Archive

Archive for Julai 2010

Tetaplah pendirianmu

Julai 26, 2010 2 comments

Sebuah hadis berbunyi :-

لا تكونوا إمعة ، تقولون : إن أحسن الناس أحسنا ، و إن ظلموا

ظلمنا ، و لكن وطنوا أنفسكم إن أحسن الناس أن تحسنوا ، و إن

أساؤوا فلا تظلموا

Ertinya : Janganlah kamu menjadi ‘pak turut’ yang sering berkata : “Jika orang di sekelilingku baik nescaya akan baiklah aku, namun jika mereka zalim, aku jua menjadi zalim”. Hendaklah kamu menetapkan jiwa dan pendirianmu sehingga jika manusia baik, kamu baik bersama mereka, tetapi jika mereka buruk, maka kamu tidak menjadi bruuk dan zalim (seperti mereka)” (Riwayat Tirmizi)

Malah banyak lagi dalil dan nas yang mencela sikap ‘pak turut’ dan cepat ‘cair’ dengan suasana serta TIDAK berpendirian. Ia juga salah satu sifat orang Munafiq sebagaimana yang dicatatkan oleh Allah swt sebagai :-

مُّذَبْذَبِينَ بَيْنَ ذلِكَ لاَ إِلَى هَـؤُلاءِ وَلاَ إِلَى هَـؤُلاءِ

Ertinya : Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman atau kafir): tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir) ..” ( An-Nisa : 143 )

Tapi, hakikatnya bukan senang mahu tetapkan pendirian diri ni…iman ada turun naiknya…teman sebagai penegur dan penasihat tetap diperlukan tatkala diri lemah dan tiada kekuatan. Seperti yang telah dianjurkan dalam surah Al ‘Asr:-

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan saling mengajak kepada kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.”

Ustaz : jika kita benar-benar tidak bersedia dan tiada kemampuan untuk mengubah suasana, cukuplah kita mencari aqal untuk menghindar dan menjaga diri dari suasana buruk tersebut..Jd, Sikap dan sifat sebeginilah yang kita perlukan di kalangan umat Islam. Tegas dengan prinsip dan ia sekaligus memberi gambaran yang baik untuk Islam dan Muslim juga.

Ada apa dengan Nisfu Sya’ban ?

Julai 24, 2010 1 komen

NISFU SYA’BAN

1. Sekarang kita berada di bulan Nisfu Sya’ban. Bulan sya’ban adalah terletak antara dua bulan iaitu bulan rejab yang merupakan bulan haram dan bulan ramadhan yang merupakan bulan mulia dan bulan Al Quran di turunkan.

2. Bulan Sya’ban merupakan bulan yang Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat berbanding dengan bulan-bulan lain. Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada

Rasulullah:

“ Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain seperti mana engkau berpuasa di bulan sya’ban.”Baginda menjawab, “ ia adalah bulan yang dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku di angkat dalam keadaan aku berpuasa.”

3. Sebagaimana ada riwayat yang sahih menyatakan bahawa baginda berpuasa hari isnin dan khamis setiap minggu. Didalam setengah hadis baginda telah ditanya tentang berpuasa tentang rahsia tentang berpuasa tentang hari isnin dan khamis, baginda menjawab:

“ Pada kedua hari ini amalan hamba di bentangkan kepada Tuhan sekalian alam, dan aku suka amalan aku dibentangkan dalam keadaan aku berpuasa.”

4. Sebuah hadith hasan yang telah diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal yang bermaksud:

“Allah sentiasa melihat kearah semua makhluknya pada malam nisfu sya’ban lalu mengampunkan semua makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang bermusuhan.”

5. Allah sentiasa memerhatikan makhluknya dengan pandangan yang lembut dan di sertai dengan keampunan. Akan tetapi pemerhatian pada malam ini adalah pemerhatian yang di sertai dengan belas kasihan dan keampunan serta perhatian yang istimewa.

6. Tentang dosa syirik Allah telah menjelaskan pada ayat Nya :

( AN NISA’ 4:116 ) Ertinya ; “Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mensyirikkan Nya dengan sesuatu dan dia akan mengampunkan dosa selain dari perbuatan syirik bagi sesiapa yang di kehendakiNya.”

7. Manakala orang yang mempunyai permusuhan, perkelahian, memutuskan tali persaudaraan adalah terhalang dari mendapat keampunan. Allah akan menangguhkan keampunan dari kedua orang yang bermusuhan itu sehinggalah mereka berbaik-baik semula.

Baca selanjutnya…

Find your SOUL MATE????

Julai 18, 2010 8 comments

very enjoyed this article..hehe

How to Find Your Soul Mate


Saturday, November 24th 2007 by Shanel Yang


Many of you are searching for true love. Others of you may believe you have already found it. Still others of you may be in relationships that are not great but you think that any love is better than no love.

If you haven’t found true love, or if you’re not sure, here is some helpful advice on how to find that special someone perfect for you.

And, if you’re staying in a bad relationship because you fear loneliness, there are worse things than being alone, such as losing your self-respect, self-confidence, and self-worth. When you’ve lost all three, you’re in danger of losing the drive and creativity needed to know your life goals, let alone reach them.


CRAZY SEXUAL ATTRACTION IS NOT TRUE LOVE

Too many songs, movies, and books have painted a distorted picture of true love. They would have you believe that you can fall in love at first sight, your heart will beat like mad, your palms will sweat, and every thought will be preoccupied with the person who so suddenly and completely stole your heart. This does happen. But it’s not true love. It’s chemistry. It’s the crazy sexual attraction you feel toward any person who can trigger the release of the strong pleasure chemicals in your brain called pheromones.

Pheromones are released in our brains when our bodies detect in another person’s body the existence of certain preferred DNA. Our bodies detect the other person’s DNA from the way that person smells. However, the crazy sexual attraction caused by pheromones indicates only one thing: The two persons experiencing it are a good genetic fit, meaning the combination of their DNA is likely to produce physically healthy offspring. What pheromones don’t care about at all is whether these two persons are a good personality fit, or whether they are likely to drive each other crazy.

Baca selanjutnya…

Peringatan sempena kisah luar biasa

Assalamualaikum..setiap tahun 27 Rejab akan tiba mengingatkan kita kisah mukjizat Rasulullah SAW yang amat luar biasa terjadi pd sekitar 14 abad Hijriyah yang lalu, yaitu peristiwa Isra’ Mi’raj. Pada saat itu Nabi Muhammad SAW diperjalankan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Al-Quds, lalu dilanjutkan dengan menembus lapisan langit tertinggi sampai batas yang tidak dapat dijangkau oleh ilmu semua makhluq, malaikat, manusia, dan jin. Semua itu ditempuh dalam sehari semalam. Peristiwa itu sekaligus sebagai mukjizat mengagumkan yang diterima Rasulullah SAW.

Peristiwa Isra’ bersumber dari Al-Qur’an, Surat Al-Isra’ (17) ayat 1 :

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Permintaan kaum kafir Quraisy kepada Nabi SAW

Sebelum peristiwa tersebut berlaku, kaum kafir Quraisy meminta hal-hal yang aneh kerana mereka tidak percaya Nabi Muhammad SAW seorang nabi utusan Allah..

“Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dari bumi untuk kami, atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya, atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca”. (QS. Bani Israil : 90 – 93)

Tetapi Rasulullah SAW menjawabnya dengan bijaksana,

“Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?” (QS. Bani Israil: 93).

Dan setelah Rasulullah mengalami peristiwa Isra’ Mi’raj lalu menceritakan kepada mereka, adakah mereka mempercayainya? Pastinya TIDAK..bahkan ada yang mengatakan Nabi gila walaupun Nabi sudah memberikan bukti-bukti atas apa yang telah dia alami (Isra’ Mi’raj)

Baca selanjutnya…

Beracun : Sila berwaspada

Julai 2, 2010 1 komen

Salam, ni namanya pkk birah atau dieffenbachia sp. Ia btoksik dn blh mmudarat jika kita tkena getahnya. Ramai org yg tdk thu ttg bahaya ini. Pkk ini amat bahaya terutama bg kanak2,toksin drp pkk ini mmpu utk mbuatkn knk2 mjadi lmbt utk btutur/bcakap. Jika kita myentuh/tkena getah pkk ini, pastikn tgn dibasuh.

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau  di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai “food poisoning”.

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Wasallam