Utama > Tazkirah > Dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan IBLIS

Dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan IBLIS

Salam, tazkirah from email..

Sebahagian daripada dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan iblis. Very interesting🙂

Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Iblis, “Berapa banyak keperluanmu yang pernah kamu minta kepada Tuhan?”

Iblis menjawab, “Aku meminta 10 jenis keperluan iaitu:

  1. Aku meminta supaya dapat bergabung dengan anak cucu Adam dalam kekayaan dan anak-anak mereka. Setiap harta tidak mereka zakatkan, maka aku ikut memakannya. Aku juga turut memakan harta riba, harta yang haram dan harta yang tidak dimintakan perlindungan Allah.
  2. Aku ikut bersetubuh dengan orang-orang yang bersetubuh dengan tidak diminta perlindungan Allah. Kemudian apabila seorang anak dilahirkan hasil daripada hubungan itu, anak itu lebih mendengar perintahku dah lebih taat kepadaku berbanding Allah.
  3. Aku menemani orang yang naik kenderaan bagi mencari harta yang tidak halal.
  4. Aku meminta rumah, maka kamar mandi adalah rumahku.
  5. Aku meminta masjid, maka pasar adalah masjidku.
  6. Aku meminta Quran, maka syair-syair adalah Quranku.
  7. Aku meminta azan, maka suara trompet adalah azanku.
  8. Aku meminta tempat tidur, maka orang- orang mabuk adalah tempat tidurku.
  9. Aku meminta teman yang menolongku, maka kelompok Qadariyah adalah teman penolongku.
  10. Aku meminta sahabat karib, maka orang yang menginfakkan hartanya dalam kemaksiatan adalah sahabatku.

Wahai MuHammad, aku memiliki pelbagai jenis anak seperti berikut:

a. Atamah yang bertugas kencing di telinga orang yang tidur meninggalkan solat Isyak. Andaikan bukan kerana Athamah, setiap orang Islam hanya tidur sesudah mereka melaksanakan solat isyak.

b. Mutaqadhi yang bertugas menjadikan umatmu selalu menunjuk-nunjuk dalam beramal. Dengan demikian, Allah menghapuskan 99 peratus nilai amal mereka sehingga nilai amal mereka tinggal 1 peratus sahaja.

c. Kuhyal yang bertugas mengusap kelopak mata setiap orang yang berada dalam majlis taklim dam solat Jumaat sehingga mereka mengantuk dan tertidur. Dengan itu, Allah tidak memberikan kebaikan kepada ibadahnya sedikut pun buat selama-lamanya.

d. Dua anakku selalu duduk di punggung dan jari-jemari setiap wanita ketika mereka keluar rumah sehingga menarik perhatian lelaki yang melihatnya.

 

Begitulah serba sedikit dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan iblis. Strategi iblis itu menjadi dasar perilaku syaitan dalam menyesatkan manusia. Semoga Allah menolong kita dalam menghadapi musuh kita semua. Tanpa perlindungan daripada Allah, mustahil kita dapat selamat daripada jeratan iblis dan seluruh keturunanya. Ini kerana Allah mentakdirkan seluruh bani Adam memiliki pendamping syaitan.

(Taken from 3T: Taubat Tasbih Tahajud by Zaini Al Akbar pg 44-45)

  1. Hasniah
    September 27, 2010 at 2:50 pm

    nice…mohon copy tazkirah ini….thanks..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: