Utama > Perjalanan Hidup > Terima Kasih Sahabat!! ;)

Terima Kasih Sahabat!! ;)

Sangat susah mencari sesuatu yang bernama SAHABAT oleh itu bagi sesiapa yang telah bertemu  sesuatu yang bernama Sahabat harap jagalah perhubungan itu, eratkan ikatannya jangan sampai terputus tali ikatannya… Alhamdulillah, bersyukur mereka yang telah bertemu sesuatu yang bernama Sahabat.

Wahai Sahabat, tetaplah menjadi sahabatku, yang senantiasa menasihatiku, yang senantiasa merelakan waktumu untuk mendengarkan keluh kesahku, yang senantiasa memberiku semangat, yang senantiasa mensupportku untuk selalu maju menjadi yang terbaik, yang senantiasa mengingatkanku disaat aku lalai.

Wahai Sahabat, terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat dan dukungan yang senantiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih karena telah mau menjadikan diri ini sebagai sahabatmu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu sahabat.

Wahai sahabat, kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusedari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa sedar telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu, sahabat kuharap maafmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kulakukan. Maafkanku Sahabat

Wahai Sahabat dimana kau kini, kurindu akan nasihat-nasihatmu, kurindu akan peringatanmu, kurindu akan kehadiranmu disisiku. Sahabat dimanapun kau kini kuharap selalu ada senyum yang menghias di wajahmu, kuharap selalu ada ceria yang senantiasa terpancar diwajahmu, semoga kau bahagia sahabat.

Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan ruhnya dengan ruhMu, buat ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bisa bertemu di syurgaMu. Ameen

Terima kasih Sahabat


  1. ABDUL HALIM
    Disember 14, 2009 at 12:11 pm

    sayangilah sahabat anda sepertimana anda menyanyangi diri sendiri..

    • Disember 14, 2009 at 2:28 pm

      ya..baiklah…terima kasih sahabat!🙂

  2. ~hikari
    Januari 7, 2010 at 6:28 am

    oh sahabat…aku merinduimu…=p

  3. April 12, 2010 at 10:30 am

    sayangi la..sahabat walaupun dia jauh dari mata dan mereka akan ttp di sisi…

  4. Jun 23, 2011 at 3:02 pm

    sahabat itu amat bermakna, dia ialah org ke 4 yg memberi nasihat, tp carilah sahabat yg memahami keadaan kita,, saya harap, sahabat saya bersama2 dgn saya masuk Syurga Firdaus, Syurga yg terhebat bersama dgn Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda,, amiin,, tidak lupa pd yg menghantar jawapan di atas,,alhamdulillah,,

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: