Rumah > Tazkirah > Tazkirah : Ilmu tentang Solat Jumaat

Tazkirah : Ilmu tentang Solat Jumaat

Artikel ini berkaitan dengan solat jumaat mengikut mazhab syafie untuk kefahaman kita bersama:

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],

” (Surah Al-Jumu’ah: 9)”

Sabda Rasulullah SAW:
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.” (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).”

Berikut ialah syarat wajib solat Jumaat:-

  • Islam – tidak wajib bagi orang kafir.
  • Baligh – tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  • Berakal – tidak wajib bagi orang yang gila.
  • Merdeka – tidak wajib ke atas hamba abdi.
  • Lelaki – tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  • Sihat – tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  • Bermastautin atau bermukim – tidak wajib bagi orang yang musafir.

Berikut pula syarat sah solat Jumaat:-

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah – rujuk (Khutbah Jumaat).

Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk” (Hadis riwayat Abu Daud)”

Ada beberapa pengecualian dari menunaikan solat Jumaat seperti berikut:-

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

  • Sakit – Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  • Hujan – Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  • Musafir – Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  • Takut dizalimi – Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  • Perang – Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat adalah:-

  • Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke masjid.
  • Memotong kuku.
  • Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  • Bersugi.
  • Memakai wangi-wangian.
  • Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  • Bersegera pergi ke masjid.
  • Berniat Iktikaf.
  • Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  • Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Mengenai Solat Sunat Jumaat pula, ia adalah solat sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum) dan Rawatib Ba’diyyah (selepas) yang didirikan selepas mengerjakan solat Jumaat, iaitu sebanyak dua rakaat.

Menurut fatwa Mazhab Syafie, adalah sunat hukumnya sembahyang Rawatib Qobliyah Jumaat. Bukannya harus atau perlu diniatkan sunat mutlak. Antara lain ini berdasarkan hadis :-
Sulaik al-Ghotafani sampai ke Masjid padahal Nabi s.a.w sedang berkhutbah (juma’at) . Maka bersabda Nabi s.a.w kepada Sulaik : Adakah sudah engkau sembahyang dua rak’at sebelum engkau datang hai Sulaik ?. Menjawab Sulaik: Tidak lagi. Sabda Nabi : sembahyang lah dua rak’at dan ringkaskan.. .. hadis riwayat Ibnu Majah.

Mulla Ali al-Qoori mengulas:
وقوله قبل أن تجئ يدل على أن هاتين الركعتين سنة للجمعة قبلها وليستا تحية للمسجد
Sabdanya Nabi s.a.w ( Sebelum Engkau datang) menunjukkan atas bahwa dua rakaat sembahyang tersebut adalah sembahyang “sunat Qobliyah jumaat” , bukannya “Tahiyyat masjid” .

Selain itu mengenai solat sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas) yang didirikan selepas mengerjakan solat Jumaat, terdapat beberapa riwayat mengenainya. Antaranya adalah:-
Saidina Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Nabi sembahyang dua rakaat setelah menunaikan Jumaat. Hadis dari Abu Hurairah pula meriwayatkan bahawa baginda melakukan sembahyang sunat Jumaat empat rakaat, manakala Saidina Ali dan Saidina Abdulah ibn Abbas menyatakan bahawa baginda mendirikan sembahyang sebanyak enam rakaat.

Kesemua riwayat mengenai perlakukan baginda itu adalah sahih, yang dilakukan dalam keadaan yang berbeza dan yang paling sempurna lagi afdal itu ialah enam rakaat.

Mengenai solat sunat Rawatib Qabliyyah yang dilakukan semasa imam membaca khutbah, mazhab Syafie dan Hanbali menggesa orang yang datang lewat untuk tetap mengerjakan sembahyang sunat sungguhpun imam sedang membaca khutbah, sementara mazhab Hanafi dan Maliki tidak menggalakkannya.

BERIKUT NUKILAN FATWA DARI JAIS MENGENAI KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT

Pekerja dilarang solat jumaat

Soalan 25

Saya pekerja Indonesia beragama Islam. Masalahnya, sejak bekerja di sini, saya jarang dapat mengerjakan solat Jumaat dan selalunya melebihi tiga minggu berturut-turut.

Saya pernah meminta izin untuk mengerjakan solat Jumaat, tetapi tidak mendapat kebenaran majikan kerana kawan sekerja lain bukan beragama Islam.

Solat lima waktu insya-Allah setakat ini masih boleh dikerjakan, walaupun kerap sembahyang Zuhur menghampiri waktu Asar.

Soalan saya, adakah benar lelaki Islam yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dianggap keluar daripada Islam? Adakah saya masih dianggap musafir? Adakah solat lima waktu saya diterima Allah sedangkan pada masa sama saya tidak dapat menunaikan solat Jumaat?

Jawapan

Hukum melaksanakan solat Jumaat adalah fardu ain. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumaah, ayat 9. Solat Jumaat termasuk dalam fardu utama dalam syariat Islam, selain satu pertemuan besar mingguan bagi umat Islam. Siapa yang mempermudah-mudahkan kefarduannya, Allah mengecap orang itu sebagai munafik.

Seluruh umat Islam hendaklah melakukan fardu Jumaat dengan penuh keimanan dan keyakinan yang teguh, sebagaimana sabda Rasulullah saw maksudnya: “Daripada Thariq bin Syihab, Nabi Muhamad bersabda: “Solat Jumaat hak yang wajib melakukannya atas tiap-tiap orang Islam, kecuali hamba-hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.” (Riwayat Abu Daud)

Demikian pentingnya kefarduan Jumaat. Jika kebetulan di tempat kerja anda sukar melaksanakannya lantaran pihak atasan anda lebih mementingkan pekerjaan, ada baiknya diadakan perbincangan. Adakanlah pertemuan dan mesyuarat dengan pihak atasan, nyatakan betapa pentingnya seorang Islam menjalankan fardu Jumaat.

Susun dan atur waktu kerja supaya dari satu sisi syarikat tidak rugi dan pada masa sama seluruh umat Islam yang bekerja di syarikat itu dapat menunaikan kewajipan kepada Allah.

Janganlah kita menggadai dan memusnahkan keuntungan dan ganjaran yang besar di akhirat lantaran mengejar keuntungan yang sedikit di dunia.

Yakinlah dengan janji Allah, jika manusia mensyukuri nikmat-Nya dengan mengabdi dan menyembah-Nya, pasti Allah akan menambah nikmat dengan berlimpah ruah.

Sebaliknya, jika manusia mengingkari nikmat itu, azab Allah akan datang dengan tidak diduga. Bahkan dalam al-Quran dijelaskan, jika selesai mengerjakan solat Jumaat, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki. Ini membuktikan keluasan nikmat yang Allah buka kepada hamba-Nya yang sudi dan mahu mengabdi kepada-Nya.

Firman Allah maksudnya: “Apabila kamu selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan.” (Al Jumaah ayat 10)

Seorang yang bermusafir juga digesa menunaikan Jumaat. Tambahan, Nabi tidak mengecualikan seorang musafir daripada solat Jumaat, sebaliknya hanya wanita, budak belum baligh, orang sakit dan hamba sahaya.

Sabda Nabi, Jumaat adalah benar, wajib atas semua umat Islam dengan berjemaah kecuali empat golongan — hamba sahaya, wanita, anak atau orang sakit.

============================================

dipetik daripada : http://www.facebook.com/topic.php?uid=176609035682738&topic=394

P/s : Saya sangat sedih apabila waktu solat jumaat, para LELAKI MUSLIM berkeliaran di shopping kompleks seperti tidak bersalah kerana tidak menunaikan SOLAT FARDHU yang WAJIB ini..huuu

About these ads
  1. ingin tahu
    Disember 2, 2011 at 7:37 am

    SAYA INGIN BERTANYA TENTANG BENARKAH WANITA PERLU MENUNAIKAN SOLAT ZOHOR SELEPAS LAKI2 BALIK DARI MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT?

  2. Februari 3, 2012 at 6:22 am

    Asalammualaikum.. Di sini saya ingin bertanya..sahkah sam bahyang jumaat saya kerana..waktu sambahyang jumaat di tempat saya sering jemaah tidak mencukupi 40 orang. Persoalannya habis sambahyang jumaat saya terus pulan dan jemaah yang tinggal terus mengerjakan sambahyang zohor. Jadi apa sah sambahyang jumaat saya kerana tak ikut berjemaah sambahyang zohor,tolong jawab kemuskilan saya ini dengan lengkap.

  3. Asbab Ali
    Mac 21, 2014 at 1:59 am

    perempuan solat zuhur pada Hari Jumaat… adakah sebaiknya setelah masuk waktu atau setelah selesai solat Jumaat d Masjid….?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 39 other followers

%d bloggers like this: