Arkib

Archive for Mac 27, 2011

Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!

Mac 27, 2011 14 comments

Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan! yes!! that’s right!!

Ya, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.. ia sangat mencabar..

Tetapi, jika kita ingin berjaya, kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara-perkara negatif yang membelengu diri kita.. buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita. Dengan itu, diri kita akan sentiasa positif tanpa unsur-unsur negatif yang membelengu..

Mari kita sahut cabaran ini !!!! (^o^)/ MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF!!

MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN..

“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake-

Kata-kata ini seringkali kita dengar. Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari  memaafkan seorang kawan? hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak kawan-kawan? Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.

Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!

Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.

Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi  seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.

Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.

Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.

Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?

Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?

Ya, memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain. Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil. Tapi, janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.

Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam.

Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bahawa Allah berfirman maksudnya;

“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.”


Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.

Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.
Baca selanjutnya…

Advertisements