Arkib

Archive for April 2011

Aneh dan menarik lagi mengagumkan!

April 18, 2011 Tinggalkan komen

Assalamualaikum semua,
Sebenarnya saya jarang mengagumi seorang pelukis tanpa kritikan.. tetapi lukisan 3D jalanan Kurt Wenner memang amat mengagumkan!! saya melihat lukisannya dan terdiam.. it’s really amazing!!!

Siapa Kurt Wenner? jom layan gambar-gambar menajubkan dia di blog saya 🙂

http://lukisanduniaku.blogspot.com/2011/04/suka-melukis-belajarlah-dari-kurt.html

Advertisements

Tazkirah : Ilmu tentang Solat Jumaat

April 16, 2011 4 comments

Artikel ini berkaitan dengan solat jumaat mengikut mazhab syafie untuk kefahaman kita bersama:

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],

” (Surah Al-Jumu’ah: 9)”

Sabda Rasulullah SAW:
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.” (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).”

Berikut ialah syarat wajib solat Jumaat:-

  • Islam – tidak wajib bagi orang kafir.
  • Baligh – tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  • Berakal – tidak wajib bagi orang yang gila.
  • Merdeka – tidak wajib ke atas hamba abdi.
  • Lelaki – tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  • Sihat – tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  • Bermastautin atau bermukim – tidak wajib bagi orang yang musafir.

Berikut pula syarat sah solat Jumaat:-

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah – rujuk (Khutbah Jumaat).

Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk” (Hadis riwayat Abu Daud)”

Ada beberapa pengecualian dari menunaikan solat Jumaat seperti berikut:-

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

  • Sakit – Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  • Hujan – Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  • Musafir – Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  • Takut dizalimi – Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  • Perang – Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat adalah:-

  • Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke masjid.
  • Memotong kuku.
  • Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  • Bersugi.
  • Memakai wangi-wangian.
  • Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  • Bersegera pergi ke masjid.
  • Berniat Iktikaf.
  • Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  • Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Baca selanjutnya…

Kes Penipuan lagi….???

April 16, 2011 116 comments

Assalamualaikum..

Apa nak jd dgn dunia sekarang? semua nk tipu…huhuhu

baru-baru ini, di PTK Kedah telah diadakan temuduga terbuka Sekolah Integrasi Al- ___ dan Syarikat Al-___ Resources untuk pengambilan staf baru kononnya untuk pembukaan cawangan Sungai Petani di alamat berikut :-

Lot,88 perdana height, Sungai Petani

tapi, rasanya xda lg apa-apa kat situ..cuba tengok iklan nih..

http://www.lelong.com.my/shop-office-lot-88-perdana-height-sungai-petani-IP833576-2007-01-Sale-I.htm

Yang best lagi, temuduga senang giler nak lulus… dah tu kne bayar RM200 sebagai cagaran kononnya supaya memberi komitmen dengan lebih baik. dan bayaran makanan RM48 untuk kursus dan seminar.

Pada pengetahuan sy la, nak ambil duit orang ni (pekerja) kena ada lesen dan kelulusan pihak berwajib.. tambahan pula sampai dekat RM250 pihak majikan tu ambil.. dah la duit kena ambil satu hal, tempat kerja pun belum wujud, semua janji-janji atas angin. kononnya pekerja yang kena usahakan sendiri. lepas tu, duit semua di pegang oleh pengasas ini dulu, kini, dan selamanya.. ntah bila boleh claim.. sedangkan resit claim telah diberi.

Baru-baru ini seramai 70 lebih staf telah dilantik (membayar RM248 seorang) dari negeri Kedah dan kemungkinan akan lantik lagi di negeri-negeri lain.

Di Melaka dan Johor, Sekolah dan syarikat ini beralamat..

Baca selanjutnya…

External Hard Disk Tiruan pulak..

April 14, 2011 Tinggalkan komen

LukisanDuniaku sudah ke blogspot!

April 13, 2011 2 comments

Assalamualaikum.. buat pembaca-pembaca lukisanduniaku.wordpress.com , saya kini kembali menyemarakkan lagi dunia Teknologi Tanpa Sempadan ini dengan menambah tajuk-tajuk yang lebih luas disini seperti Dunia Gadget, Dunia IT, Dunia Kerjaya, Dunia Ajaib dan Dunia Hobi...

Kenapa saya memilih Blogspot pula kali ini? haa..ini kerana saya ingin menambah pengetahuan saya dalam menggunakan blogspot, memandangkan kebelakangan ini blogspot telah mencanggihkan diri..hehe.. (sblm ni xcanggih sgt… skg dah canggih sama seperti wordpress)

Selain itu, saya juga mempunyai masa lapang yang sangat banyak untuk mengkaji, mengaji, mengkritik dan menulis pada hari ini.. Oleh itu, saya berharap para pembaca semua sentiasa menyokong lukisanduniaku kerana saya akan sentiasa memberikan input-input yang menarik kepada anda 😉

Kemungkinan juga saya akan memberi tumpuan kepada satu blog sahaja mengikut keselesaan pembaca. Tetapi saya tidak mungkin akan memadam blog ini walaupun saya telah import semua entry dalam blog ini ke sana. Apapun yang terjadi saya pasti akan berkongsi ilmu dengan anda walau sedikit. InsyaAllah..semoga Allah memberi saya ruang dan masa mencoretkannya disini. ^_^
Sekian, Salam Sayang dari saya..
sitihorizon@gmail.com

Jangan lupa follow saya di

http://lukisanduniaku.blogspot.com/

Info Makanan : Telur tiruan lagi palsu??

April 8, 2011 1 komen

Assalamualaikum.. terkejut sungguh saya baru-baru ni apabila dilaporkan oleh CAP mengenai telur tiruan yang berada dipasaran.. sungguh menakutkan bila benda-benda tiruan / palsu / cetak rompak ini membabitkan industri makanan yang kita makan sehari-hari.

Yang kelakarnya, mak saya bertanya : “telur tiruan dari ayam tiruan ke?” hehehe

Saya : “Bukan dari ayam ni mak, dari manusia yang nak jadi ibu ayam!”

Ibu ayam ni jangan sebut eyh… hehe (jd makna lain pulak :p )

Oklah, jom kita baca apa kejadiannya yang sebenar…layaaaannn~

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae – bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,

Presiden CAP.


Baca selanjutnya…

Isu Kematian Pelajar : Mendidiklah! Bukannya Mendera

April 4, 2011 3 comments

“Apabila kamu merasa letih kerana berbuat KEBAIKAN,maka sesungguhnya KELETIHAN itu akan hilang dan KEBAIKAN yang dilakukan akan terus kekal..dan sekiranya kamu berseronok dengan DOSA, dan sesungguhnya KESERONOKAN itu akan hilang dan DOSA yang dilakukan akan terus kekal”

Saidina Ali R.A

Semalam, seorang pelajar tahun satu dari Perlis telah selamat dikebumikan setelah koma 3 hari kerana cedera teruk dipukul guru. Saya berasa sangat sedih apabila mendengar berita ini tambahan pula ia berkaitan dengan pelajar sekolah rendah yang masih terlalu baru untuk mengenal dunia. Murid-murid ini adalah tanggungjawab guru warden apabila berada di asrama, warden itu sepatutnya bertindak selaku seorang ayah dan ibu mereka, bukannya orang asing yang tidak berperasaan. Saya berharap, pihak sekolah yang melantik warden perlu membuka mata melihat ciri-ciri pendidik yang dapat MENDIDIK bukannya MENYIKSA dalam mendisiplinkan murid-murid. Ciri-ciri ini perlu dalam proses melantik seorang warden yang akan menjaga dan mendidik mereka secara lebih dekat.

Berita penuh seperti berikut :-

Cikgu ambil nyawa

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my