Arkib

Archive for Mac 2010

Resepi Sedap : Ikan bilis dan kentang ~mudah & cepat

Mac 24, 2010 8 comments

Assalamualaikum wbt..

Bertemu kembali dalam ruangan resepi…. kebelakangan ni sy jrg masak resepi yang ‘renyah2′… memandangkn baru berpindah di tempat baru.. rumah sewa pon xde peti ais…pastu balik keje laparr sampai nk pengsan..huhu.

Jd, resepi mudah, ringkas, cepat serta sedap ini di reka khas… setiap hari… cumanya hari ni nk kongsi 3 resepi yg melibatkn ikan bilis dan kentang oke ;)

—————————————————————————————–

1. RESEPI IKAN BILIS & KENTANG BERLADA (sambal ikan bilis + kentang)

Bahan-bahan: (ikut suka nk byk mana…optional..)

*Ikan bilis

*Kentang dipotong (mcm wedges @ ikut suka)

*Cili dikisar / cili boh

*gula & garam

*bawang merah, bawang putih (ditumbuk @ dikisar @ dipotong)

*bawang besar dipotong gelang

*minyak utk menggoreng

Cara memasak.

  1. Goreng kentang sampai masak, angkat.
  2. Goreng ikan bilis sampai garing, angkat. ~jgn terlalu garing..nanti rs pahit..hehe
  3. minyak td, masukkn bwg yg ditumbuk…
  4. bila dah naik bau…masukkn cili…goreng sampai masak…
  5. masukkan bwg besar, kentang dan ikan bilis…serta gula dan garam secukup rasa (garam xbuh pon xpe..bilis dh masin~ikut selera masing2)
  6. gaul rata….then, tutop api.. sedia dihidang ;p

——————————————————————————————

2. RESEPI IKAN BILIS & KENTANG BEREMPAH (kari ikan bilis + kentang)

Read more…

Perkahwinan yang didambakan

Mac 10, 2010 10 comments

Assalamualaikum w.b.t.

(=.=”) Apekah tajuk ini? perkahwinan yg didambakan..wahh..jiwang2..karat2..hehe. Just wanna share something dat i just found recently (actually…yg selama ini kucari2..persoalan yg telah kutemui jwpannya..alhamdulillah) persoalan2 ku :-


Perkahwinan itu untuk apa ye?

Sy selalu tertanya-tanya..kenapa kena kawin? kenapa manusia kna kawin? wajib ke kawin..apa yang bestnya kawin? sbb sume org suh sy kawin, ade yg nk kawin dgn sy la.. ade yg cdgkn org itu, org ini utk sy kahwini (terima kasih buat shbt2 yg bersusah payah..)..dan sy selalu dpt jwpn2 yg xmemuaskan hati sy.. iaitu :-

  • Kahwin kerana fitrah manusia (naluri)
  • Kahwin kerana zuriat (anak)
  • Kahwin kerana inginkan seorg teman pasangan yg sehidup semati
  • Kahwin kerana ingin mencintai dan dicintai
  • Kahwin kerana ingin hidup senang (diberi nafkah oleh suami/ dijaga siang mlm oleh isteri)

ya, betul dan logik semua jawapan2 ini..tp, masih tidak memuaskan hati sy…rsnya..bujang lagi best..bahagia je.. kawin xsemestinya bahagia kan..huhu.

Sebenarnya…perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan KEBAHAGIAAN.

Justeru, asas perkahwinan yang bagaimanakah yang paling membahagiakan? Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?

  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.

Dari sudut Islam, perkahwinan adalah satu ibadah. Kerana ia ibadah yang disyariatkan oleh Islam, maka ia harus dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan secara sempurna adalah satu tuntutan agama.

Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.

Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Maka jelas sekali bahawa tujuan perkahwinan itu bukan untuk seronok-seronok atau sekadar melepaskan rangsangan hawa nafsu, tetapi ialah untuk melahirkan pertalian kasih sayang bagi kedua pasangan. Kasih sayang di sini ialah kasih sayang yang sejati dan abadi, dari usia muda sampai ke usia tuanya.

Kalau kita cermati ayat di atas, kita memperoleh kesimpulan bahawa tujuan perkahwinan itu setidak-tidaknya ada 3 hal :-

Yang pertama, untuk menunjukkan kekuasaan Allah.

Kedua, agar tercipta ketenteraman.

Dan yang ketiga, untuk membangun kasih sayang.

Read more…

Novel Islami yang difilemkan

Mac 5, 2010 2 comments

Assalamualaikum w.b.t

Usai sudah sy menghayati filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2 (KCB). Ternyata sy sangat berpuas hati dengan ceritanya :) Tahniah kpd penulis dan pengarah serta semua yg terbabit dlm pembikinan filem tersebut..

Perbezaan antara membaca novel dan menonton filem

Sebenarnya apabila novel ini mula dipasarkan di Malaysia, sy telah membeli dan membacanya dengan penuh penghayatan ~kadang tersenyum kadang ternangis sendiri.. Begitu juga dengan novel Ayat-ayat Cinta (AAC). Jarang sekali sy terjumpa novel2 islami sebegini dipasaran tambahan pula penulis mengangkat tema cinta dan kasih sayang yang tidak dpt dipisahkan drpd naluri umat manusia. Seringkali terlihat cinta tidak diuruskan dengan baik dan tidak ada ‘role model’ dlm masyarakat yang memberikan gambaran cinta islamik yang sepatutnya dibenarkan didalam Islam.

Alhamdulillah, bermulanya AAC dan menyusul pula KCB ini, masyarakat mendapat manfaat yang sewajarnya drpd novel tersebut, syukur alhamdulillah. Perbandingan antara membaca novel dan menonton filem ini byk perbezaannya.. kerana apabila kita membaca kita mencipta watak tersendiri didalam minda kita.. dan bila menonton kita hanya menerima shj watak yg ditonjolkan. Pemilihan watak amat penting dlm sesebuah filem yg diadaptasikan drpd novel. Ini kerana, melalui watak tersebut tergambarlah watak yg digambarkan didalam novel yang menceritakan ciri-ciri secara detail..

Sy suka watak didalam filem KCB kerana ia bertepatan dengan watak yg digambarkan didalam novelnya. Sederhana dan matang. Lain pulak watak AAC yg digambarkan didlm novel nampak terlalu sempurna dan contoh lelaki yg ideal ~menjadi rebutan wanita/muslimah.. tetapi watak didalam filem AAC pula nampak terlalu lemah penyedih dan mukanya pon xbercahaya spt muslimin yg soleh~muka asyik masam aje..huhu.

Begitu juga dengan gaya penceritaannya, KCB lebih menarik dan islamik drpd AAC. Tahniah buat pengarahnya kerana berjaya membuat diriku kagum! (^^)b

Read more…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers