Utama > Perjalanan Hidup, Tazkirah, Teladan Hidup > Mengumpat diharuskan?

Mengumpat diharuskan?

Hmm.. Mengumpat…Sy sangat takut jika termasuk dlm golongan ini…kadang2 bila sy muhasabah balik hari-hari yang lepas..MESTI ADA JUGAK PERBUALAN2 YG MENJURUS KPD MENGUMPAT NI….dulu sy rajin bg msg pd sume org utk meminta maaf selepas muhasabah diri..tp, sejak dpt feedback yg teruk dr kwn2..sy xmsg dah..sy rasa sedih jugak bila kwn2 xleh terima bila sy minta maaf, siap kutuk dan bg ayat power lagi..huhu.. sy rs baik sy minta maaf dan bertaubat pada Allah saja..sbb sy tahu, Allah maha mendengar, maha pengampun, maha penyayang dan memaafkan.

Tapi, walau mengelak dr mengumpat macammanapun, sy tetap xdpt lari dr terdengar umpatan orang di sekeliling dlm perbualan harian..dan semestinya org yg terdengar sekali tu pun tetap dikira sbg mengumpat..huhu…. satu hari, sy terjumpa sesuatu mengenai mengumpat ni…”Perkara yg mengharuskan seseorang mengumpat”

Dalam kitab ’Bidayatul Hidayah’, karangan Imam Al Ghazali, ada menyebutkan dalam bahagian ’cara meninggalkan maksiat’ ada 6 perkara yang mengharuskan kita mengumpat iaitu:-

  1. Ketika mengadukan hal kezaliman orang lain terhadap kita dihadapan hakim atau seumpamanya, maka ketika itu kita harus mendedahkan keaibannya.
  2. Ketika bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang itu, haruslah kita menyebut kesalahannya dihadapan orang yg datang membantu membaiki kesalahannya.
  3. Ketika meminta fatwa kepada mufti, hendaklah kita menceritakan kesalahan orang itu bersabit dengan soalan kita.
  4. Ketika memberi amaran kepada orang ramai, supaya mereka tidak terikut-ikut dengan perbuatan salah orang tersebut dan tertipu dengan perbuatan orang tersebut dengan menyebut kesalahannya.
  5. Ketika memanggil nama seseorang yg telah dikenali dengan aibnya seperti kita menyebut seorang yang mahsyur dengan nama : Mat pendek dan sebagainya.
  6. Menyebut kesalahan seseorang yang sudah tidak malu menzahirkan kefasikkannya seperti org yg suka meminum arak dihadapan org ramai.

(Utk lebih jelas sila lihat Ihya Ulumiddin, Juzuk 3/103)

hmm..maksudnya, kita diharuskan mengumpat pada keadaan yg disebutkan diatas.. Sebenarnya, dosa mengumpat ni lebih berat dari 30 kali berzina, dalam kitab berkenaan, kita diharuskan menjauhi daripada cara umpatan (perli) ulama su’ iaitulh umpatan yg tidak menggunakan bahasa yg jelas tetapi mempunyai makna yang amat tajam. Contohnya apabila engkau ditanya tentang hal seseorang maka engkau menjawab dengan perkataan: ”Mudah-mudahan Allah membaikkan halnya, sebenarnya saya sangat berdukacita mendengar apa yang telah dilakukannya. Saya selalu berdoa kpd Allah mudah-mudahan Allah membaiki keadaan kita dan keadaannya.” Sebenarnya perkataan seperti ini telah menghimpunkan dua kesalahan.

Pertama: Mengumpat orang kerana maksudnya dapat difaham dengan jelas
Kedua: Membersihkan dan memuji diri sendiri dengan cara menyalahkan orang lain

Seandainya niatmu ikhlas di dalam doamu itu maka sebaiknya engkau mendoakannya dengan cara bersendirian. Dan seandainya engkau susah hati dengan perbuatannya maka tandanya engkau tidak suka membuka keaibannya di hadapan org lain tetapi ketika engkau menzahirkan kesusahanmu dengan keaibannya, maka itu sama seperti engkau menzahirkan keaibannya.

Dalam surah Al – Hujurat :12, Maksudnya ”Dan janganlah sebahagian kamu suka mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah menjadi bangkai? Maka sudah tentu kamu merasa jijik daripadanya”

Jika kita seorg yg berfikir, sudah tentu kita xkan mengumpat org lain. Cuba lihat pada diri kita sendiri, bukankah diri sendiri juga pernah melakukan maksiat secara sendiri-sendiri dan juga dgn cara terang-terangan. Maka, apabila kita tahu bahawa kita juga banyak kelemahan, dan jika maksiat kita diketahui pasti kita tidak suka. Begitu juga orang lain, mereka juga mempunyai kelemahan-kelemahan yang menyebabkan mereka melakukan maksiat. Jadi, patutkah kita menyebut-nyebut kelemahan org lain? Tentu org lain xsuka seperti kita juga…

Dan apabila engkau menutupi keaibannya maka Allah pasti akan menutupi keaibanmu tetapi jikalau engkau suka mendedahkan keaibannya maka Allah pasti akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam utk mendedahkan pula segala keaibanmu di dunia ini kemudian Allah akan mendedahkan pula segala rahsiamu diakhirat kelak dihadapan seluruh makhluk di Padang Mahsyar nanti.

Seandainya engkau melihat dirimu bersih daripada dosa, baik zahir ataupun batin dan engkau melihat dirimu bersih daripada segala keaiban baik yang berkenaan dengan urusan agamamu ataupun duniamu maka ketahuilah bahawa kejahilanmu terhadap dirimu sendiri itu adalah sejahat-jahat kejahilan. Tiada aib yang lebih besar daripada seseorang yg menganggap dirinya bersih dari segala dosa dan kesalahan.

Dan jika seandainya memang benar pada sangkamu (bahawa engkau org yg xmempunyai keaiban) maka banyak-banyaklah engkau bersyukur kepada Allah dan mengapa pula engkau mahu memaki org lain dan mempersendakan kesalahan mereka. Bukankah perbuatan ini juga termasuk di antara keaiban yang besar???

Menelusuri persoalan ini, memang susah utk kita memahami, bagaimanakah cara mengumpat yg diharuskan dan ia juga perlu mengikut keadaan sekeliling sewaktu ia sampaikan… Sy pernah ditegur oleh seorang sahabat kerana join satu group yang diketuai oleh si A. Ustaz-ustaz kenal rapat dengan si A tersebut dan tahu aktiviti dan kelemahan si A tersebut…namun begitu, si A tersebut mempunyai banyak tarikan dan disukai ramai. Bg sy, si A tersebut adalah seorg yg baik dan mempunyai kelebihan yg tiada pada org lain, namun beliau juga tidak terlepas drpd kelemahan.

Sewaktu sy ditegur oleh shbt sy tu, sy sebenarnya menerima baik pendpt shbt sy tu utk menjauhi si A tersebut dengan alasan yg diberikan tetapi sy tidak setuju jika ia menegur sy dalam satu mesyuarat dengan teman yang sy temani ketika itu! Kerana,teman sy itu menjadi ajk yg penting dibawah projek kelolaan si A tadi. Sy xnak teman sy lari dari tugas dan amanahnya apabila dia mendengar kelemahan si A tersebut.. kerana selama ini sy xpernah membuka cerita tentang si A kepadanya. Dan orang yg tertentu yang rapat dgn si A shj yg tahu kelemahan itu.

Sewaktu itu, sy lgsg xdpt memikirkan cara utk meneutralkan keadaan (supaya teman sy tu xfikir bukan-bukan tntg si A tersebut) dan keluar dari perbincangan tersebut. Jadi, sy mengambil tindakan nekad utk melawan shbt sy tu dgn cara yg menyakitkan seperti sy langsung xdapat menerima pendapatnya dan kesemua hujahnya sy permainkan…dan ternyata ia berhasil. Perbincangan itu berhenti dengan tiada keputusannya. Sebenarnya ketika itu sy rs sgt sedih dgn tindakan yg sy ambil tu…kerana sy telah menyakitkan hati shbt sy itu dan tidak langsung berterus terang hal yg sebenarnya selepas kejadian itu…hanya sekadar memohon maaf shj…

Selepas kejadian itu, shbt yg sy sakiti itu mengirimkan shbtnya utk berbincang dgn sy tentang si A td. Sy menerima pandangannya utk menjauhinya seperti sebelum ini..dan berbincang sedikit sebanyak tindakan yg terbaik utk semua menyedarkan si A supaya kelemahan itu dapat dibaiki kerana beliau seorang yg berpotensi utk berjaya pd masa hadapan.

Buat shbtku yg telah bersusah payah menegur sy, sy sgt menghargaimu…terima kasih sgt2..dan maaf sangat krn tega menyakiti hatimu walaupun kata kamu itu betul…tiada salahnya. Cuma keadaan semasa prbincangan itu yg membuatkan sy melakukan hal itu. Dan mohon maaf kerana langsung xberterus terang perkara yg sebenarnya…

”Saudaramu yg sebenarnya ialah org yg selalu menolongmu (diwaktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkn) segala urusannya krn menolong engkau dlm menghadapi bala dan ujian” (Saidina Ali bin Abi Talib ra)

  1. September 26, 2008 at 7:03 am

    Nice blog. Nice entry. Salam perkenalan.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: