Resepi Sedap : Aiskrim Kek
Assalamualaikum…
Sebenarnya resepi ni saya buat guna idea sendiri je, memandangkan hari jadi adik yang datang, nak buat kek xde oven… jd, buat aiskrim kek la senang… guna resepi aiskrim dan kek batik, tapi diubah mengikut citarasa :p

Resepi Aiskrim Kek
- 2 cawan coffemate
- 2 cawan susu perisa vanila (boleh perisa apa-apa yang disukai) saya guna susu segar HL
- 2 sudu gula (ikut suka.. kalo guna susu dah manis xperlu letak)
- biskut coklat yang dipatahkan 4 (marie atau apa jenama yang disukai)
Cara-cara
- masukkan coffeemate, susu dan gula ke dalam blender…. blend sampai sebati dan banyak buih…
- masukkan dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais sehingga keras.
- setelah aiskrim keras, keluarkan dan blend semula supaya strukturnya lebih halus..
- masukkan semula ke dalam bekas..
- masukkan sedikit biskut coklat ditengah-tengah bekas tadi (jangan dalam sangat..biar biskut nampak di atas)
- masukkan semula bekas ke dalam peti sejuk dan sejukkan sehingga beku.
- setelah beku, telangkupkan bekas, ada akan dapati, di bawah ada lapisan biskut coklat tadi, dan diatas adalah aiskrim vanila yang lembut..
- boleh di hiaskan mengikut citarasa, dan sesuai dimakan sejuk.. kerana aiskrim cepat cair :p
selamat mencuba
Categories: Resepi Sedap
aiskrim kek, biskut coklat, ice cream cake, masakan mudah, resepi aiskrim, Resepi Sedap, sejuk



"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut
untuk memberikan kenyamanan".
salam’alayk.
wah, nampak sedap kek ais krim ni. saya nak cubalah.
pinjam resipi ya
mintak buat resipi marshmalow versi malaysia(halal).. saya dah bua xjd…