Utama > Resepi Sedap > Resepi Sedap : Keow Tiau Kungfu / Cantonese

Resepi Sedap : Keow Tiau Kungfu / Cantonese

hmmm.. sedapnye… resepi yg mesti sy buat time jupe keow tiau (btul ke eja.. sbnrnya eja camna? kway tiau ke :p) tapi xpasti masakan ni nama kungfu atau cantonese.. sbb kadang2 pergi kedai makan ada kungfu saje.. dan kadang2 cantonese saje.. walhal dua-dua masakan sama je.. ok lah.. oleh kerana ni makanan feberet sy.. sy share dgn semua oke..

Bahan-bahan (seorg makan)

  1. keow tiau segelas besar
  2. 2 biji telur saiz besar (setengah gelas)
  3. bahan perasa (garam & serbuk lada hitam atau putih) secukup rasa
  4. sedikit seafood atau ayam/ daging cincang
  5. sedikit lobak merah dan sawi
  6. 2 ulas bawang putih
  7. 2 camca besar sos tiram
  8. 1- 1/2 sudu tepung jagung dicampur air
  9. 2 tangkai cili api diketuk

 

Cara-cara

  • Masukkan keow tiau, telur dan bahan perasa kedalam mangkuk dan kacau sebati.
  • panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak utk menggoreng campuran telur tadi.
  • masukkan campuran keow tiau dan telur tadi dan biarkan ia masak kemudian alihkan seperti anda membuat telur dadar. angkat setelah masak.
  • jika telur dadar keow tiau anda tidak menjadi, kacau sahaja telur dan keow tiau anda sehingga rata… dan angkat setelah masak.
  • bekas kuali tadi, masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih td sehingga naik bau
  • masukkan seafood / ayam/ daging dan kacau sehingga masak..
  • masukkan segelas air dan biarkan ia mendidih.. masukkan sos tiram, garam dan serbuk lada sebagai perasa secukup rasa.. diikuti sayur-sayuran dan cili padi
  • setelah hampir masak, masukkan air tepung jagung dan kacau sebati
  • setelah masak, kuah akan menjadi sedikit pekat. tutup api dan sedia dicurahkan ke atas keow tiau telur tadi..

Selamat mencuba ^_^

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: