Rumah > Resepi Sedap > Resepi Sedap : Puding Roti / Bengkang Roti

Resepi Sedap : Puding Roti / Bengkang Roti

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kita dalam rancangan… (saje nk tiru ayat chef kt tv..hehe) puding roti sos kastad!

Pada suatu hari yang free lagi rajin, saya ternampak sebungkus roti gardenia di atas meja makan yang baru saja dibeli.. hmm..semalam roti ada banyak lagi…kenapa beli lagi.. huhu..rupa-rupanya ayah tidak perasan roti masih ada lagi.. jadi, tercetuslah idea untuk membuat bengkang roti… mak saya kata..ini bengkang.. bukan puding.. mana ada puding org bakar… bengkang tu… kata mak saya… sebab tak puas hati bila anaknya ni asyik menyebut puding roti… haha.. apa-apa ja lah mak :P asalkan sedap.. kan kan..

 

Simple Puding Roti / Bengkang Roti berkuah Kastad

Bahan-bahan

  1. 8 keping roti (saya guna gardenia)
  2. 2 cawan susu segar (saya guna HL )
  3. 2 sudu margerin / butter (cairkan)
  4. 4 sudu gula
  5. 2 biji telur
  6. 1 sudu teh esen vanila
  7. 1 sudu tepung jagung
  8. 2 cawan susu segar atau 1 tin susu cair
  9. 2 sudu gula atau susu pekat manis
  10. 2 sudu tepung kastad

Cara-cara

  • mula-mula, rendamkan roti dan susu segar (no 1+2) selama setengah jam atau lebih untuk melembutkan roti.
  • kemudian, campur bahan (no3, 4, 5, 6, 7 ) dan kacau sebati. Masukkan ke dalam roti yang direndam tadi dan kacau sebati.
  • kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam loyang.  Bakar dalam suhu 180’C selama 30 minit/masak. setelah masak.. sejukkan
  • untuk kuahnya, masukkan bahan (no8, 9, 10) ke dalam periuk dan masakkan di atas api sederhana… kacau sehingga tepung masak.
  • setelah sejuk, bolehlah tuangkan kuah / sos kastad semasa menghidang puding roti..

 

Selamat mencuba ^_^

About these ads
  1. kak waty
    Mac 16, 2011 at 10:33 am

    Memang sedap………….

  2. Mac 20, 2011 at 7:03 am

    assalammualaikum…nice blog,.ermmm…mcm mne nk follow blog awk nie?=D

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 39 other followers

%d bloggers like this: