Utama > Isu Semasa > Analisis Isu – BA beli BN???

Analisis Isu – BA beli BN???

Cubaan ‘beli’ wakil rakyat BN

Oleh Wan Hazmir Bakar dan Shamshul Azree Samshir

Pak Lah sedar usaha pembangkang tawar berjuta ringgit untuk jatuhkan kerajaan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata beliau sedar mengenai cubaan pakatan parti pembangkang untuk ‘membeli’ ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan menawarkan wang berjuta ringgit dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

“Saya sedar… itulah yang saya dengar orang kata,” katanya menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet barunya di Pejabat Perdana Menteri petang semalam.

Abdullah menegaskan, tidak ada sebab untuk kerajaan yang diterajuinya ditumbangkan kerana kerajaan BN kuat dan mendapat sokongan rakyat.

“Kenapa perlu kerajaan ini ditumbangkan? Kerajaan ini amat kuat dan kita juga mendapat sokongan. Kita tidak keluar membeli orang,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Pakatan pembangkang yang menang 82 kerusi pada pilihan raya umum ke-12 dikatakan sedang berusaha menarik beberapa ahli Parlimen parti komponen BN di Sabah dan Sarawak untuk mencapai majoriti mudah dalam Dewan Rakyat, sekali gus membentuk kerajaan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga dilaporkan laman berita internet sebagai berkata, beberapa Ahli Parlimen BN terutama di Sabah dan Sarawak, sedia menimbang kemungkinan menyertai pakatan pembangkang.

BN memenangi 140 kerusi Parlimen bagi membolehkannya menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah dan hanya kekurangan lapan kerusi untuk majoriti dua pertiga.

Perdana Menteri berkata, Anwar boleh membuat sebarang dakwaan yang disukainya. “Beliau mendakwa macam-macam dan biarlah beliau mendakwa apa yang beliau suka,” katanya.

Mengenai keputusan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan jawatan Setiausaha Agung Umno dan BN, Abdullah berkata beliau tidak menghalang hasrat bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu.

Presiden Umno dan Pengerusi BN itu berkata, Radzi sudah berbincang dengannya dan beliau perlu menghormati keputusan berkenaan.

“Bukan dia kata apa-apa yang tidak manis didengar, dia nak lepaskan jawatan supaya ia boleh dipegang oleh orang lain untuk menjayakannya. Itu mengikut persepsi masing-masing, ada juga setiausaha agung yang boleh berfungsi tanpa pegang jawatan Kabinet,” katanya.

Ditanya apakah bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, akan dilantik menggantikan Radzi, Abdullah berkata: “Kita belum putuskan penggantinya tetapi saya sudah bercakap dengan Tengku Adnan dan beliau sanggup menerima jawatan itu.”

Tengku Adnan yang kini Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Ketua Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, pernah menjadi Setiausaha Kerja Umno dari Jun 1999 hingga Februari 2004. Beliau difahamkan sudah menemui kakitangan Ibu Pejabat Umno tengah hari semalam.

Pada sidang akhbar itu, Abdullah juga ditanya mengenai keputusan Pemuda Umno untuk tidak mengenakan tindakan disiplin terhadap exco pergerakan itu, Datuk Mukhriz Mahathir, yang mengutus surat meminta beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Abdullah berkata, Pemuda Umno berhak membuat apa saja keputusan yang difikirkan baik untuk kepentingan parti.

“Saya tidak mengarahkan mereka untuk berbuat ini atau itu apabila berbangkit isu. Saya katakan perkara itu adalah untuk pergerakan itu putuskan dan mereka sudah membuat keputusan, tak apalah, ia ok,” katanya.

Mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu, Abdullah berkata: “Tak lama lagi akan ada pengumuman.”

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20080319233548/Article/

—————————————————————————————– 

Guan Eng urges PM to lodge report over alleged “buying of BN MPs”

 BERNAMA

BUTTERWORTH,THURS: Penang Chief Minister Lim Guan Eng today asked Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to make a police report if he had evidence that opposition parties were “buying” Barisan Nasional (BN) members of parliament to topple the federal government. Lim said the matter should be reported to the police as it constituted an offence and could be regarded as corruption. “If there is evidence, I hope he can produce it for action to be taken,” he told reporters after attending the state-level Maulidur Rasul (Prophet Muhammad’s birthday) celebrations at the Seberang Jaya Expo Site, here. The DAP secretary-general also said that his party was not involved in such an activity. Newspapers today reported Abdullah saying he was aware of attempts to “buy” BN MPs and stressing that there was no reason for his government to collapse as it was strong and had the people’s support.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/NewsBreak/20080320180150/Article/index_html

=============================================================

penulis terasa sgt kelakar dgn isu yg paklah reka utk menutup kelemahan barisan kepimpinan beliau akhir-akhir ini..😀 ternyata beliau langsung xmengambil berat hal2 yg terjd dlm politik BN, tetapi menunding jari kepada org lain yg xde kene mengena dgn beliau.. bak kata pepatah, “gajah didepan mata xnampak, kuman diseberang plak yg nampak”..

penulis juga masih ingat apabila org kampung menyatakan “kalo BA memerintah, nanti miskin la negara kita..sbb BA kan miskin…lgpun senarai jutawan dan org paling kaya di malaysia ni terdiri dr org BN saja..” ~betul..so, ape hal plak BA ade plak duit berjuta2 untuk beli BN????

huhu..penulis terasa PM mesia lgsg xde kredibiliti , karisma, dan main ckp aje ikut suke ati dia..”malu betul nk ngaku dia PM kita” kata seorg rakyat yg tengah makan brsama kwn2nye di sebelah meja mkn penulis.. penulis tersenyum..dan berkata sendiri “aku pun..”

 Lepas ni..ape lak kenyataan low class dia nk buat??? tunggu dan lihat aje lah…

Kategori:Isu Semasa Tags: , , , ,
  1. eagle
    Mac 21, 2008 at 5:06 pm

    oh plzz la pak lah..

    kalo takat bagi statement, semua org blh cakap. juta ringgit pulak tu, wuiyoo kaya giler BA. haha.

    kalau betoi ada cubaan beli wakil rakyat BN, report je lah ke BPR. dakwa di mahkamah, kemukakan bukti. jgn dok tangguh. biar semua rakyat blh tengok.

    saya yakin tak sampai 3 jam dah keluar report berjela-jela dlm TV dan Utusan. mesti BPR cepat jer buat kerja. haha

    apa yang sy nampak, actually pak lah dia bengang sbb di kelantan wakil rakyat PAS reject rasuah jutaan ringgit drp BN utk keluar parti. kerajaan BN amat lemah sebenarnya hingga perlu jumpa wakil rakyat PAS utk beli undi. ambo dgr tuan guru cakap lagu tu …

  2. don jiong
    Mac 24, 2008 at 1:16 pm

    I pray for Malaysia to have more people of discernment and wisdom like tuan guru nik aziz. True believers will act their faith in truth, upholding justice & uprightness. once again, we must all be reminded that the umno is behind all the political money, not PAS

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: