Utama > Isu Semasa > Analisis isu : Biar Betul…mmg DEB perlu dikaji semula..

Analisis isu : Biar Betul…mmg DEB perlu dikaji semula..

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA 9 APRIL 2008

Muzakarah semangat DEB

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)

BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah berlalu, namun ada luka yang terpalit dengan rasa ngilu yang bakal kekal lama.Paling terluka apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi kekuatan kepada integriti dan maruah orang Melayu, dihenyak dengan tohmahan dan tuduhan tidak berasas seperti dipenuhi dengan najis rasuah dan diragut oleh tangan-tangan kronisme.

Persoalannya apakah perlaksanaan DEB di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini dengan sengaja mencicirkan bantuan kepada kaum selain Melayu terutamanya Cina dan India?

Melihat kepada hinanya DEB dipermainkan dengan tuduhan tidak berasas sesetengah pihak ketika ini, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, sesuatu perlu dilakukan terutamanya oleh UMNO dan BN dalam membersihkan semula perjuangan suci DEB yang diperkenalkan sejak zaman Tun Abdul Razak.

Menurut Abdul Rahim, apa yang ditekankan dalam pelaksanaan DEB adalah untuk membanteras kemiskinan yang melata di kalangan rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum.

Kebetulan pada ketika DEB digerakkan, orang Melayu merupakan golongan paling ramai dalam kelompok termiskin berbanding bukan bumiputera yang lebih kukuh taraf sosioekonominya.

Kerana itu, golongan sasar dalam mengurangkan kemiskinan di bawah DEB lebih banyak menjurus kepada kaum Melayu dan hakikat itu diperkukuhkan lagi dengan kedudukan penting orang Melayu yang ber- komposisi kira-kira 67 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.

“Tapi itu tidak bermakna kaum India yang berjumlah tujuh peratus dan Cina seramai 25 peratus tidak mendapat pembelaan sewajarnya malah kerajaan turut menyalurkan bantuan sewajarnya kepada golongan-golongan ini sehingga mereka meraih kenikmatan yang sangat baik seperti hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku ketika ini seperti yang diapi-apikan oleh pembangkang seolah-olah kaum Cina dan India terutamanya dipinggirkan daripada DEB sehingga mereka bangkit menyuarakan penentangan.

Apa yang dicadangkan oleh pembangkang dalam menggantikan DEB seperti Agenda Ekonomi Malaysia misalnya, tidak boleh lari daripada prinsip membanteras kemiskinan rakyat keseluruhannya.

Ia juga perlu berlandaskan penyusunan semula masyarakat bahawa kekayaan negara ini mesti diagihkan secara adil dan saksama.

Tambah Abdul Rahim, tidak ada cacat celanya DEB yang jelas berpaksikan kepada perjuangan membanteras kemiskinan dan mengagih-agihkan kemakmuran negara di kalangan pelbagai kaum secara adil dan saksama.

Apa yang mungkin ada adalah mereka yang diberi kuasa menguruskan pelaksanaan DEB yang sebaliknya menodai amanah bangsa dan negara untuk kepentingan diri sendiri.

Apabila gejala rasuah dan kronisme ini sampai ke tangan pembangkang, ceritanya ditambah menjadi lebih sadis sehingga membangkitkan kebencian rakyat bahawa DEB itu yang rasuah dan kronisme.

Terpanggil untuk mempertahankan DEB dan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap perjuangannya dalam merubah nasib bangsa Malaysia, Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mengambil inisiatif mengadakan satu muzakarah pada 14 April ini.

Muzakarah yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bakal menghimpunkan kira-kira 400 peserta terdiri daripada badan ekonomi dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

Menurut Abdul Rahim, muzakarah itu antara lain akan membincangkan cadangan dan pendekatan baru untuk mengembalikan semula pelaksanaan DEB pada landasan yang sewajarnya dan menghidupkan reformasi yang boleh memulihkan keyakinan rakyat terhadap DEB.

Objektif lain muzakarah itu termasuk:

Mengenal pasti tindakan yang lebih berkesan dalam suasana politik semasa yang mana BN dan UMNO semakin kehilangan kuasa, tetapi relatifnya orang Melayu masih lagi miskin dan terkebelakang.

Mengenal pasti projek impak besar yang mampu melonjakkan ekonomi negara serta mencari kaedah bagi menyelaraskan semua perkara berkaitan pembangunan ekonomi orang Melayu.

Mengatur strategi dan menetapkan cara pendekatan yang sesuai dan mengambil langkah dalam keadaan politik orang Me- layu yang sedang cacat dan parah ketika ini.

Memutuskan untuk mewujudkan satu sistem pemantauan yang berpusat di Gabem bagi mengawal pelaksanaan prestasi jabatan-jabatan berkaitan dalam memperkasakan ekonomi bangsa.

Memutuskan supaya Gabem menjalankan program-program menambah nilai keusahawanan Melayu dengan lebih baik dan menyeluruh secara menyuntik semangat dan nilai keusahawanan Melayu dengan lebih baik dan menyeluruh dan penuh patriotisme.

Membanteras kemiskinan, menjauhi amalan ali baba dan negara serta tidak melakukan pecah amanah dan rasuah.

Apa yang diharapkan dengan usaha Gabem ini, masyarakat ekonomi Melayu dapat menilai semula di mana kedudukan dan hala tuju ekonomi Melayu serta menilai kembali peranan DEB dalam konteks pembangunan ekonomi bangsa yang sebenar.

Suara-suara jahat dan fitnah pembangkang terhadap DEB perlu dipatahkan dan orang Melayu perlu bersatu padu serta kembali ke pangkal jalan bagi meneruskan perjuangan yang telah ditetapkan oleh DEB.

UMNO dan BN memerlukan satu pendekatan baru untuk memperbaharui keyakinan terhadap dasar DEB ini apatah lagi dalam keadaan parti dan kerajaan yang agak lemah serta diasak oleh pembangkang.

Orang Melayu tidak boleh secara berterusan dikelirukan oleh pembangkang seolah-olah mereka sangat kaya dan tidak lagi memerlukan DEB tanpa mengetahui fakta-fakta sebenar mengenai kedudukan ekonomi mereka.

Usaha-usaha yang menyatakan bahawa bangsa Melayu tidak lagi memerlukan satu pendekatan khusus kepada kedudukan yang sangat daif ini membayangkan seolah-olah mereka perlu dilayan seperti bangsa yang menguasai ekonomi dengan baik.

Hakikatnya, lihatlah di mana sebenarnya kedudukan kita dalam pengagihan kekayaan ekonomi negara dan pendedahan ini biarpun sangat pahit untuk diterima oleh orang Melayu, namun apa lagi upaya yang tinggal untuk menyedarkan sesama kita?

———————————————————————

Kesimpulan penulis dr artikel ini…mmg betul ape yg dikatakan pembangkang.. DEB perlu dinilai semula…sbb hakikatnye mmg kroni2 ‘puak mereka’ sahaja yg mendapat habuannya.. bukanlah rakyat…dan kononnye DEB tu membela melayu pun.. tak juga..huhu..

melayu perlu sedar..yg mereka telah ditipu idup2 dgn kerajaan yg memerintah..huhuhu kesiannye..

disini penulis ingin menyertakan sedikit komen mengenai artikel ini..

****************************************************************
Salam sejahtera,Sdr. Pemorum yg dirahmati Allah, di bawah ini diturunkan senario mengenai apa yg dikatakan dasar baling batu sembunyi tangan oleh pihak tertinggi negara mengenai DEB.

Terpulanglah kpd anda semua utk membuat penilaian peribadi mengenainya dan kemudian ambil lah iktibar dari apa yang diterangkan di bawah ini:

Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah merupakan model dan peluang terbaik untuk memansuhkan dan proses meleraikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan ‘membelengu’ pertumbuhan positif ekonomi pasaran bebas Negara.

Beliau mengiyakanya apabila menjawab ringkas semasa disoal dalam Majlis Makan Malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur, yang dihadiri peserta dari pelbagai latar belakang masyarakat kommersial Kuala Lumpur, termasuk syarikat syarikat MNC yang berurusan dari Malaysia.

Ini difahamkan agenda halus mereka yang tergolong dalam ‘Budak Budak Tingkat Empat’ yang pernah disebut sebut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, kini ditafsirkan melalui kejayaan mereka mempengaruhi Perdana Menteri bahawa bergerak kearah meleraikan DEB mengamalkan sepenuhnya pasaran terbuka adalah terbaik untuk Malaysia.

Sering dikatakan personaliti personaliti ‘Budak Budak Tingkat Empat’ memang menerima dan mempunyai agenda idealism agar ekonomi Malaysia bergerak kearah pasaran terbuka dan dasar dasar protectionism hanya akan menghalang kemajuan dan dinamisma sebenar kemampuan Negara. Beberapa dasar Kerajaan sebelum ini telah mula diubah dan mansuhkan dan implekasinya sudah mula menampakan hasil. Contohnya, industri motorkar nasional Proton sudah mula bibit bibit keretakanya. Begitu juga yang dialami syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines. Kepentingan dalam syarikat strategik seperti Telekom Malaysia sudah mula dibuka kepada agensi pelaburan rasmi Singapura, Temasek Holdings.

Yang nyatanya, buat masa ini, belum ada perancangan dan jangkamasa khusus untuk DEB diubah suai, jauh lagi mansuhkan. Walaubagaimanapun, WPI adalah projek perintis dimana sebelum ini pernah diwar-warkan perlaksanaan DEB akan dikecualikan dari kawasan pembangunan terancang Selatan Johor itu. Projek 2217 km persegi yang dijangkakan akan bernilai RM 140 billion menjelang 2015 itu dirancang untuk menarik pelaburan luar, terutama jiran terdekat, Singapura.

Sebelum ini telah diumumkan bahawa WPI adalah zon akan dibuka tanpa sekatan (free access zone) dimana segala jenis pelaburan, transaksi dan kemasukan barangan dari Singapura akan begitu terbuka. Singapura juga akan terlibat dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk memberikan halatuju projek pembangunan yang diterajui Khazanah Holdings Bhd., agensi pelaburan Kerajaan paling utama. Dalam pada itu, baru baru ini semasa Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohamed Najib Tun Razak ke Singapura untuk menerangkan WPI lebih jelas lagi, beliau di’perlekeh’kan dengan isu isu remeh temeh seperti soal jenayah yang dikatakan tinggi sekitar Johor Bahru. Mungkin, keadaan sebenar bahawa hanya Malaysia yang tergoya-goya mahukan Singapura terlibat dalam WPI walhal sebenarnya mereka mengambil sikap ‘acuh-tidak-acuh’ kepada hasrat “hidung tak mancung, pipi tersorong sorong” Malaysia itu.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri Abdullah juga menegaskan bahawa kemasukan pekerja pekerja mahir tidak harus disekat kedalam Negara. Kenyataan ini bermakna Perdana Menteri Abdullah menerima secara terbuka dan sedia membuka pasaran buruh mahir Malaysia kearus Globalisasi sepenuhnya.

Laporan Bernama, [link], ini dipetik:

14 Jun, 2007 23:01 PMJangan Sekat Kemasukan Pekerja Mahir, Kata Abdullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia tidak seharusnya “terlalu menyekat” kemasukan pekerja mahir terutamanya dalam sektor strategik memandangkan ia akan memberi faedah kepada negara.

Perdana Menteri berkata beliau percaya penduduk Malaysia yang bekerja akan mendapat faedah daripada interaksi yang lebih luas dengan tenaga mahir dari luar.

“Sudah tentu, kita boleh meningkatkan diri kita sekiranya kita bekerja dan belajar dengan mereka yang berkemahiran,” kata beliau dalam ucapannya yang bertemakan “Menoleh Ke belakang, Mara Ke hadapan: 50 tahun Perniagaan di Malaysia” pada majlis makan malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur di sini.

Bagi mendapatkan pekerja mahir, beliau berkata Malaysia seharusnya membantu pelajar asing yang mahir untuk terus tinggal selepas tamat pengajian.

Abdullah berkata Malaysia perlu mendapat faedah daripada aliran modal insan sejagat.

“Saya percaya profesional Malaysia boleh setanding di kalangan kumpulan yang berkemahiran di peringkat global dan mereka kekal pekerja pilihan oleh perniagaan di Malaysia.

“Ini tidak semestinya konflik dengan dasar menarik lebih banyak pekerja asing berpengetahuan ke negara kita,” katanya.

– BERNAMA

Sekiranya pasaran pekerja mahir Negara tidak disekat, maka tenaga kerja mahir dari negara negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand, India dan Bangladesh akan membanjiri dan membolot peluang yang sememangnya buat masa ini amat terhad untuk pasaran tempatan. Mereka yang sanggup digajikan dengan upah yang jauh lebih rendah akan menyukarkan lagi peluang 80,000 graduan tempatan yang sediada menganggur. Saranan Perdana Menteri ini tidak menunjukan kewarasan dan pragmatisnya, dalam konteks keperluan Negara dan masyarakat hari ini.

Pemikiran yang diutarakan Perdana Menteri malam ini lebih menjuruskan kepada menimbulkan kebinggungan dan kegusaran, terutama dari konteks kepentingan Bumiputra. Jika inilah pemikiran strategik yang dibawa Perdana Menteri berlandaskan “nasihat” ‘Budak Budak Tingkat Empat’, maka dikhuatiri permainan mereka ini lebih menunjukan bahawa ada agenda tersirat yang amat tidak disenangi sedang dirumus dan laksanakan perlahan lahan. Mungkin ada kebenaran paranoia sesetengah pihak bahawa golongan ‘Budak Budak Tingkat Empat’ ini didalangi anasir anasir luar, terutama sedikit demi sedikit ianya mula terungkai.

Apa yang mungkin kita harungi akhirnya akan menampakan buku tulisan John Perkins berjodol “Confessions of An Economic Hitman” sebagai enteng! Apakan kita sudah terhantuk, baru tergadah?

Mungkin nasi sudah menjadi bubur hangit, pada peringkat itu!

********************************************************************************
huhuhuhu….dasatnyeee….
Kategori:Isu Semasa Tags: ,
  1. ABDUL HALIM
    Jun 7, 2008 at 11:12 pm

    singkirkan sume ahli2 politik yg xbertanggungjawab..yang kaya trus kaya..yang miskin trus miskin + trseksa..
    geram2..!!

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: