Utama > Perjalanan Hidup, Personaliti, Tazkirah, Teladan Hidup > Tazkirah : Nak Cakap banyak..banyak..dan banyak..

Tazkirah : Nak Cakap banyak..banyak..dan banyak..

Salam…anda suka bercakap? mesti la suka kan..kalo tak ckp satu hari rs mcm nk gila je…tp kalo ckp sorg2 org kata gila plak..haha (hobi aku suka ckp sorg2 ~ nasihat diri sendiri dpn cermin..). Tapi, suatu masa dulu pernah jd pendiam.. sampai xreti nk brckp..yg xbestnya..slalu je trsalah ckp (xde ilmu komunikasi) asal aku ckp je org sakit ati.. skg ni ok la.. tp xkhatam lg buku komunikasi berksan.. dr 3buah buku..baru baca sebuah..tu pun satu rumah sewa bising (sbb baca buku komunikasi utk rumah tangga..haha) ni bukunya..best la buku ni..tp cari kt kedai xjupe lak..huhu (buku tu pinjam kt library time study dulu..)


Isi Kandungan

Daripada Pengarang vi
1. Komunikasi 1
2. Mengenal Diri Sendiri 36
3. Estim-Diri 52
4. Daya Tarikan 103
5. Emosi Cinta 129
6. Emosi Negatif 161
7. Komunikasi Positif 190
8. Memuji dan Mengkritik 243

——————————————————————-

Kandungan

1.Keganasan Bahasa
2.Pendedahan Diri
3.Maklum Balas
4.Sikap Defensif
5.Komunikasi Negatif
6.Hidup Bahagia
7.Punca Pertengkaran
8.Masalah

—————————————————————

Isi Kandungan

Daripada Pengarang vi
1.Cemburu 1
2.Berkonflik 45
3.Kepanjangan Jodoh 118
4.Berunding 145
5.Perpisahan dan Perceraian 176
6.Selepas Bercerai 209
7.Menghalang Poligami 223

—————————————————————————-

kalo nk beli online beli kt e-kedai

—————————————————————————–
Manusia berbicara setiap masa.Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg BERHIKMAH. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( RW ABU NAIM )

“Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya”.( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd
kekuatan iman pada diri manusia.

  1. joi
    September 26, 2009 at 5:16 am

    ckp byk pun xpe

    • September 26, 2009 at 12:23 pm

      betull..ckp banyak xpa..tp kne yg baik2 ja.. kalo susah nk ckp yg baik2..kna diam le..hehe

  2. September 26, 2009 at 3:40 pm

    ckp ja.kalu tak ckp nanti dikatakan sombong,blagak n kerek.biasa la kdg2 tu terlaser skit.jgn amalkan mulut laser dh la..😀

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: