Rumah > Tazkirah, Teladan Hidup > Info Ramadhan : Sifat Puasa Nabi

Info Ramadhan : Sifat Puasa Nabi

Sifat Puasa Nabi saw
karangan Syiekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin
Terjemahan dan olahan oleh Khairol Amin (kamin)


Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw – dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2, do’a2, hukum2 bersekitar puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua peringkat, dari yang kecil sehinggalah yang dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya.

Ta’rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi saw bersabda :
“Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram”
[mutafaq 'alaih].

Orang2 yang berpuasa :-
  1. * Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim.
  2. * Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha’ puasa jika mereka memeluk Islam.
  3. * Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi biasa dengan berpuasa.
  4. * Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan setelah sembuh boleh mengqadha’nya kembali.
  5. * Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang yang ‘insane’ contohnya tiada diskriminasi terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga ada diskriminasi terhadap mereka.
  6. * Orang yang tak berupaya (‘aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh – setiap hari yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin.
  7. * Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha’ puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya kebimbangan.
  8. * Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha’ apa yang tertinggal.
  9. * Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha’ puasa.
  10. * Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha’ sekiranya berbuka didalam permusafiran, samada bermusafiran yang ‘emergency’, atau sepertimana Umrah, atau sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka tidak berada dinegara mereka.


Hukum-hukum didalam berpuasa

1-Niat :


Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya”[Shahih Abi Daud]
Sabda Nabi saw didalam hadith lain :-

“Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya” [Sahih al-Nasaa'i].
Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi saw, dan tiadalah  mana-mana para sahabat Nabi ra. melakukannya.
[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang berbentuk azam]

2- Waktu berpuasa :

Firman Allah swt :

“Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar” [surah al-Baqarah : 187]
  1. * Fajar Kazib – padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).
  2. * Fajar Saadiq – padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar).
Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa. Nabi saw bersabda :

“Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah puasa” [Hadith Mutafaq a'alaih].
Perintah ini bermula apabila bebola matahari hilang dan jika zahirnya zahir.

3-Sahur


Sabda Nabi saw :

“Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:” [Hadith Riwayat Muslim].
Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :

“Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur” [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].
Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut namanya :
“Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati” [Sahih Abu Daud].
Sabda Nabi saw lagi :

“Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur” [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad].
Sabda Nabi saw lagi :

“Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma” [Sahih Riwayat Abi Daud].

Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.
[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air.
Sabda Nabi saw :
“Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya” [Hadith Riwayat al-Hakim]]

4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :

* Menipu : Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya” [Hadith Riwayat al-Bukhari].

* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :

“Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa” [Hadith Sahih Ibn Khuzaimah].

5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :


* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari ‘Aisyah ra :

“Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa” [Hadith Muttafaq a'alaih].
* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda :

“Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'” [Hadith Muttafaq a'alaih].

Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu’ dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.
* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Sabda Nabi saw :

“Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan ia sedang berpuasa” [hadith Shahih Abu Daud]
* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari ‘Aisyah ra. berkata :

“Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian” [Muttafaq 'alaih].

Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :

“Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri” [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].

* Pemeriksaan dan mengambil darah – jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.
* Menampal gigi (uprooting) – tidak membatalkan puasa
* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari Abbas ra. berkata :

“‘Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa” [Riwayat al-Bukhari]
* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang memasuki mata – perkara ini tidak membatalkan puasa, samada menjumpai makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya :

“Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang berpuasa”

[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa.]

6- Berbuka Puasa :


* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :

“Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa” [Hadith Muttafaq 'alaih].
* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata :

“Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat’ [Hadith hasan riwayat Abu Daud].
Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari Anas bin  Malik ra. berkata :

“Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air” [Hadith Sahih Abi Daud].

* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata :

“bagi orang yang berbuka, do’anya tidak akan tertolak” [Hadith Sahih Ibn Majah].
Nabi saw semasa berbuka puasa berdo’a :

“Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah” [Hadith Sahih Abi Daud]

[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita :- Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"]


7 – Perkara yang membatalkan puasa

* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia  terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda :

“Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan minum” [Hadith Muttafaq 'alaih].
* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw :

“Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada  qadha’ baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'”[Hadith Sahih Abu Daud].

Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa.
* Berjima’ : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha’ kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.
* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga.
* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha’nya.
* Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apa perbuatan kearah itu, dan jika ia bersangkutan dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa.
* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa yang dikeluarkan.

8-Qadha’ Puasa

Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha’ puasa dan tidak disukai melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha’. Pada ulama’ bersetuju secara ijma’ bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solat maka tiada qadha’ baginya. Begitulah dari golongan yang lemah (‘ajuz) yang tidak berpuasa sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi saw :

“Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya untuknya” [Hadith Muttafqa 'Alaih]

9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :


Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:

“Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir” [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]

10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) :


Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh mewajib solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (lapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A’isyah ra, :
“Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat” [Hadith Muttafaq 'alaih]

Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan mereka2 yang lain.
Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya, termasuklah ruku’ dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan2 yang lain boleh mengakibatkan solat tersebut batal.

11-Zakat Fitrah


Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda :
“Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia” [Hadith Muttafaq 'alaih]

Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan hamba dari orang2 Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing2, yang afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin.
Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan tidak boleh melewatkannya dari hari Eid.

About these ads
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: