Utama > Isu Semasa > Isu Kematian Pelajar : Mendidiklah! Bukannya Mendera

Isu Kematian Pelajar : Mendidiklah! Bukannya Mendera

“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat KEBAIKAN,maka sesungguhnya KELETIHAN itu akan hilang dan KEBAIKAN yang dilakukan akan terus kekal..dan sekiranya kamu berseronok dengan DOSA, dan sesungguhnya KESERONOKAN itu akan hilang dan DOSA yang dilakukan akan terus kekal”

Saidina Ali R.A

Semalam, seorang pelajar tahun satu dari Perlis telah selamat dikebumikan setelah koma 3 hari kerana cedera teruk dipukul guru. Saya berasa sangat sedih apabila mendengar berita ini tambahan pula ia berkaitan dengan pelajar sekolah rendah yang masih terlalu baru untuk mengenal dunia. Murid-murid ini adalah tanggungjawab guru warden apabila berada di asrama, warden itu sepatutnya bertindak selaku seorang ayah dan ibu mereka, bukannya orang asing yang tidak berperasaan. Saya berharap, pihak sekolah yang melantik warden perlu membuka mata melihat ciri-ciri pendidik yang dapat MENDIDIK bukannya MENYIKSA dalam mendisiplinkan murid-murid. Ciri-ciri ini perlu dalam proses melantik seorang warden yang akan menjaga dan mendidik mereka secara lebih dekat.

Berita penuh seperti berikut :-

Cikgu ambil nyawa

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.
ZIARAH… guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.
Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.
“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.
Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.
Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.
Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.
“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.
“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.
“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Tips Mendidik Kanak-kanak

  1. Didiklah murid-murid dengan pendekatan yang lebih lembut (secara psikologi)
  2. Didikan berlandaskan Al -Quran dan akhlak Rasulullah S.A.W. (melalui teladan)
  3. Didiklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.
  4. Berdoalah kepada Allah, supaya anak-anak didikan kita lembut hati.
  5. Tunjukkan teladan yang baik (guru adalah role model terbaik).
  6. Berikan penjelasan pada setiap teguran yang kita berikan supaya mereka faham.
  7. Kuatkan iman, dan sentiasa bersabar.

Mendidik dengan cara menakutkan kanak-kanak dengan mencederakan mereka bukanlah jalan yang terbaik. Hal ini kerana, didikan seumpama itu akan meninggalkan kesan hitam di hatinya untuk berdendam dan mencederakan psikologi mereka. Melepaskan geram dan kemarahan akan menyebabkan kita terkeluar dari landasan mendidik seterusnya menjadikan ia sebagai penderaan mental dan fizikal terhadap kanak-kanak.

Rasullullah bersabda, maksudnya : “Tidak ada keberanian yang paling disukai Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seseorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T mengisi dadanya dengan keimanan”

Riwayat Abi Dunya

P/s : Syaitan suka la marah-marah ni… semua nk marah.. sana marah, sini marah… sikit2 nak marah.. sikit2 panas baran.. sepatutnya, kne la berwaspada dengan api kemarahan tu.. kne taw nk lepaskan kemarahan kat mana… ambil wudu’, solat…. berfikir dengan tenang dan waras setiap ujian yang kita hadapi.. (peringatan untuk diri sendiri gak.. he )

apa-apa pun yang terjadi, kita berbaik sangkalah, semoga warden tersebut mendapat pengajaran yang beharga atas ujian ini. Mungkin juga kanak2 tersebut terlalu nakal dan melawan sehingga tercedera. saya pernah berhadapan dengan pelajar 5tahun yang suka mengamuk bila dia melakukan kesalahan.. cenderung mencederakan diri sendiri. saya sangat risau keadaannya. walaupun saya tidak marah dan mendendanya, dia sendiri akan bertindak seperti dirasuk syaitan mencederakan dirinya sendiri! mujur saya mendapat akal untuk memeluk erat dia dan membaca doa lalu membasuh mukanya supaya bertenang.. Alhamdulillah cara saya tersebut memudahkan saya mendidiknya..

Akhir kata, dengan kisah yang telah berlaku tersebut, kita ambillah ibrah dan pengajaran daripadanya dan bukannya menuding jari menyalahkan dan mencari salah orang. Semoga warden tersebut kuat dan sabar menempuh ujian. Saya yakin, sebagai seorang yang waras, xmungkin kita sanggup mencederakan anak kecil. wassalam

  1. April 5, 2011 at 2:29 pm

    Apa yg pasti, adik Saiful adalah ahli syurga yang boleh memberi syafaat kepada ahli keluarganya.Inilah hikmahnya, kematiannya meringankan di kala tiada siapa yang dapat membantu di waktu itu…Allahu akbar.Maha Hebat perancangan Allah SWT..

  2. nabil
    April 15, 2011 at 4:20 pm

    sebenarnye,adik saiful ie bukannye mati dibelasah guru, mungkin laman web ni membantu http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html

  3. September 5, 2011 at 5:11 pm

    Ya Allah…

    Betapa dahsyatnya tahab quality guru guru agama yg tinggal di akhir zaman ini… Senya Rasulallah s.a.w sangat menyayangi dan mencintai kanak-kanak kecil sehingga beliau bersabda yg bermaksud :

    ” Bukan dari golongan kami , orang dewasa yang tidak menyayagi anak kecil” aukama qal..

    P/s: Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga ….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: