Utama > Perjalanan Hidup > Kahwin Oh kahwin

Kahwin Oh kahwin

Assalamualaikum

love

~tajuk ni dikatakan jiwang bg org yg xnak fikir @ xmo fikir @ malas nk fikir
~tapi penting bg sy dan gadis seangkatan dgn umo sy
*tp xterdesak sgt nak kawen..hehehe*

SMS pasal kawen ~isu hangat umo kami…

“Selamat hari lahir, moga cepat jodoh!”
“Slm. Hg sehat ka? bila nak kawen?”
“Teringin nak makan nasi minyak hg”
“Xkan xdak calon lg? bkn hg dah ada ka?”
“weh..aku rs nk kawen, tp xdak calon..camna nak buat? nasehat sket..huhu”
“Mak aku suh kawen…tlg carikan utk aku..”
“kami xjd kawen…dia nak putus tunang..huhuhu…tolong aku…”
“dengar kata dah nak kawen? awat xsampai kad lg?”
“dia nk cepat kawen..tp aku xbersedia lg..huhu”
“aku rs xde org nak kt aku..aku ni xcantik…aku rs rendah diri…ko xfaham..huhu”
****dan banyakkk lg..

Kesimpulannya jodoh xsampai lg la…

Jodoh

bak kata tok wan cikgu shu dlm filem syurga cinta
“Jodoh ni ada 3”
“pertama : jodoh dr syaitan..jupe terus buat maksiat”
“kedua : jodoh dr jin..buat sihir dn ilmu hitam utk buat org jatuh hati”
“ketiga : jodoh dr Allah…Dilemparkan perasaan cinta pd pertama kali melihat kpd pasangan”

Kawan sy selalu cakap, “kalo jodoh awk dah sampai, kita rs cepat je..dan macam xpercaya sahaja..yg kita dah jd isteri orang. Yang penting sekarang banyakkan doa dan tawakal. Sabar tu penting.. dan jangan lupa, kena bersangka baik pd Allah..mungkin kita masih belum sesuai dan belum bersedia untuk menjadi isteri seseorang.. PErcaya lah!”

Lelaki

~betul tu..sy setuju. tp susah gak nak dpt jodoh yg ke 3 tu..sbb lelaki ni byk jenis ..
1)Suka komitmen -yg ni bagus, kalo suka terus dtg rumah meminang dan bertunang baru jalinkan hubungan dan berkenalan. Tahu halatuju dn ada perancgn. sgt mghargai pasangan.
2)Xsuka komitmen -yg ni kne hati-hati, kalo suka nk kenal2 dulu..kalo lg ramai lg baik..nanti blh pilih…xde halatuju, xde perancangan…sgt memilih, jrg hargai apa yg ada.
3)Playboy – yg ni xleh  pakai, pompuan keliling pinggang, kahwin xde dlm kamus hidup, tau nk enjoy je.

4)Gay – kalo cari pompuan sbb nk tutup perangai sebenar saja..tp  org jenis ni susah dikenalpasti..

Cinta

cinta..adakah orang yg kita jatuh cinta tu adalah jodoh kita? Tidak..xsemestinya..kita kne check balik bagaimana kita bleh jatuh cinta pada lelaki tersebut.. adakah berdasarkan nafsu semata-mata atau lain2 ??? Ramai orang bercinta kerana :-

1) Rupa paras – org tu sangat cantik / hensem sampai xdapat lupakannya. Lagipun kalo dpt org ni, mesti bangga punya..hehe

2)Harta – Orang tu sgt kaya dan berharta..dapat bg aku hidup senang.. ada kete beso  plak tu..bestnye..mesti sume org jeles nanti..

3)Kesian – Kesian la kat dia..xde org nak..

4)Pengalaman – saje nak amik pengalaman bercinta..sbnrnya xde perasaan pon dgn dia..hehe

5)Testing power – hmm..ramainya org minat kt aku..hehehe..bbangga2..

6)Ambil kesempatan – hmm..dia tu ade keta..senang nk g jalan2..hehe / dia banyak duit..kikis la duit dia..hehe / dia rajin masak dan tlg basuh baju..rileks la aku..haha

7)Nak menunjuk – xde awek / pakwe la…malunye..kne gak cari sorang…hu

8)Cabaran – kami cabar ko takel awek tu sampai dia jatuh cinta pada ko.

—dan lain2…..

Banyak lagi kategori org bercinta ni.. tapi semuanya ade hikmah yang tersembunyi..adakalanya ia mematangkan kita dan adakalanya menyakitkan kita. Sy pernah jatuh cinta pada org yang sy xsuka sbb sy tau banyak kelemahan dan kekurangannya..tp hati sy kata boleh terima dia sbb sy juga suka pd kelebihan dan keupayaan yang dia ada. Tapi, ia telah berlalu pergi seperti angin kerana sy sendiri terlalu ego dan brpegang kuat pd prinsip “aku xkan sekali-kali memikirkannya walau apapun yang terjadi”. Tapi, dia la satu-satunya lelaki yg pernah mendapat hati sy..ia terlalu menyedihkan dan menyakitkan.

Bg sy, biarlah ia menyakitkan pd waktu itu, brbnding sakit dineraka nanti akibat mengikut nafsu dan perasaan. Sy percaya jika ALLAH nk menjodohkan kami, pada akhir nanti kami akan bertemu jua dlm keredhaanNYA. Sy rs sgt sedih bila mengenangkan terdapatnya gadis2 yg mengikut perasaan dan nafsu sehingga maruah diri tergadai tetapi tidak perasan diri mereka sebenarnya xdihargai dan hanya mnjadi permainan lelaki durjana dan syaitan Laknatullah.

Ingatlh, perhubungan lelaki dan pompuan dgn niat dan jalan yang salah tidak kemana…ia akan berakhir dengan air mata dan sengsara. Bagi si gadis yg mnjaga maruahnya dan kesuciannya dr tangan2 kotor lelaki  dan noda2 hitam pada hati, bahagialah kamu! Kamu telah dijauhkan Allah dr bala bencana dan keburukan dunia. Jadikanlah DOA senjatamu, TAWAKAL perisaimu dan SABAR sumber kekuatanmu di dunia fana ini. Bersangkabaiklah dengan Allah, semoga kamu menjadi orang yg beruntung.

Potensi diri

Semua orang ada potensi dan kelebihan diri masing2, tapi masing2 xnampak dan tidak sayangkan diri. Bagaimana org nk sayangkan kita jika kita sendiri xsayangkan diri kita? Persediaan adalah lebih baik drpada menunggu terjadinya sesuatu yg kita belum membuat prsediaan trhdpnya…

Percayalah dan yakinlah pada diri mu! Jodoh dan Pertemuan itu telah ditetapkan sblm kamu dilahirkan lg. Selamat menyediakan diri ke arah yg lebih baik, and be POSITIVE thinking!

Jadikan DOA sebagai senjatamu,

TAWAKAL sebagai perisaimu dan

SABAR sebagai kekuatanmu..

Semoga berada dlm keREDHAanNYA =)

  1. shafifah
    Julai 30, 2009 at 9:52 am

    Malam Aspirasi Generasi Salahuddin – Pidato Perdana

    Jadual Pengajian Ilmu bagi Bulan Julai-Ogos 2009

  2. pakcikli00
    Ogos 1, 2009 at 7:29 pm

    Jika hidup tidak berbakti
    terasa hidup tiada arti

    bila terasa setengah mati
    sila berjumpa dukun sakti

    Terima kaseh dan salam kehangatan.

  3. Ogos 2, 2009 at 2:17 am

    banyak info menarik..!

  4. namikpasha
    Ogos 8, 2009 at 4:41 pm

    kenape terase bahang jiwang di sini…panas,panas,panas.

    ps: bile nk kawen?(soalan cepumas)

    • September 1, 2009 at 10:52 am

      jawapannya…bila dah sampai jodoh..akan kahwen la sy..kalo xsampai2 jugak.. membujang lah sy sampai ke mati..hehe ok?😉

  5. Ogos 30, 2009 at 1:06 am

    Assalamualaikum cikgu.. Nice topic. This is for you. “Insan yang boleh tersenyum dalam masalah adalah insan yang dapat mengumpulkan kekuatan dalam kekecewaan dan menjadi berani dalam pemikiran.” – wanzpyra.wordpress.com (0192737369)

    • Ogos 30, 2009 at 10:18 am

      w’salam wanzpyra,
      Terima kasih…kata2 yg bermotivasi🙂

  6. September 5, 2009 at 11:31 am

    jodoh …Allah yang ngatur..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: