Arkib

Archive for the ‘santai’ Category

Komik 2 : Personaliti Mengikut Jenis Darah

Januari 16, 2012 Tinggalkan komen

Cerpen Islami : Juramento Janji ep 1

November 2, 2011 1 komen

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ♥

Julai 30, 2011 1 komen

 

 

 

 

 

 

Categories: santai, Tazkirah Label:

Kisah teladan : Kisah Burung Kecil dan Cicak

Julai 10, 2011 Tinggalkan komen

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Lalu dijawab oleh burung berkenaan:

“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya:

“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)

Sumber:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

===========================================================
p/s:
Setiap perbuatan dinilai pd niat.. seperti kisah burung kecil yg cuba memadam api Nabi Ibrahim AS dan cicak yg cuba memarakkan api (“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil” (Hadis riwayat Muslim)). Walaupun usaha mereka kecil tetapi tetap dipandang oleh Allah SWT. Jadi,lakukanlah kebaikan dimana sahaja kita berada walaupun kita diperkecilkan..^^

Aneh dan menarik lagi mengagumkan!

April 18, 2011 Tinggalkan komen

Assalamualaikum semua,
Sebenarnya saya jarang mengagumi seorang pelukis tanpa kritikan.. tetapi lukisan 3D jalanan Kurt Wenner memang amat mengagumkan!! saya melihat lukisannya dan terdiam.. it’s really amazing!!!

Siapa Kurt Wenner? jom layan gambar-gambar menajubkan dia di blog saya :)

http://lukisanduniaku.blogspot.com/2011/04/suka-melukis-belajarlah-dari-kurt.html

LukisanDuniaku sudah ke blogspot!

April 13, 2011 2 comments

Assalamualaikum.. buat pembaca-pembaca lukisanduniaku.wordpress.com , saya kini kembali menyemarakkan lagi dunia Teknologi Tanpa Sempadan ini dengan menambah tajuk-tajuk yang lebih luas disini seperti Dunia Gadget, Dunia IT, Dunia Kerjaya, Dunia Ajaib dan Dunia Hobi...

Kenapa saya memilih Blogspot pula kali ini? haa..ini kerana saya ingin menambah pengetahuan saya dalam menggunakan blogspot, memandangkan kebelakangan ini blogspot telah mencanggihkan diri..hehe.. (sblm ni xcanggih sgt… skg dah canggih sama seperti wordpress)

Selain itu, saya juga mempunyai masa lapang yang sangat banyak untuk mengkaji, mengaji, mengkritik dan menulis pada hari ini.. Oleh itu, saya berharap para pembaca semua sentiasa menyokong lukisanduniaku kerana saya akan sentiasa memberikan input-input yang menarik kepada anda ;)

Kemungkinan juga saya akan memberi tumpuan kepada satu blog sahaja mengikut keselesaan pembaca. Tetapi saya tidak mungkin akan memadam blog ini walaupun saya telah import semua entry dalam blog ini ke sana. Apapun yang terjadi saya pasti akan berkongsi ilmu dengan anda walau sedikit. InsyaAllah..semoga Allah memberi saya ruang dan masa mencoretkannya disini. ^_^
Sekian, Salam Sayang dari saya..
sitihorizon@gmail.com

Jangan lupa follow saya di

http://lukisanduniaku.blogspot.com/

Usah terasa hati dan berkecil hati….

Januari 16, 2011 18 comments

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused..

Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Read more…

Lihatlah dengan mata hati ❤

Januari 15, 2011 Tinggalkan komen

Seorang guru yang sangat dihormati dan terkenal didatangi oleh seorang muridnya pada satu hari di rumahnya. Murid itu kehairanan melihat keadaan rumah gurunya dan cara gurunya berpakaian. Semuanya kelihatan serba sederhana dan tidak menunjukkan ciri-ciri rumah dan cara berpakaian orang yang terkenal.

“Wahai guru, saya tidak faham mengapa seorang guru yang terkenal seperti kamu tinggal dan berpakaian seperti ini. Tidakkah sepatutnya kamu berpakaian dan tinggal di rumah mewah setanding dengan kemasyhuran dan kekayaan yang kamu miliki?”

Guru itu cuma tersenyum sambil melucutkan sebentuk cincin dari jarinya.

“Saya akan menjawab pertanyaan kamu tapi sebelum itu kamu perlu ambil cincin ini dan bawa ke pasar. Cuba kamu jualkan cincin ini dengan harga sekeping wang emas”

Read more…

Petua dan Tips Rumah Anda

Disember 11, 2010 1 komen

Tips harian

dipetik dari emel untuk dikongsikan bersama ^_^
p/s : Koleksi tips yang membantu dlm kehidupan seharian . Boleh dicuba.

Masalah Semut:
Letakkan kulit timun berhampiran tempat atau lubang semut.

Untuk membuat cermin bersinar:
Bersihkan dengan penuh semangat

Menghilangkan chewing gum pada pakaian:
Masukkan di dalam freezer selama satu jam.

Untuk memutihkan pakaian putih:
Rendam pakaian putih dalam air panas dengan hirisan lemon selama 10 minit.

Untuk membuatkan rambut bersinar:
Tambah satu sudu teh cuka untuk rambut, lalu cuci rambut.Ada berani?

Untuk mendapatkan maksimum jus dari lemon:
Rendam lemon dalam air panas selama satu jam, dan kemudian baru perah.

Untuk mengelakkan mata pedih semasa memotong bawang:
Pasang kipas angin atau letak bawang di hujung pisau atau mengunyah gula-gula getah.

Untuk kentang mendidih segera:
Kupas kulit satu kentang sehiris saja sebelum direbus.

Untuk telur rebus segera:
Tambah garam ke air dan didihkan air.

Untuk memastikan kesegaran ikan:
Masukkan ke dalam semangkuk air sejuk. Jika ikan terapung, ini segar.

Untuk memeriksa kesegaran telur:
Masukkan telur dalam air.
Jika menjadi horizontal, ini segar.
Jika itu menjadi menyenget, 3-4 hari tua.
Jika menjadi menegak, 10 hari tua.
Jika terapung, itu sudah masuk angin.

Untuk menghilangkan kesan dakwat pen pada pakaian:
Letakkan ubat gigi di tempat terkena pen tadi dan biarkan kering, kemudian baru dicuci.

Untuk mengupas kulit kentang, ubi keledek segera:
Rendam dalam air sejuk selepas mendidih.

Untuk menghilangkan tikus :
Taburkan lada hitam di tempat-tempat di mana anda bertemu tikus tersebut (laluannya). Mereka akan melarikan diri.

Cerpen oh cerita pendek!

November 25, 2010 1 komen

Assalamualaikum…selamat pagi kpd semua pembaca budiman! pagi ini sy telah terkesan oleh satu cerpen @ cerita pendek yg sy dapati dari laman iluvislamdotcom.. walaupun cerpen ini agak biasa dan rapuh gaya penceritaan dan penyampaiannya..tp, sy sgt terkesan dgn pengajaran yg boleh didapati dari cerpen ini… selamat membaca! ^_^

 

Epilog Noda Semalam, Kemanisan Taubat

Kha, 07 Okt 2010 17:03 | Ixora Izah | Editor: aeyie®
4077Share

Aku berteleku mengingatkan dosa-dosa semalam.. Rentetan terlalu obses dalam mengejar syurga dunia, aku terhanyut dek arus kealpaan yang telah menukarkan peribadiku.

Nilai sopan santun, budaya muslimah serta didikan agama yang dicurahkan oleh kedua ibu bapaku sudah tiada dalam kamus hidupku.

Aku tidak pandai menjaga pergaulanku dengan kaum Adam. 2 tahun lepas aku seorang penuntut universiti awam terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana berasal dari kampung, aku bagaikan terkena kejutan budaya apabila melihat segala yang aku inginkan mudah diperoleh.

Kisah hidupku berubah sejak aku mengenali Rizal. Dia mendekatiku dengan peribadi yang kononnya alim, sekadar ingin buat aku tertarik padanya.

Betapa lemahnya aku pada waktu itu kerana terjerat oleh cinta lelaki yang hanya mahukan diriku dan saling bertanding dengan kawannya untuk mendapatkanku.

Walhal aku seorang yang sangat berhati-hati dalam memilih pasanganku.

Perkenalanku dengannya bermula apabila dia menulis nota ringkas untuk mengenaliku dengan lebih dekat. Dia juga sanggup menunggu sehingga aku habis belajar.

Pada mulanya aku tidak layan namun hati yang degil tidak dapat menidakkan kehadirannya yang sedikit sebanyak memberi getar di hati ini.

Tanpa aku sedari juga, dia turut mendapat nombor telefonku daripada sahabatku yang memudahkan laluannya. Aku yang tidak pernah mengenal cinta kaum Adam tertarik padanya buat pertama kali dalam hidupku.

Dahulu aku sangat tidak suka orang yang bercouple, namun bila terkena batang hidung sendiri, barulah aku tahu betapa hebatnya dugaan dan hasutan syaitan yang inginkan kami terus-terusan berbuat maksiat.

Masa berlalu dengan pantas, perkenalan yang pada mulanya berasaskan isu Islam, semakin hari semakin melencong kearah maksiat.

Di samping menceritakan agama, tanpa aku sedar, dia turut menggunakan agama sebagai wadah untuk menjeratku.

Betapa kerdilnya aku waktu itu kerana tidak dapat membezakan yang hak dan yang batil.

Bermula keluar bersama rakan, kami akhirnya berani keluar berdua-duan. Subhanallah, betapa hinanya aku di sisi Allah pada waktu itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Rizal dengan beraninya menyatakan perasaannya padaku,

“Lia, abang sangat sayangkan Lia, abang tak sanggup kehilangan Lia, boleh tak kita bertunang dulu, nanti semua orang tahu yang Lia milik abang seorang, bolehkan Lia?”

Aku terkejut mendengar bicara dari Rizal, mana janjinya yang sanggup tunggu aku sehingga aku habis belajar.

Aku tahu mak ayahku takkan setuju.

Abang dan kakakku turut akan membantah. Aku cuba memujuk Rizal agar tidak meneruskan niatnya.

“Abang, bukan Lia tak nak, tapi abang tahukan keluarga Lia, mereka nak Lia menggenggam ijazah terlebih dahulu sebelum Lia berkahwin. Sementelah, mereka tak pernah tahu tentang kewujudan abang dalam hidup Lia,”

Aku berasa sangat berdosa kerana merahsiakan segalanya daripada pengetahuan ibu bapaku.

Setiap kali balik cuti semester, aku dianggap gadis yang sangat menjaga pergaulanku dengan kaum Adam sedangkan tanpa pengetahuan mereka aku selalu keluar dengan Rizal.

Mak, ayah, ampunkan anakmu ini.

Masa terus berlalu. Makin hari aku semakin hanyut dengan kebahagiaan dunia. Tanpa aku sedari, Rizal mengambil kesempatan ke atas diriku.

Sedikit demi sedikit aku mula rasa gembira kerana terasa disayangi, walhal tiada cinta yang sejati pun dalam hati Rizal buat diri ini.

Aku mula mengabaikan pelajaranku, mula menjauhkan diri dari rakan-rakan yang menasihatiku dan mula membuat perkara yang bertentangan agama.

Tanganku dibiarkan berada dalam genggaman lelaki yang tidak halal buatku.

Pada mula-mula aku mengelak namun dek kerana hanyut dan alpa dengan cinta palsu, aku mula tidak mahu berpisah dengannya.

Kami sama-sama menyulam cinta haram yang terasa indah di dunia.

Aku nekad untuk terus berada di samping Rizal dan ingin menyatakan niatku untuk bertunang dengan Rizal pada cuti semester kali ini.

“Mak, Lia nak cakap dengan mak sikit boleh tak?”

“Ada apa Lia, mak tengok kau dah banyak berubah sejak balik ni, kau selalu bergayut dengan telefon, sampai jarang dah nak tolong mak kat dapur ni,”

Aku tersentap dengan teguran mak.

Aku selalu nak tolong mak kat dapur tapi sayang nak lepas mesej dengan Rizal.

Kalau aku lambat balas, dia mesti merajuk, betapa bodohnya aku pada waktu itu kerana mendahulukan Rizal berbanding kedua ibu bapaku.

“Mak, Lia dah ada pilihan hati Lia, dia nak masuk meminang Lia, waktu cuti ni,”

Dalam takut aku gagahkan diri menyatakan niat di hati tanpa menelaah hati ibuku yang mungkin terguris dengan tindakanku. Ibuku sangat terkejut..

“Praaaaaaaaaaaag!”

Berkecai pinggan kaca yang makku pegang. Muka makku berubah dan sangat terkejut dengan permintaanku.

“Lia, kau sedar tak apa yang kau cakap ni, kau baru sangat kat Kuala Lumpur tu, mak hantar kamu suruh belajar, bukannya cari lelaki kat sana. Kenapa tak sabar sangat ni, Lia yang mak kenal dulu tak suka bergaul dengan lelaki,”

“Mak, Lia sayangkan dia mak, Lia tak sanggup kehilangan dia,tolonglah mak, tolong beritahu ayah,”

“Ya Allah, Lia, kau sedar tak apa yang kau cakap ni nak, kalau kau bertunang sekarang, macam mana dengan pelajaran kau? Kak Ngah dan Abang Cik pun tak kahwin lagi walaupun dah kerja. Kamu yang masih belajar ni, dah tak sabar-sabar nak berlaki. Kau cubalah cakap sendiri dengan ayah, mak tak sanggup.”

Batu besar bagaikan menghempap di bahuku. Pastinya ayahku tidak setuju sedangkan ibuku sendiri membantah. Aku mula memikirkan cara untuk memujuk ibuku. Malam itu juga aku berbincang dengan Rizal.

Tut..tut.. cepat saja Rizal membalas mesejku.

Rizal cuba bermain kata denganku. Dia sedaya upaya memujukku agar menjadi anak yang derhaka pada ibu bapa.

Itukah yang diajar Islam dalam memilih calon suami?

Namun aku lemah tersungkur pada perasaan sendiri yang tidak mampu memperjuangkan yang hak berbanding batil.

Keesokannya, aku cuba utarakan lagi niatku pada ibu.

Namun, di luar pengetahuanku, ayah terdengar perbualan kami, ayah sangat terkejut dengan permintaanku. Wajahnya bertukar merah.

“Apa yang Lia cakap ni, ni ke yang Lia dapat lepas ayah dengan mak hantar Lia dekat Kuala Lumpur tu? Lia tak pernah rapat dengan mana-mana laki, sejak jauh dengan mak ayah, Lia dah jadi macam ni, kenapa Lia?”

Aku gugup untuk meluahkan kata-kata. Namun kugagahkan diri untuk meluahkan demi kasih dan cintaku yang tidak bertepi buat Rizal.

“Ayah, Rizal budak baik ayah, dia dah lama kenal Lia, kami sama-sama sayang dan Lia tak boleh kehilangan dia,”

“Lia! Kenapa kau dah banyak berubah ni. Lia tak pernah membantah cakap ayah sebelum ni. Sejak kenal dengan lelaki tu, dah mula pandai bela dia ye,”

Mak cuba menenangkan ayah yang sudah mula naik angin denganku.

“Ayah, Lia sayangkan dia sangat-sangat, tolonglah setuju ayah. Lia nak restu daripada mak ayah je.”

Paaaaaang! Satu tamparan mengenai pipiku. Pertama kali dalam hidupku dapat tamparan dari ayahku. Aku benar-benar telah menguji kesabarannya.

Aku terus berlalu meninggalkan ayah dan ibuku. Aku menangis tersedu-sedu sambil mengadu pada Rizal di dalam bilik.

“Lia, jangan menangis sayang, kalau sayangkan abang jangan menangis ye, abang taknak dengar Lia menangis lagi,”

“Habis Lia nak buat macam mana bang, mak ayah tak setuju dengan pertunangan kita,”

“Lia sayangkan abangkan, dengar cakap abang baik-baik k,”

“Apa dia bang,”

“Lia tak nak kehilangan abang kan, Lia kemas barang Lia malam ni, abang datang ambik Lia malam ni, Lia keluar dari rumah tu, Lia taknak kehilangan abang kan,”

Aku terkejut dengan permintaan Rizal. Subhanallah, aku berdepan dengan pilihan samada untuk memilih ibu bapa atau Rizal.

Gerak hatiku ingin memilih mak ayah, namun hasutan syaitan lebih dahsyat, aku hanya mengiakan sahaja kerana terlalu ikutkan darah muda.

Tanpa memikirkan hati mak ayah yang mungkin terguris dengan tindakanku, aku nekad mengemas barang untuk keluar rumah malam tu juga.

Dalam keadaan terhenjut-henjut aku cuba keluar dari bilik yang sejak tadi aku kunci.

Namun, dengan kuasa Allah, aku terserempak dengan mak di muka pintu dapur sewaktu mak baru sahaja ambil wudhu’ untuk sembahyang.

“Lia, Lia nak pergi mana ni dengan beg ni, tengah-tengah malam ni, Lia nak tinggalkan mak ayah ke? Lia sedar tak apa yang Lia buat sekarang ni?”

Read more…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers