Rumah > Isu Semasa, Perjalanan Hidup, Uncategorized > Pengurusan dalam Islam

Pengurusan dalam Islam

Assalamualaikum wbt

Ringkas sahaja tajuk kali ini.. pengurusan dalam kaca mata Islam?

Pengurusan bersistematik adalah sangat penting dalam kehidupan kita seharian dimana sahaja kita berada kita pasti inginkan yang terbaik sesuai dengan fitrah manusia yang ingin hidup dalam keadaan sempurna.

Dengan adanya pengurusan bersistematik, hidup akan sentiasa berdisiplin dan berpedoman.

Pengurusan dalam ISLAM

Dalam pengurusan, terdapatnya matlamat untuk membawa kejayaan di dunia dan juga untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan di akhirat. Hal ini dilaksanakan mengikut kebijaksanaan manusia mengurus alam berasaskan realiti masa.

Tiga perkara utama yang menjadi asas pengurusan Islam ialah:

  • Aqidah
  • Syariah
  • Akhlak.

**Al-Falah (Kejayaan) sebagai matlamat utama dalam kehidupan dan menolak segala aktiviti haram untuk mendapat keredhaan Allah SWT

Terdapat 4 proses pengurusan dalam Islam

Perancangan (planning)

  • Melibatkan perletakan matlamat, menerangkan strategi-strategi dan membangunkan plan-plan utk menyelaraskan aktiviti kerja

Penyelarasan (Organizing)

  • Melibatkan usaha menentukan apakah tugas yg patut dilaksanakan, siapa yg patut laksanakannya, bagaimana ia perlu diperkumpulkan, siapa yg melapor kpd siapa dan di mana keputusan patut dibuat.

Kepimpinan (leading)

  • Melibatan usaha memotivasikan pekerja, mengarah aktiviti-aktiviti, memilih saluran komunikasi yg paling berkesan dan menyelesaikan konflik

Kawalan (controling)

  • Proses memantau prestasi, membandingkan prestasi dgn matlamat dan membetulkan sebarang penyimpangan yg berlaku

Elemen-elemen pengurusan Islam

1) Syura

  • Proses pembuatan keputusan dan dianggap elemen paling penting

2) Hisbah

  • Badan kawalan dalam pengurusan bagi memastikan perjalanan sesebuah organisasi akan berjalan dengan baik dan berkesan

3) Etika/akhlak

  • Yang menjadi tunjang kepada kesempurnaan sesebuah organisasi untuk beroperasi secara berkesan.

Peranan sbg pengurus dalam organisasi seterusnya mendapat ILMU, iman, ihsan

1) Khalifah Allah

  • MENGURUS/ mentadbir

2) Hamba ALLAH

  • beribadah

PERBEZAAN antara pengurusan Islam VS Konvensional (Pengurusan moden)

Pengurusan Islam —–> Kebendaan & kerohanian (BERASASKAN TAUHID)

  • Menjaga aspek-aspek yang mendatangkan kejayaan dengan keredhaan Allah mengikut falsafah TAUHID, iaitu menjaga hubungan dengan Allah (Hablumminallah) dan menjaga hubungan dengan manusia ( Hablumminnas).
  • mematuhi syariah & akhlak/etika
  • Memaksimakan keuntungan dalam kekangan agama
  • Menjaga kebajikan
  • amar ma’ruf & nahi munkar

Pengurusan moden —->Kebendaan (BERASASKAN PEMIKIRAN)

Prinsip Islam dlm pengurusan

  1. akauntabiliti
  2. tanggungjawab
  3. persaingan
  4. Konsisten & berterusan
  5. Perancangan
  6. kontingensi sistem
  7. Pengurusan penglibatan
  8. objektif
  9. Misi/matlamat
  10. kolektif
  11. kepimpinan

Selain itu, pembinaan budaya kerja berteraskan Islam juga akan meningkatkan lagi imej organisasi dan imej diri seperti pembinaan asas peribadi -ilmu, amal, ikhlas  dan pembawaan peribadi -Adab pakaian, pergaulan *mujahadah *muraqabah *Muhasabah *yakin

Kesimpulan

  • Pengurusan Islam mementingkan aspek material dan kerohanian
  • Model atau teori yang dicipta barat boleh diterima pakai asalkan tidak bertentangan dengan syariat.
  • Akal bertindak menjelaskan wahyu dan menolak yang bertentangan
  • Matlamat akhir mencapai keredhaan Allah SWT
About these ads
  1. Mac 22, 2011 at 1:29 pm | #1

    Leaders create the mission, build the team and lead team. The team does the rest. :D

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: