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ”

Sebab-Sebab Turun Ayat:

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Al Harith Bin Abi Dirar Al Khaza’iy RA memohon kepada Rasulullah SAW agar dia ditugaskan untuk mengumpul zakat dari kaumnya Bani Mushtalaq. Kemudian dia juga memohon kepada Rasul SAW agar baginda mengirim seorang utusan kepadanya untuk mengambil zakat yang sudah dikumpulnya itu untuk selanjutnya diserahkan kepada baginda Rasul SAW.

Rasulullah SAW menyetujui permohonan tersebut lalu kemudiannya mengirim Al Walid Bin ‘Uqbah supaya menemui Al Haris untuk mengambil zakat yang terkumpul dan selanjutnya menyerahkannya kepada Rasulullah SAW. Begitu terdengar oleh Al Harits berita tentang kedatangan utusan Rasul SAW itu maka kerana sangat gembiranya maka diajaknyalah kaumnya keluar beramai ramai untuk mengalu alukan kedatangan Al Walid Bin ‘Uqbah.

Ketika Al Walid melihat kaum Al Harith (Bani Mushtalaq) begitu ramai menunggunya maka syaitanpun memainkan peranannya iaitu dengan memasukkan perasaan buruk sangka pada jiwa Al Walid kononnya kaum tersebut akan membunuhnya. Lalu Al Walid segera berpatah balik. Diceritakannya kepada Rasulullah bahawa Al Harish enggan menyerahkan zakat kepadanya, malahan kaumnya bermaksud ingin membunuhnya.

Mendengar berita tersebut Rasul SAW dan kaum muslimin lainnya sangat marah kapada Al Harith dan kaumnya. Dan dalam kisah yang lain pula diriwayatkan bahawa Rasul SAW mengirim Khalid Bin Al Walid untuk menyelidiki perkara yang sebenarnya. Khalid mendapati kisah yang sebenarnya tidaklah sebagaimana yang diceritakan oleh Al Walid Bin ‘Uqbah. Lalu turunlah ayat di atas.

Tafsiran ayat:

Dalam ayat diatas Allah SWT mengajar hamba-hambaNya yang beriman dengan beberapa adab (etika) yang berguna bagi mereka samada dalam urusan agama mereka ataupun urusan dunia mereka. Iaitu agar mereka waspada selalu kalau menerima suatu berita kerana sifat setiap berita pasti mengandungi dua kemungkinan iaitu sidq (benar) atau kizb (dusta). Kadang kadang betul dan kadang kadang hanya rekaan saja.

Oleh sebab itu, sesiapa yang menerima suatu berita maka wajib keatasnya supaya terlebih dahulu Tabayyun atau Tathabbut yang ertinya: Menyelidiki sampai di mana kesahihan berita itu. Sekiranya ada bukti kebenarannya barulah dia boleh percaya. Dan kalau ternyata dusta maka dia mesti menolak dan tidak boleh mempercayainya. 


Keterangan ayat:

Diantara cara syaitan memecah-belahkan umat Islam ialah dengan memasukkan perasaan buruk sangka ketika menerima sesuatu berita yang belum pasti kebenarannya. Lalu dengan bersikap demikian akan mudahlah persaudaraan berubah menjadi permusuhan.

Jika suatu berita disampaikan kepada kita oleh seorang fasik maka cara yang betul dan sesuai dengan etika Islam, kita mestilah ” tawaqquf ” yakni berhenti sejenak atau jangan secara terus diambil dan dipercayai, sehingga terlebih dahulu Tabayyun dan Tathabbut yakni memastikan kebenarannya. Sekiranya ada bukti kebenaran berita itu maka kita terima dan boleh mengamalkannya. Dan sekiranya hanya rekaan saja maka kita mesti tolak dan jangan diamalkan.

Kalau perkara diatas pernah terjadi pada sahabat Nabi SAW. Mengapa perkara ini tidak boleh terjadi di kalangan kita sekarang ini? Malahan mengingat keimanan kita pada akhiur zaman jauh lebih tipis, maka sangat memungkinkan perkara yang sama akan terjadi di kalangan kita.

Mengapa umat Islam pada akhir zaman sukar bersatu? Malahan dikalangan mereka yang mendakwa menegakkan ” sunnah ” pun sering dilanda oleh perpecahan. Sikap kurang berhati hati dalam menerima suatu berita adalah diantara penyebab utamanya. Padahal merekalah orang yang paling faham dan sadar betapa pentingnya perpaduan dan ukhuwah islamiyah.
Dalam pandangan Islam setiap manusia pada asalnya adalah tidak bersalah sehingga dapat dibuktikan bahawa ia adalah bersalah. Menurut Islam ada dua cara untuk menetukan kesalahan seseorang iaitu:
  • Dengan saksi yang cukup,
  • Dengan pengakuan dari orang yang berkenaan.

Mempercayai berita angin tentang salah laku seorang Muslim tanpa usul periksa dapat membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan kerana kadang kadang tertanya keadaan yang sebenarnya tidak sebagaimana yang didengar.

Dalam hal ini bagus juga kita ketahui bahawa di antara kaedah undang undang di dalam Islam, iaitu: ” Membebaskan orang yang bersalah yang diragukan kesalahannya adalah lebih baik daripada menghukumnya di dalam keraguan “. Dan sekiranya ia memang benar benar bersalah, hanya saja tidak cukup bukti kesalahannya umpamanya tidak cukup buktinya atau ia tidak mengaku bersalah sehingga ia tidak dihukum di dunia, semoga Allah akan menghukumnya di akhirat nanti.

Sumber : Al-Quran dan resepirahsiaku.com

=============================================================

Penulis merasakan, jika datangnya sesuatu berita dan kita dan kita dapat menyelidik perkara tersebut benar atau salah, kita perlu menyelidiknya dan menyatakan kebenaran. Dan jika kita tidak mampu, maka wajib bagi kita berdiam diri dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dan mempercayai mana-mana pihak.

Selain itu, pastikan diri kita neutral dan tidak terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan luar tanpa bukti yang cukup. Berwaspadalah dengan hasutan syaitan yang ingin menyesatkan manusia.. Semoga kita semua dilindungi dari mempercayai pendusta dan menyebarkan fitnah..

Wassalam..
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: