Utama > Personaliti > Mengenal Diri Dari Kelahiran di Bulan Islam

Mengenal Diri Dari Kelahiran di Bulan Islam

-Dari email-

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:
tanggungjawab

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh  jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi
orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya
lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui
kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada
padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik
agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul
didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya
dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat
rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman
yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu
selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh
orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika
tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia
selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia
sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalikknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan
baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati
dan kurang pertimbangan.

————————————————————————————————-

p/s : Betulkah??? jengjengjeng…melalui sifat diriku ini.. mcm betul la plak..huhu

  1. shafifah
    Ogos 24, 2009 at 5:09 am

    Kuliah Dhuha oleh Syaikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani
    Tarikh: 4 Ramadhan 1430/ 25 Ogos 2009 (Selasa)

    Masa: Kuliah Dhuha (bermula jam 10.30 pagi)

    Lokasi: Masjid Negeri Shah Alam, Selangor

    Tajuk kuliah: Selamatkan Dzuriat Kita – ‘Aqidah, Syariat dan Akhlaq.
    http://pondokhabib.wordpress. com

  2. September 10, 2009 at 10:05 am

    Assalamualaikum.

    Saya nak tanya, kat mana agaknya kita boleh convert drpd bulan omputih ke bulan Islam?

    Terima kasih.

  3. RamadanNasha
    Januari 3, 2011 at 6:20 am

    Ramadhan…ya Ramadhan bulan Ku…..,

    Insyallah…moga Ku perbaiki kelemahan Ku!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: