Utama > Perjalanan Hidup, Teladan Hidup > Perubahan dan Minda

Perubahan dan Minda

Assalamualaikum..perubahan..hmm..hidup kita penuh dengan perubahan.. adakalanya berubah menjadi lebih baik, dan ada juga yg berubah menjadi kurang baik dari sebelumnya(jauhkn kami ya Allah).. sedangkan perubahan hidup manusia itu adalah sunnatullah… Manusia berubah secara fizikal n mental setiap saat.. adakalanya perubahan itu diterima dengan redha dan penuh rasa syukur.. tetapi tidak semua dapat menerima perubahan..

Saya telah jalankan kajian di tempat kerja saya..secara umumnya responden2 ditempat kerja saya tidak dapat menerima perubahan yang telah saya lakukan..mereka selesa melihat perkara yang sama, situasi yang sama dan tidak selesa dengan perubahan yang berlaku pada sekeliling mereka. Saya tidaklah begitu pelik, hal ini kerana semua ini bergantung terhadap minda seseorang itu. Mungkin saya akan menggelar orang yang cepat menerima perubahan dengan baik adalah seorang yang berfikiran terbuka dan sudah pasti seorang yang berfikiran positif. Dia juga mungkin sukar dipengaruhi oleh persekitaran kerana orang sebegini cenderung berfikir dari menerima maklumat secara mentah2 tanpa berfikir panjang.

Bagaimana minda dipengaruhi supaya mereka sukar menerima perubahan? Minda manusia begitu unik ciptaannya, tetapi minda tidak dapat menilai baik dan buruk maklumat secara kasar. Minda berfungsi menyimpan data dan membandingkan data yang diperolehi. Oleh sebab itulah, minda orang yang banyak pengalaman / orang lebih tua cepat menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Hal ini sukar dilakukan oleh minda orang muda yang masih baru tetapi, apabila zaman semakin berubah dan orang muda lebih terpelajar dan terdidik, mereka cenderung berfikir dan membanding untuk membuat pilihan. Hal ini sukar diterima oleh orang tua kerana mereka yang banyak menerima pengalaman pada zaman mereka yang tiada pilihan dan tiada ruang untuk membuat perbandingan.

Saya masih ingat kata2 seorang guru yang pernah memberi motivasi dalam satu kursus di sekolah dulu.

“Minda kita menyimpan data yang kita lihat setiap hari, tempat yang kita pergi, perbuatan kita, apa yang kita buat, apa yang kita baca…dan apabila kita berulang-ulang kali melihat perkara yang sama, perkara tersebut akan melekat diminda kita, memenuhi minda kita..dan cenderung mempengaruhi cara pemikiran kita”

Oleh itu, kehidupan manusia ini dipengaruhi daripada cara kehidupannya dari kecil lagi..cara didikannya dan nilai-nilai yang dipelajarinya sejak kecil. Kerana semuanya mempengaruhi perbuatan dan cara pemikirannya menilai sesuatu perkara. Lalu, perubahan dapat diterima apabila minda positif dan menilai perubahan secara positif dimana perubahan2 kearah negatif akan ditapis dengan cermat dan teliti.

Namun begitu, minda diumpamakan seperti memory di dalam komputer, manakala CPU/ unit pemprosesan pusat yang menjadi pemerintah didalam komputer itu lebih sepadan dengan HATI yang menjadi raja di dalam diri manusia. Hal ini kerana, apabila hati itu bersih, sebanyak mana pun sogokan dan hasutan dari keadaan sekeliling yang cuba menghasut dan menegatifkan perubahan akan dapat dirasai oleh hati. Persoalannya…sebersih manakah hati kita? makanan apakah yang kita beri pada hati/batin? Hiburan? Kemaksiatan?

KESIMPULANNYA:-

  • Ia bermula dengan sebuah amanah dan tanggungjawab terhadap manusia sebagai khalifah dibumi Allah ini, tanpa adanya perasaan ini, manusia tidak dpt menjadikan perubahan ke arah yang lebih baik dan menerima kehadirannya secara positif / bertindak secara positif terhadap perubahan.
  • Bermulanya dengan perasaan memikul amanah, manusia pasti tidak akan mensia-siakan setiap saat mereka memijak dibumi Allah ini walau dimana pun mereka berada dan walau apapun gelaran yang mereka bawa..
  • seperti.. seorang bapa / ibu yg bertanggungjwb memelihara / mendidik isteri dan anak2. Abang yang bertanggungjawab kpd ibubapa dn adik2nya. Ketua yang bertanggungjwb terhadap anak2 buahnya, guru yang bertanggungjawab terhadap anak didiknya…dan pelbagai lagi gelaran yang manusia pikul dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sewajarnya…
  • Tetapi, seperti kata pepatah…”kuman diseberang nampak, gajah didepan mata tidak nampak”. Inilah silapnya manusia…mudah lupa…mudah menuding jari..mudah mengeluh..mudah mengkritik orang lain sedangkan diri sendiri tidak tertunai tanggungjawab mereka…
  • Namun begitu, tidak semua yang mengkritik orang lain itu abaikn tanggungjawab yang dipikul…ALHAMDULILLAH…jika mereka ingin menyedarkan orang lain yang terlalai… tetapi, tidak patut jika mereka menuduh dan menyalahkan orang lain tidak ikut menyedarkan manusia yang lalai.. KERANA TIDAK SEMUA MANUSIA ITU MAMPU / BERKELAYAKAN…DAN TIDAK SEMUA JUGA YANG BERKEBOLEHAN.

—————————————————————————-

~tajuk umum yang sangat tersirat…

Perubahan yang dimaksudkan boleh diandaikan dengan pelbagai bentuk…perubahan diri, status,keluarga, masyarakat, politik,persekitaran, ternologi, trend, sikap, cuaca, pakaian, dan lain-lain yg boleh berubah..hehe

  1. Jun 9, 2010 at 9:40 am

    salam.. apa perubahan yang anti lakukan di tempat kerja anti? boleh dikongsi bersama..

  2. Jun 9, 2010 at 11:53 am

    huhu..susah nk bgtaw tapi…memang sengaja pun…supaya sy lebih memahami org disekeliling sy…

    Tahun 2008 di syrikat pada bulan Ramadhan
    -Tadarus AlQuran selama 1jam (9-10pg) setiap hari sepanjang bulan Ramadhan… walaupun sy tahu, anak2 buah kt syarikat tu sume susah nk solat 5 waktu..

    Tahun 2009 bekerja sepenuh masa dlm politik
    -Dpt tentangan hebat

    Tahun ini…hmm…masih menjalankan pengujian…huhu… lagipon dah masuk dlm alam sekeliling yg baru…

  3. Jun 10, 2010 at 2:35 am

    owh macamtu.. ada juga cadangan nk buat di syarikat tempat saya bekerja tapi tak cukup kekuatan nk gerak.. tak taula nk mula camna.. sebab bila sorang2 ni.. x mampu gak.. setakat ni hanya mampu hantar email tazkirah kepada pekerja setiap minggu

  4. Jun 10, 2010 at 3:27 am

    ooo…hmm…selalunya sblm masuk bulan Ramadhan, syarikat akan buat mesyuarat / perbincangan..mungkin boleh mengusulkan cdgn.. buat dlm kelompok yg kecil, satu kumpulan tadarus 5-7 org pastu bahagi la juzuk… (kalo buleh sebulan tu buleh khatam Al-Quran) pastu jamuan raya buat sekali dgn majlis khatam Al-Quran.. –> sekadar cadangan je.. kalo syarikat terima, insyaAllah akan ada organisasi…🙂

  5. Jun 10, 2010 at 7:29 am

    syarikat majoriti muslim @ non muslim? syarikat saya muslim ramai gak..tapi masalahnya ramai yang kurang amik berat pasal islam ni.. dan human resource department lak sumenya melayu ala- ala western style.. susah la

  6. Jun 11, 2010 at 3:59 pm

    syarikat yg saya kerja tu majoriti muslim la… bos pon muslim.. hmm..kdg2 boss mempengaruhi gak.. hmm,btw awk boleh usulkn cadangan, jika diorg xsetuju.. itu lain hal, yg penting kita dah usahakan…org cakap, “Buat dulu, baru buat kesimpulan..” kadang2, telahan awal yg kita jangka xsebenar2 tepat..🙂 semoga sukses. Lagipon awk mmg pgg jwtn berkaitan ISLAM, ambil la peluang sebaiknya utk berdakwah di tempat keje.

  7. mamasha
    Disember 24, 2010 at 9:18 am

    Assalamualaikum….

    Alhamdulillah… kebetulan saya bertugas sebagai Pengurus ditempat saya bekerja dan bermula tahun 2010 saya telah wajibkan semua pelajar dan kakitangan untuk mendengar tazkirah pada setiap hari jumaat pagi jam 9.00 -10.00 pagi .. Kebiasaannya salah seorang daripada kakitangan disini yang saya panggil ustad (telah menunaikan Haji)menyampaikan tazkirah tersebut berdasarkan kitab yang dipelajarinya. Ilmu Tasauf dan ada kalanya jika berkesempatan , saya sendiri mengambil alih tugas memberi tazkirah berdasarkan artikel yg sy temui dalam akhbar,majalah atau sy ambil dari internet. Saya mewajibkan setiap yg hadir menurunkan tandatangan kehadiran. Jika saya memberi tazkirah, kebiasaanya saya akan selitkan dengan lagu nasyid atau nyanyian yang ada kaitan dengan topik yg saya utarakan sebagai memudahkan orang2 yang mendengar memahami objektif tajuk yang saya bawa sebagai contoh saya pernah bawa bab tentang “hubungan manusia dengan Allah , bagaimana cara kita mendekatkan diri” saya bawakan lagu kumpulan ukays ” bila diri disayangi” ..alhamdulillah setelah hampir setahun berlalu , beberapa perubahan telah saya nampak terutama dari minda, tingkahlaku kakitangan dan tanggungjawab ditempat kerja… Apapun kita kena sentiasa berusaha dan jangan putus asa…banyak2 bermohon pada Allah semoga niat dan usaha baik kita mendapat rahmat dan pertolongan dariNya sentiasa..Wassalam

    • Disember 25, 2010 at 1:10 am

      Tahniah puansha ^_^
      saya berbangga dengan usaha yang puan jalankan. Kadang2 memang susah untuk memulakan sesuatu yang baru, tetapi yang penting adalah semangat yang tinggi dan iltizam yang kuat. Juga langkah pertama dan usaha membuat perubahan.. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.. semoga ramai lagi orang2 atasan mencontohi keberanian puan melakukan perubahan. InsyaALLAH, setiap usaha yang kita lakukan dengan ikhlas akan diberkati di dunia dan di akhirat..

      p/s: saya pun tak sekuat puan… terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang berharga ini ^_^

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: