Rumah > Genius?, Isu Semasa, Jarang ditemui, Perjalanan Hidup, Resepi Sedap, santai, Tazkirah, Teladan Hidup > Maklumat pensijilan HALAL di Malaysia ~semakan status produk

Maklumat pensijilan HALAL di Malaysia ~semakan status produk

Maklumat dikemaskini pada 10 Mac 2011

Direktori Halal

Maklumat Hotel

SMS : KEMUDAHAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Bagi meningkatkan kemudahan pengurusan pensijilan halal, kemudahan SMS  semakan status permohanan pensijilan halal telah disediakan melalui kemudahan MySMS 15888.
Format SMS semakan permohonan,

HALAL<>STATUS<>No. permohonan
Cth: HALAL STATUS 20091231101010
hantar ke 15888.

Format SMS semakan pemegang sijil halal

HALAL<>SEMAK<>No. Pendaftaran Syarikat (ROC)
Cth: HALAL SEMAK 12345X
hantar ke 15888.


PAUTAN PENTING HALAL

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)
Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)
Jabatan Agama Islam Perak
KPDNHEP
Jabatan Standard Malaysia
Fatwa berkaitan Halal
Jabatan Kimia
Halal Industry Development Corporation (HDC)
Glosari Halal
Aditif Halal
Soalan Lazim Halal
Aduan Halal
Kementerian Pelancongan Malaysia

PERSOALAN TENTANG HALAL JAKIM MALAYSIA

1. APAKAH BADAN PENSIJILAN DAN LOGO HALAL LAIN YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM DI DALAM DAN LUAR NEGARA?
(a) Dalam negeri:
JAKIM mengiktiraf pensijilan halal yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Negeri (JAIN).

(b) Luar negara:
Terdapat 52 badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.
Maklumat badan dan logo tersebut boleh dicapai melalui portal halal di http://www.halal.gov.my atau risalah senarai badan pensijilan halal luar negara dari Bahagian Hab Halal, JAKIM.

2. BAGAIMANAKAH HENDAK MENGENALPASTI PRODUK IMPORT YANG BERADA DI PASARAN MENDAPAT PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF?
Pengguna boleh mengenalpasti produk tersebut melalui logo atau nama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf pada label produk tersebut.

3. APAKAH PERBEZAAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DENGAN SIJIL HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH BADAN SWASTA?
Perbezaan adalah seperti berikut :

(a) Pensijilan halal Malaysia:
i. dilaksanakan oleh badan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
ii. melalui standard dan prosedur yang telah ditetapkan;
iii. selaras dengan undang-undang yang berkaitan; dan
iv. sentiasa dipantau oleh pihak berwibawa.

(b) Pensijilan halal swasta dilaksanakan oleh pihak yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan.

4. ADAKAH TERDAPAT KERJASAMA ANTARA SYARIKAT SWASTA DENGAN KERAJAAN DALAM PROSES UNTUK MENDAPATKAN SIJIL HALAL?
Sehingga kini, tiada kerjasama antara Kerajaan dan pihak swasta dalam melaksanakan pensijilan halal Malaysia.

5. BOLEHKAH PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DIKEMUKAKAN SECARA MANUAL?
Tidak. Setiap pemohonan pensijilan halal Malaysia hendaklah dipohon terus secara atas talian (online) melalui portal halal http://www.halal.gov.my.

6. BOLEHKAH PERMOHONAN LUAR NEGARA DIKEMUKAKAN SECARA ONLINE?
Ya. Setiap pemohonan pensijilan halal Malaysia boleh dipohon melalui portal halal http://www.halal.gov.my/international.

7. APAKAH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA?
Pensijilan halal Malaysia menggunapakai undang-undang seperti berikut :

i. Akta Perihal Dagangan 1972 (Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal)
1975) yang menjelaskan takrif halal dan penyediaan makanan halal dari segi hukum
syarak serta kesalahan pemalsuan bahan mentah dan dokumen halal (KPDNKK);

ii. Akta Makanan 1983 (Kementerian Kesihatan) – berhubung perlabelan, amalan kebersihan
dan keselamatan makanan;

iii. Veterinary Public Health Ordinance 1999 [Akta Binatang 1953 (semakan 2006), Akta
Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan
Negara (Pembubaran), 1983 (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)- berhubung penternakan
haiwan, kawalan penyakit dll.], Sabah Slaughter House Rules, 2003;

iv. Akta Kastam 1967 (Larangan Mengenai Import 1998)- berhubung import/eksport daging
halal;

v. Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 2001, Enakmen Majlis 2004 (Sabah),
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri;

vi. Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan;

vii. Akta Cap Dagangan 1976; dan

viii. Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 (pindaan 2010).

8. ADAKAH PENGGUNAAN LOGO HALAL DI DALAM IKLAN PERLU MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA JAKIM/MAIN/JAIN?
Tidak perlu. Walaubagaimanapun pihak berkuasa yang meluluskan iklan perlu merujuk kepada JAKIM untuk pengesahan.

9. ADAKAH LOGO HALAL BOLEH DICETAK PADA KATALOG / BROSUR/ BULETIN / KAD NAMA / KEPALA SURAT SYARIKAT DAN SEBAGAINYA?
Tidak boleh. Logo halal hanya boleh dicetak pada produk yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia sahaja.

10. ADAKAH STATUS HALAL PRODUK LUAR NEGARA YANG DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM / MAIN / JAIN DIPAPAR DAN DIKEMASKINI DALAM PORTAL HALAL?
Ya. Status halal produk luar negara yang disahkan halal oleh JAKIM / MAIN / JAIN dipaparkan dan sentiasa dikemaskini dari masa ke masa dalam portal halal.

11. SELAIN DARIPADA JAKIM, ADAKAH TERDAPAT BADAN PENGELUAR PENSIJILAN HALAL DI MALAYSIA?
Ya. Terdapat badan-badan swasta yang turut mengeluarkan pensijilan halal di Malaysia.

12. ADAKAH SIJIL HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK SWASTA DIIKTIRAF OLEH JAKIM?
Tidak.

13. ADAKAH JAKIM AKAN MENETAPKAN PERATURAN BAHAWA HANYA LOGO HALAL MALAYSIA YANG DIKELUARKAN OLEH JAKIM/MAIN/JAIN SAHAJA YANG AKAN DIIKTIRAF DI MALAYSIA PADA MASA AKAN DATANG?
Ya;

(a) Dalam Negara
JAKIM hanya akan mengikitiraf sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM/MAIN/JAIN. Di samping itu, JAKIM tidak mengiktiraf sijil halal yang dikeluarkan oleh badan swasta di Malaysia.

(b) Luar Negara
JAKIM mengiktiraf logo halal yang dikeluarkan oleh 52 badan Islam luar negara. (Senarai penuh logo-logo yang berkaitan boleh didapati di portal halal http://www.halal.gov.my).

14. ADAKAH EKSEKUTIF HALAL/ JAWATANKUASA HALAL DALAMAN TERMASUK DALAM SYARAT PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA?
Merujuk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, Eksekutif Hala / Jawatankuasa Halal Dalaman adalah wajib bagi syarikat multinasional dan industri kecil sederhana sahaja.

15. APAKAH TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN EKSEKUTIF HALAL/ JAWATANKUASA HALAL DALAMAN?
Eksekutif Halal/ Jawatankuasa Halal Dalaman memainkan peranan dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem kawalan halal dalaman.

16. BAGI SYARIKAT DI LUAR NEGARA YANG SUKAR/TIDAK MEMPUNYAI EKSEKUTIF HALAL/JAWATANKUASA HALAL DALAMAN, BOLEHKAH SEKIRANYA PIHAK SYARIKAT MELANTIK PIHAK LUAR SEBAGAI PEMANTAU/AUDITOR LUAR?
Ya, syarikat di luar negara yang sukar/tidak mempunyai Eksekutif Halal/Jawatankuasa Halal Dalaman, boleh melantik badan Islam yang diiktiraf sebagai pemantau/auditor luar.

17. APAKAH FATWA-FATWA YANG BOLEH DIRUJUK DALAM PERMASALAHAN HALAL?
Fatwa yang berkaitan dengan halal boleh dirujuk di pautan e-fatwa : http://www.e-fatwa.gov.my

18. APAKAH PERBEZAAN ANTARA PENSIJILAN HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH JAKIM DAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI/JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI?
Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Exco-Exco Agama pada tahun 1998 menetapkan bahawa :

1) Skop pensijilan halal bagi pihak MAIN/JAIN adalah untuk pasaran tempatan; dan
2) Skop pensijilan halal bagi JAKIM ialah diperingkat persekutuan dan bagi produk-produk yang akan di eksport ke luar negara.

(Walaubagaimanapun, apabila pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dan 1975 diluluskan oleh Parlimen, skop pensijilan halal bagi MAIN/JAIN dan JAKIM adalah sama).

19. APAKAH SYARAT TAMBAHAN PENGGUNAAN LOGO HALAL MALAYSIA?
Syarat tambahan adalah seperti berikut:

a) Penggunaan logo halal Malaysia pada label produk hendaklah disertai dengan nombor
standard yang berkaitan mengikut kategori (bagi produk – MS1500:2009, kosmetik dan
penjagaan diri – MS2200 :Part 1:2008) dan 10 digit nombor rujukan syarikat. Pelaksanaan
peraturan ini bermula pada 1 Julai 2011 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2012
(penggunaan logo);

b) Penggunaan pelekat logo halal bagi premis makanan akan dilaksanakan bermula 1 Januari
2011. Pemegang SPHM sedia ada diberi tempoh selama enam bulan dari tarikh tersebut
untuk melaksanakan peraturan ini.

20. APAKAH KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH ENJIN PENCARIAN BAGI DIREKTORI HALAL DI LAMAN WEB WWW.HALAL.GOV.MY (CONTOH: PREMIS, PRODUK DAN LAIN-LAIN)?
Pengguna boleh mendapatkan maklumat produk / premis makanan / syarikat yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dengan mudah di enjin carian direktori halal dengan cara memasukkan kata kunci yang dikehendaki.

Contoh: Ayam

Semua maklumat yang berkaitan dengan ayam akan disenaraikan mengikut kategori sama ada syarikat/ produk / premis makanan / rumah sembelih.

21. BAGAIMANAKAH AGENSI YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM INDUSTRI HALAL DAPAT MEMBANTU JAKIM/MAIN/JAIN MELAKSANAKAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA?
JAKIM/MAIN/JAIN mengalu-alukan penglibatan agensi yang terlibat secara langsung dalam industri halal untuk bersama-sama memartabatkan pensijilan halal Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa melalui pelbagai bentuk kerjasama.

22. BOLEHKAH PENGILANG MENGISI MAKLUMAT RAMUAN PADA BORANG E-HALAL SECARA BERASINGAN DARIPADA PEMOHON UNTUK TUJUAN KERAHSIAAN? BAGAIMANAKAH CARANYA?
Ya.

Pemohon perlu mewujudkan akaun pengilang dengan cara :

i) Klik pada �Kilang Pengeluar‟;

ii) Klik �Tambah‟ dan masukkan maklumat kilang;

iii) Klik �Simpan‟;

iv) Klik �Kata Laluan‟;

v) Kotak ID dan Kata Laluan akan dipaparkan; dan

vi) Pemohon perlu memaklumkan ID dan Kata Laluan kepada pengilang bagi membolehkan
pengilang mengisi maklumat ramuan.

23. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGISI PENAMBAHAN DAN PEMBAHARUAN PRODUK DI LAMAN WEB HALAL MALAYSIA?
Cara mengisi penambahan produk adalah seperti berikut:

i) Log masuk akaun;

ii) Klik pada senarai ramuan di Maklumat Permohonan;

iii) Klik pada butang tambah dan masukkan data dalam pop-up, kemudian klik butang
Simpan dan Tutup;

iv) Klik pada Permohonan Sijil di Maklumat Permohonan;

v) Pilih kategori sama ada permohonan baru / penambahan / pembaharuan;

vi) Isi maklumat yang berkaitan sehingga lengkap dan klik butang simpan; dan

vii) Klik butang �Hantar permohonan ini‟.

Nota:
Penambahan dan pembaharuan hendaklah dipohon secara berasingan.

24. ADAKAH TERDAPAT MANUAL PEMOHON SISTEM E-HALAL SELAIN DARIPADA BAHASA MELAYU?
Tidak. Manual pemohon dalam pelbagai bahasa masih dalam proses penyediaan.

25. APAKAH YANG PERLU PEMOHON LAKUKAN JIKA TERLUPA �PASSWORD� DAN �USERNAME� ATAU TIDAK BOLEH �SIGN IN� UNTUK SISTEM E-HALAL?
Pemohon boleh menghubungi Unit Proses, Bahagian Hab Halal di talian 03-83150200 untuk mendapatkan kata laluan sementara.
(Hari bekerja sahaja : 8.00 pagi � 5.00 petang)

26. BERAPA LAMAKAH MASA YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENDAPAT SIJIL HALAL SELEPAS PENDAFTARAN ONLINE ?
Untuk permohonan dalam negara, masa yang diambil adalah tidak melebihi 30 hari bekerja selepas bayaran diterima dengan syarat pemohon mematuhi semua keperluan dan prosedur pensijilan halal.

Manakala untuk permohonan luar negara, masa yang diambil ialah 60 hari bekerja dengan syarat pemohon mematuhi semua keperluan dan prosedur pensijilan halal.

27. APAKAH PROSES YANG TERLIBAT SEPANJANG PERMOHONAN?
Umumnya, proses yang terlibat ialah:

1) Semakan borang e-Halal dan dokumen sokongan;
2) Penerimaan bayaran yuran pensijilan;
3) Pengauditan dan penyediaan laporan audit;
4) Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia; dan
5) Pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

28. APAKAH DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA?
Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan adalah mengikut kategori seperti berikut:

Kategori produk :

i) Salinan sijil pendaftaran syarikat;
ii) Salinan lesen perniagaan dari PBT;
iii) Penyata kewangan syarikat;
iv) Salinan kad pengenalan & surat perlantikan dua orang pekerja Muslim warganegara
berstatus tetap di bahagian pengeluaran;
v) Salinan sijil pendaftaran produk dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
bagi ubat-ubatan tradisional dan makanan tambahan kesihatan;
vi) Salinan nota notifikasi dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bagi produk
kosmetik dan dandanan diri;
vii) Salinan sijil halal ramuan yang masih sah dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan
badan Islam luar negara yang diiktiraf;
viii) Salinan spesifikasi produk bagi setiap bahan ramuan;
ix) Contoh label pembungkusan / graphic artwork bagi produk yang akan disahkan halal;
x) Carta aliran proses bagi setiap produk;
xi) Peta lokasi premis / kilang; dan
xii) Surat Akujanji bagi permohonan pembaharuan tanpa perubahan ramuan dan pembekal.

Kategori premis makanan :

i) Salinan sijil pendaftaran syarikat;
ii) Salinan lesen perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
iii) Salinan kad pengenalan & surat perlantikan dua orang tukang masak /pengendali makanan
Muslim warganegara berstatus tetap di setiap outlet/premis/dapur;
iv) Salinan sijil halal ramuan dari yang masih sah dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan
badan Islam luar negara yang diiktiraf;
v) Salinan spesifikasi produk bagi setiap bahan ramuan; dan
vi) Peta lokasi premis.

Kategori Rumah Sembelih :

i) Salinan sijil pendaftaran syarikat;
ii) Salinan lesen perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
iii) Salinan permit import dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi daging/produk berasaskan
haiwan. (Jika berkaitan);
iv) Salinan VHM/VHC daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar;
v) Salinan kad pengenalan penyembelih, checker dan penyelia;
vi) Salinan surat tauliah penyembelih tetap dari Jabatan Agama Islam Negeri; dan
vii) Peta lokasi rumah sembelih.

29. APAKAH BAHAN-BAHAN MENTAH YANG SERING MENJADI ISU UTAMA UNTUK MEMENUHI SYARAT-SYARAT PENSIJILAN LOGO HALAL MALAYSIA?
Bahan mentah tersebut ialah bahan mentah yang bersumberkan haiwan dan arak (khamar).

(Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Handbook Of Halal Food Additives yang dikeluarkan oleh JAKIM).

30. APAKAH SYARAT BAGI PERMOHONAN YANG MELIBATKAN NAMA PRODUK/MENU DALAM BAHASA ASING?
Nama produk/menu dalam bahasa asing perlu diterjemah terlebih dahulu ke dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Sekiranya terjemahan dilakukan sendiri oleh pemohon, maka pengesahan terjemahan perlu dilakukan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

31. ADAKAH PRODUK FARMASEUTIKAL TERMASUK DI DALAM SKOP PENSIJILAN HALAL MALAYSIA?
Tidak. Produk farmaseutikal tidak termasuk di dalam skop Pensijilan Halal Malaysia.

32. ADAKAH PRODUK YANG DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI PERALATAN PERUBATAN OLEH BAHAGIAN KAWALAN PERALATAN PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TERMASUK DI DALAM SKOP PENSIJILAN HALAL MALAYSIA?
Tidak, produk yang diklasifikasikan sebagai peralatan perubatan oleh Bahagian Kawalan Peralatan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak termasuk di dalam skop Pensijilan Halal Malaysia.

33. APAKAH YANG MENJADIKAN SESUATU BAHAN RAMUAN ITU DIANGGAP KRITIKAL?
Sesuatu bahan ramuan itu dianggap kritikal sekiranya melibatkan unsur-unsur haiwan seperti minyak dan lelemak serta alkohol (arak).

34. APAKAH YANG MEMBEZAKAN DI ANTARA RAMUAN KRITIKAL DENGAN RAMUAN SEPARA KRITIKAL DAN RAMUAN TIDAK KRITIKAL?
Perbezaan di antara ramuan kritikal, separa kritikal dan ramuan tidak kritikal adalah seperti berikut :

Kritikal :

i) Produk daging & hasilan daging;
ii) Tenusu & hasilan tenusu;
iii) Fosfat;
iv) Emulsifier;
v) Gelatin & Produk berasaskan gelatin;
vi) Minyak & Lelemak;
vii) Penambah Perisa;
viii) Yis;
ix) Surimi;
x) Improver;
xi) Stabilizer /cloudifier;
xii) Antioksidan;
xiii) Protein dan terbitannya;
xiv) Asid Amino;
xv) Egg white powder;
xvi) Glazing agent;
xvii) Seasoning ( Perisa );
xviii) Kultur;
xix) Coconut cream powder;
xx) Serbuk agar-agar;
xxi) Chocolate coating;
xxii) Enzim;
xxiii) Kolagen; dan
xxiv) Vitamin larut lemak ( A,D,E,K ).

Separa Kritikal :

i) Cuka;
ii) Pes/ Premix/ Inti/ Concentrate;
iii) Sos/Kicap;
iv) Pewarna/ Colouring;
v) Modified Starch;
vi) Lecithin;
vii) Mee/ Kueh Tiaw;
viii) Tauhu Kering ( Fu-chuk); dan
ix) GDL ( Glucuno-delta-lactone ).

Tidak Kritikal :

i) Semulajadi/ tumbuhan/ ikan/ makanan laut;
ii) Kimia;
iii) Pemanis semulajadi;
iv) Essential Oil;
v) Chitosan;
vi) Thickener;
vii) Texturizer;
viii) Calcium propionate;
ix) CMC ( Carboxymethylselulose );
x) Antifoam;
xi) Antimikrob;
xii) Vitamin C ; dan
xiii) Ekstrak.

35. ADAKAH �PERAKUAN PERSENDIRIAN� (SELF DECLARATION) TENTANG SUMBER SESUATU BAHAN RAMUAN BOLEH DITERIMA?
Tidak, �perakuan persendirian� tentang sumber sesuatu bahan ramuan tidak boleh diterima dalam pensijilan halal Malaysia.

36. SEKIRANYA TIADA SALINAN SIJIL HALAL YANG DIIKTIRAF BAGI BAHAN RAMUAN DIKEMUKAKAN, APAKAH YANG PERLU DIBUAT OLEH PEMOHON?
Pemohon boleh mengemukakan spesifikasi produk/ Material Safety Data Sheet (MSDS)/ Certificate of Analysis (COA) daripada makmal yang diiktiraf.

37. ADAKAH MAKLUMAT TENTANG STATUS HALAL TERKINI PREMIS MAKANAN/RUMAH SEMBELIHAN /PRODUK / LOGISTIK DI PORTAL E-HALAL SENTIASA DIKEMASKINI UNTUK PANDUAN PENGGUNA?
Ya. Status halal sentiasa dikemaskini sebaik sahaja produk / premis makanan/ rumah sembelih/logistik mendapat pengesahan halal.

38. BAGAIMANA BAHAN-BAHAN ATAU BARANGAN YANG DIHASILKAN OLEH INDUSTRI KECIL HENDAK DIGUNAKAN DI MANA KEBANYAKKAN MEREKA TIDAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL?
Bahan atau barangan yang dihasilkan oleh industri kecil boleh digunakan selagi bahan ramuan dan proses pembuatan memenuhi keperluan syarak, tidak meragukan dan mematuhi Akta Makanan Malaysia 1983.

39. ADAKAH BAHAN MENTAH YANG SUMBERNYA BUKAN DARIPADA BINATANG SEPERTI DARIPADA SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN, BUNGA-BUNGAAN, AKAR-AKAR KAYU DAN LAIN-LAIN MEMERLUKAN PENSIJILAN HALAL?
Bahan – bahan mentah semulajadi yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan seperti yang dinyatakan tidak memerlukan sijil halal tetapi sekiranya bahan�bahan tersebut telah diproses menjadi produk, pemohon perlu melampirkan sijil halal atau produk spesifikasi.

40. ADAKAH BAHAN MENTAH DARI SUMBER/BINATANG AIR-SUNGAI, TASIK DAN LAUT JUGA MEMERLUKAN SIJIL HALAL?
Tidak perlu. Apa yang penting bahan mentah tersebut tidak diperoleh daripada kawasan yang tercemar atau beracun dan menekankan aspek kebersihan ketika memproses bahan tersebut.

41. ADAKAH BAHAN MENTAH DARI LUAR NEGARA YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL DARI BADAN YANG DIIKTIRAF/DISAHKAN OLEH NEGARA PENGELUAR ASAL BOLEH DITERIMA DAN DIGUNAKAN?
Boleh. Bahan mentah dari luar negara yang menggunakan sijil halal dari badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di negara asal pengeluar boleh digunakan dalam pengeluaran produk di Malaysia manakala untuk produk bersumberkan daging perlu mendapatkan permit masuk dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

42. BAGAIMANA DENGAN RAMUAN MENTAH YANG DIBUAT SENDIRI OLEH CHEF DI DAPUR HOTEL DARI BAHAN-BAHAN YANG HALAL (TETAPI TIADA SIJIL HALAL DARI PUNCANYA)?
Boleh, sekiranya bahan ramuan yang digunakan tersebut tidak kritikal.

43. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGGUNA SEKIRANYA MENDAPATI SIJIL HALAL YANG DIPAPARKAN OLEH PIHAK PENGUSAHA MAKANAN TIDAK MENEPATI PIAWAIAN (SEPERTI TARIKH LUPUT)?
Pengguna boleh mengemukakan aduan kepada Bahagian Hab Halal JAKIM secara bertulis, bersemuka, telefon atau emel.

44. BOLEHKAH BAHAN – BAHAN MENTAH YANG TIDAK HALAL SEPERTI ARAK DISIMPAN DI KAWASAN STOR YANG MENYIMPAN BAHAN – BAHAN MENTAH HALAL YANG KERING?
Tidak boleh. Bahan-bahan mentah yang tidak halal seperti arak tidak boleh disimpan di kawasan stor yang menyimpan bahan – bahan mentah halal yang kering.

Rujukan:

1. MS 1500:2009 (Klausa 2.4 (f) & 3.6.1)

45. SEKIRANYA TUKANG MASAK MUSLIM YANG DITUGASKAN DI DAPUR HALAL TIDAK DAPAT HADIR BEKERJA DAN TIADA PENGGANTI YANG BERAGAMA ISLAM, ADAKAH MENJADI KESALAHAN DAN MENJEJASKAN SIJIL HALAL YANG DIPEROLEH JIKA TUKANG MASAK BUKAN ISLAM DITUGASKAN UNTUK SEMENTARA?
Ya, ia merupakan satu kesalahan.

Merujuk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) klausa 8.5.1(c ): perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 (dua) orang tukang masak Muslim atau lebih pada setiap masa.

46. APAKAH TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM MENENTUKAN KUALITI DAN KANDUNGAN BAHAN MENTAH?
Antara teknik yang digunapakai ialah:

1) Pemerhatian dari segi visual;
2) Pemeriksaan dokumen seperti spesifikasi produk, Material Safety Data Sheet (MSDS);
3) Salinan sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM/MAIN/JAIN; dan
4) Ujian makmal (jika perlu).

47. APAKAH KAEDAH LAIN YANG DIGUNAPAKAI OLEH PIHAK JAKIM/MAIN/JAIN KEPADA PENGUSAHA YANG TIDAK MEMBUAT KALIBRASI PERALATAN SEPERTI PETI SEJUK BAGI MENCAPAI SUHU PENYIMPANAN YANG DITETAPKAN?
Pihak syarikat perlu mempunyai rekod pemantauan dan penyelenggaraan peralatan.

48. BOLEHKAH PERALATAN DAPUR SEPERTI PINGGAN MANGKUK YANG DIPERBUAT DARIPADA BONE CHINA DIGUNAKAN DI DAPUR YANG DISAHKAN HALAL?
Peralatan dapur seperti pinggan mangkuk yang diperbuat daripada bone china tidak boleh digunakan di dapur yang disahkan halal.

49. APAKAH JENIS KESALAHAN YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN OLEH JAKIM?
Ada 3 kategori kesalahan :

1) Kecil : diberi peringatan;
2) Besar : Sijil Pengesahan Halal digantung sementara; dan
3) Serius : Sijil Pengesahan Halal ditarikbalik.

Kategori Kesalahan
Setiap kesalahan boleh dikategorikan seperti berikut :-

i. Kesalahan kecil
Kesalahan teknikal yang boleh diberi amaran dan arahan pembetulan oleh pegawai pemantauan:

1. Kebersihan premis;
2. Kebersihan peralatan;
3. Kebersihan pekerja;
4. Kebersihan persekitaran;
5. Kawalan makhluk perosak;
6. Lain-lain kesalahan berkaitan kebersihan dan sanitasi;
7. Pengendali makanan tidak mendapat pelalian anti Thyphoid;
8. Gagal mengemukakan dokumen yang dikehendaki oleh pegawai pemeriksa; dan
9. Perubahan/penambahan pengeluar bahan ramuan yang mempunyai sijil pengesahan halal tanpa memaklumkan secara bertulis kepada JAKIM/MAIN/JAIN.

ii. Kesalahan Besar
Kesalahan teknikal yang boleh dikenakan tindakan penggantungan sijil pengesahan halal Malaysia oleh pegawai pemeriksa dan perlu dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad.

1. Perubahan/penambahan pembekal/pengeluar yang tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM/MAIN/JAIN;
2. Perubahan/penambahan pembekal/pengeluar yang tidak mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal yang diiktiraf;
3. Menggunakan logo halal Malaysia pada produk yang tidak terdapat di dalam sijil pengesahan halal Malaysia;
4. Pemalsuan sijil halal atau penyalahgunaan logo halal Malaysia;
5. Memberi pinjam/serah sijil pengesahan halal asal kepada premis atau syarikat lain;
6. Mengubahsuai maklumat yang terdapat pada sijil pengesahan halal Malaysia;
7. Menukar atau menambah bahan ramuan yang telah diisytiharkan di dalam borang permohonan tanpa kebenaran bertulis daripada JAKIM/ JAIN/MAIN;
8. Tiada pekerja Muslim warganegara Malaysia sekurang-kurangnya dua orang di kawasan pemprosesan/dapur;
9. Mengguna dan mempamerkan sijil pengesahan halal yang tamat tempoh;
10. Alat penyembahan agama terletak di kawasan pemprosesan/ dapur;
11. Tidak mematuhi mana-mana piawaian halal Malaysia yang berkaitan;
12. Gagal mematuhi arahan pembetulan kesalahan kecil;
13. Tidak mematuhi mana-mana piawaian pensijilan halal Malaysia;
14. Terdapat haiwan di kawasan premis; dan
15. Asrama/tempat penginapan pekerja dalam kawasan premis.

iii. Kesalahan Serius
Kesalahan yang melibatkan kesalahan syariah dan teknikal yang boleh ditarikbalik sijil pengesahan halal Malaysia oleh pegawai pemeriksa dan perlu dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad.

Kesalahan syariah: Kesalahan yang melibatkan hukum syarak.

1. Pengesahan status haram oleh autoriti agama yang diiktiraf terhadap produk/bahan ramuan/peralatan dan lain-lain;
2. Penggunaan bahan haram setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Percampuran/penyimpanan antara bahan halal dengan bahan haram;
3. Penyimpanan produk halal dengan produk haram;
4. Peralatan yang digunakan bercampur aduk antara halal dan haram;
5. Memproses haiwan yang tidak sempurna sembelihannya; dan
6. Penggunaan alat stunning sehingga menyebabkan haiwan mati atau hayat mazbohah.

Kesalahan teknikal: Kesalahan yang tidak melibatkan hukum syarak.

1. Pemindahan premis/kilang tanpa memaklumkan kepada JAKIM/MAIN/JAIN;
2. Perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa memaklumkan kepada JAKIM/MAIN/JAIN;
3. Penyembelih dan checker tidak memiliki tauliah atau tauliah penyembelih telah tamat tempoh;
4. Kejutan (stunning) bagi pelalian haiwan tidak mengikut standard yang ditetapkan;
5. Alat kejutan (stunner) dikawal oleh pekerja bukan Muslim; dan
6. Membawa masuk bahan haram ke premis atau syarikat yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia ( SPHM).

Menggunakan bahan terlarang yang dikuatkuasakan di bawah Akta Makanan dan Undang-undang berkaitan.

50. APAKAH TINDAKAN BOLEH DIAMBIL JIKA SABIT KESALAHAN?
Jika disabit kesalahan maka boleh diambil tindakan:

Seksyen 18 (1)
Seseorang termasuk pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain melakukan kesalahan di bawah akta ini, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak lebih daripada:

i. Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ribu (RM100,000.00) atau
ii. penjara tidak lebih daripada tiga (3) tahun atau
iii. kedua-duanya.

Bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian:

i. denda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia : Dua Ratus Ribu (RM200,000.00) atau
ii. penjara tidak lebih daripada enam (6) tahun atau
iii. kedua-duanya.

51. APAKAH TINDAKAN SUSULAN OLEH PIHAK JAKIM/MAIN/JAIN SEKIRANYA SIJIL HALAL DIGANTUNG ATAU DITARIKBALIK?
Sekiranya pemegang sijil halal melakukan kesalahan besar atau serius, sijil halal akan ditarik serta merta dan tindakan susulan yang diambil oleh JAKIM/MAIN/JAIN adalah seperti berikut:

a. Sijil Halal yang digantung

Notis pemeriksaan dan notis penggantungan akan dikeluarkan serta merta. Laporan
terperinci akan di bentangkan kepada Panel Pengesahan Halal.

Tempoh maksima maklumbalas tindakan pembetulan yang diberi adalah 14 hari bermula
dari tarikh pemeriksaan penguatkuasaan dijalankan.

b. Sijil Halal yang ditarikbalik

Notis pemeriksaan dan notis penarikan sijil dikeluarkan dan syarikat adalah tidak dibenarkan
menggunakan logo halal pada produk yang dikeluarkan dengan serta merta.
Setelah dipersetujui oleh Panel Pengesahan Halal, hebahan penarikan sijil tersebut kepada
masyarakat akan dibuat melalui sumber-sumber yang berkaitan.

Walaubagaimanapun, pihak syarikat boleh membuat rayuan atas penggantungan atau penarikan sijil halal dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemeriksaan dijalankan.

52. BILAKAH PIHAK SYARIKAT BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN SEMULA PENSIJILAN HALAL SETELAH TINDAKAN PENGGANTUNGAN ATAU PENARIKAN SIJIL DILAKUKAN?
Panel Pengesahan Halal mempunyai bidang kuasa untuk tidak membenarkan syarikat berkenaan untuk membuat permohonan semula dalam tempoh tertentu seperti 3 bulan, 6 bulan dan 12 bulan bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukan.

53. APAKAH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI OLEH JAKIM/MAIN/JAIN DALAM MENJALANKAN PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN HALAL?
Dalam pengurusan Pensijilan Halal oleh JAKIM/MAIN/JAIN, beberapa undang-undang dan akta berikut digunapakai dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan :-

1. Akta Perihal Dagangan 1972 dan Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan �Halal�) 1975 yang menjelaskan takrif halal dan penyediaan makanan halal dari segi hukum syarak serta kesalahan pemalsuan bahan mentah dan dokumen halal yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);

2. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 berhubung perlabelan, amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);

3. Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Animals Rules 1962, Animals (Importation) Order 1962 berhubung penternakan haiwan dan kawalan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV);

4. Akta Kastam 1967 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998 berhubung import daging halal oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia;Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997- Penandaan makanan halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri;

5. Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan; dan

6. Akta Cap Dagangan 1976 oleh KPDNKK.

Syarikat yang menyalahi mana-mana undang-undang dan akta yang berkuatkuasa di negara ini yang melanggar piawaian halal yang boleh menyebabkan sijil halal digantung atau ditarikbalik.

54. ADAKAH PEGAWAI JAKIM MEMPUNYAI SEBARANG KUASA DI SISI UNDANG-UNDANG UNTUK MENJALANKAN PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN?
KPDNKK telah melantik Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, semua Pegawai Hal Ehwal Islam dan semua Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hab Halal, JAKIM sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan di bawah APD 1972 mulai 15 April 2010 melalui Warta Kerajaan bertarikh 10 Jun 2010.

55. ADAKAH PENGUATKUASAAN HANYA MELIBATKAN JAKIM/JAIN/MAIN SAHAJA?
Tidak, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dengan kerjasama agensi berkaitan seperti KPDNKK, KKM, PBT, JPV, KASTAM, PDRM dan yang menggunapakai akta atau peraturan yang sedia ada.

56. APAKAH KAEDAH PEMERIKSAAN, PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN YANG DILAKSANAKAN OLEH JAKIM?
JAKIM melakukan pemeriksaan pemantauan secara mengejut melalui 2 kaedah :-

i. Pemantauan Berkala iaitu dilakukan ke atas pemegang sijil halal JAKIM sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pemantauan ini dijadualkan pada setiap bulan dengan keutamaan pemantauan ke atas syarikat yang berisiko tinggi iaitu produk yang berasaskan daging dan ayam, minyak dan lemak, rumah sembelih, tiada sistem kawalan halal, tiada eksekutif halal dan Jawatankuasa Halal Dalaman. Maka pemantauan akan dilakukan lebih dari sekali setahun. Sebaliknya bagi syarikat yang berisiko rendah, pemantauan hanya dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun

ii. Pemantauan Aduan Awam iaitu dilakukan bersama agensi penguatkuasa berkaitan seperti KPDNKK, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kastam, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain agensi yang difikirkan perlu.

57. ADAKAH LOGO HALAL BOLEH DIGUNAKAN SEBELUM SPHM DIKELUARKAN ATAU MENGGUNAKAN LOGO HALAL PADA PRODUK TAMBAHAN?
Tidak dibenarkan menggunakan logo halal sebelum SPHM dikeluarkan atau menggunakan logo halal pada produk tambahan walaupun produk tersebut halal mengikut hukum syarak. Jika sabit kesalahan maka SPHM boleh digantung dan diambil tindakan di bawah APD 1972.

58. APAKAH TINDAKAN JAKIM/JAIN/MAIN KE ATAS PEMILIK RESTORAN/PREMIS/SYARIKAT/PRODUK YANG MENGGUNAKAN LOGO HALAL PALSU INI?
JAKIM/JAIN/MAIN sebagai badan yang diiktiraf dalam pengurusan pensijilan halal bertindak sebagai pengesahan untuk penentuan hukum atau ketulenan sesuatu logo dan sijil halal. Jika terdapat pelanggaran piawaian halal yang ditetapkan, maka penguatkuasaannya akan dilaksanakan oleh KPDNKK. Jika pelanggaran piawaian halal ini dilakukan oleh pemegang sijil halal JAKIM/JAIN/MAIN, maka JAKIM/JAIN/MAIN boleh menggantung atau menarikbalik sijil halal tersebut dan pengusaha tidak dibenarkan menggunakan logo halal.

59. APAKAH AGENSI YANG MEMBUAT TINDAKAN PENGUATKUASAAN APD 1972 JIKA JAKIM HANYA BOLEH MENGGANTUNG ATAU MENARIK SIJIL HALAL SAHAJA?
JAKIM/MAIN/JAIN membuat pemantauan dan penguatkuasaan sijil dan logo halal bersama KPDNKK. Akta yang digunapakai dalam penguatkuasaan halal ialah Akta Perihal Dagangan 1972 yang dikuatkuasakan oleh KPDNKK. Jika didapati menggunakan logo halal JAKIM/MAIN/JAIN tanpa sijil, maka KPDNKK boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perihal Dagangan 1972. Jika menggunakan perbahasaan halal tetapi menjual perkara/bahan/produk tidak halal maka boleh diambil tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan � Halal� 1975.

60. BOLEHKAH SERBUAN YANG DIJALANKAN OLEH UNIT PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN HALAL DISERTAI OLEH PIHAK MEDIA?
Tidak boleh. Serbuan hanya melibatkan Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Halal dengan disertai agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

61. ADAKAH SIJIL HALAL MALAYSIA DIPERLUKAN UNTUK MENGIMPORT PRODUK DARI LUAR NEGARA KE MALAYSIA?
Sijil halal Malaysia tidak diperlukan untuk mengimport produk halal dari luar negara ke Malaysia. Namun begitu ia perlu mengikut kriteria seperti berikut :-

1) Bagi produk import yang telah mendapat pengesahan halal daripada badan pensijilan halal luar negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM boleh menggunakan sijil dan logo halal badan tersebut.

2) Bagi produk import yang telah mendapat pengesahan halal melalui wakil syarikat di Malaysia boleh menggunakan sijil dan logo halal Malaysia untuk pasaran Malaysia.

3) Bagi produk daging dan hasilannya, perlu mendapat kelulusan pengimportan terlebih dahulu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

62. ADAKAH PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL DIWAJIBKAN KEPADA SEMUA SYARIKAT KOSMETIK?
Tidak. Pensijilan halal Malaysia adalah terbuka kepada semua pihak yang berminat.

63. BERAPAKAH YURAN YANG DIKENAKAN BAGI KATEGORI PRODUK?
Yuran bagi kategori produk adalah seperti berikut:

i) Industri Kecil (IK) : RM200 bagi tempoh dua tahun
ii) Industri Kecil dan Sederhana (IKS) : RM800 bagi tempoh dua tahun
iii) Multinasional : RM1400 bagi tempoh dua tahun

64. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN TENTANG SURAT AKUJANJI?
Surat Akujanji ialah surat perakuan daripada pemohon bahawa permohonan pembaharuan produk yang dikemukakan tidak melibatkan sebarang perubahan ramuan dan pembekal.

65. ADAKAH PENGILANG (ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER-OEM) JUGA PERLU MEMILIKI SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA?
Ya.

66. BOLEHKAH SETIAP KILANG YANG BERADA DI BAWAH SATU PENGURUSAN/ PEMILIK YANG SAMA MENGEMUKAKAN SATU PERMOHONAN SAHAJA?
Tidak. Setiap kilang mesti memohon secara berasingan.

67. BOLEHKAH KILANG YANG MENGELUARKAN PRODUK HALAL DAN TIDAK HALAL MEMBUAT PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA?
Tidak boleh.

68. APAKAH PROSEDUR PERMOHONAN BAGI PRODUK LUAR NEGARA YANG DIBUNGKUS SEMULA (REPACK) DI MALAYSIA?
Prosedur adalah sama seperti permohonan biasa dan wajib melampirkan salinan Sijil Pengesahan Halal produk dari badan pensijilan halal yang diiktiraf.

69. APAKAH PROSES UNTUK MENDAPATKAN SIJIL HALAL MALAYSIA DARI SYARIKAT YANG BEROPERASI DARI LUAR NEGARA ?
Permohonan bagi Pensijilan Halal Malaysia luar negara perlu memenuhi syarat berikut :

1. Pemohon perlu mempunyai syarikat/ wakil syarikat di Malaysia;

2. Permohonan luar negara hanya melibatkan produk sahaja yang tidak berasaskan daging;

3. Produk yang dipohon adalah untuk pasaran Malaysia dan pengedaran untuk pasaran luar negara hendaklah melalui wakil syarikat di Malaysia;

4. Pengilang perlu melantik dua pekerja Muslim di bahagian pengeluaran atau menubuhkan jawatankuasa halal yang dianggotai oleh badan Islam yang diiktiraf;

5. Kadar yuran adalah seperti berikut :

i) Negara ASEAN (Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Laos, Vietnam dan Cambodia ialah RM 2100 bagi setiap kilang.

ii) Luar ASEAN ialah USD2100 bagi setiap kilang yang dipohon.

70. BERAPA LAMAKAH MASA YANG DIAMBIL BAGI MEMPROSES PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA?
Permohonan pensijilan halal luar negara mengambil masa tiga bulan untuk diluluskan.

71. ADAKAH PERLU BAGI SYARIKAT KOSMETIK UNTUK MENGEMUKAKAN SIJIL GMP KETIKA MEMBUAT PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL ?
Tidak, syarikat kosmetik tidak perlu mengemukakan Sijil GMP ketika membuat permohonan pensijilan halal.

72. APAKAH KOS YANG PERLU DITANGGUNG OLEH SYARIKAT DI LUAR MALAYSIA UNTUK MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA?
Kos yang perlu ditanggung oleh pihak syarikat adalah :

1) Kos penerbangan, penginapan dan pengangkutan di negara terbabit kecuali makan/minum.

2) Penerbangan yang melebihi 5 jam perlu menyediakan penerbangan kelas perniagaan bagi dua orang auditor syariah dan teknikal.

3) Pengurusan visa auditor syariah dan teknikal serta wakil syarikat hendaklah diuruskan oleh pemohon.

73. BOLEHKAH PRODUK BERASASKAN DAGING (BUKAN DAGING KHINZIR) YANG TIDAK MENDAPAT PENGESAHAN HALAL DISIMPAN DI DALAM FREEZER ATAU CHILLER YANG SAMA?
Tidak, ini kerana boleh menimbulkan kekeliruan status halal produk tersebut kepada pemohon dan auditor.

74. SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MELAKUKAN �TRACEABILITY� UNTUK PRODUK HALAL?
Pemohon bertanggungjawab untuk melakukan traceability untuk produk keluaran mereka.

75. BAGI BAHAN RAMUAN SEPARA KRITIKAL YANG TIDAK MELIBATKAN SEBARANG RAMUAN BERASASKAN HAIWAN SEPERTI CENDAWAN DALAM TIN, ADAKAH SPESIFIKASI PRODUK DIPERLUKAN?
Pemohon boleh melampirkan spesifikasi produk atau carta aliran produk yang diperolehi daripada pengeluar.

76. BERAPAKAH YURAN YANG DIKENAKAN BAGI KATEGORI PREMIS MAKANAN?
Yuran bagi premis makanan ialah RM200 setiap dapur atau outlet bagi tempoh dua tahun.

77. JIKA SESEBUAH HOTEL ITU MEMPUNYAI LEBIH DARIPADA SATU DAPUR, BOLEHKAH HOTEL MEMOHON HANYA SEBAHAGIAN DARIPADA DAPUR YANG ADA?
Boleh dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.

78. ADAKAH BUTCHERY DAN COLD KITCHEN BAGI KATEGORI PREMIS MAKANAN/HOTEL PERLU MEMOHON SIJIL HALAL?
Ya.

79. BOLEHKAN PIHAK HOTEL MEMAPARKAN SALINAN SIJIL HALAL PEMBEKAL MAKANAN YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM UNTUK MEYAKINKAN PENGGUNA TENTANG STATUS HALAL DI PREMIS?
Tidak boleh.

80. BOLEHKAH PERMOHONAN PERSIJILAN HALAL UNTUK DAPUR DISERTAKAN DENGAN SIJIL HALAL UNTUK RESTORAN?
Bagi hotel, permohonan hendaklah dibuat secara berasingan.

Bagi premis makanan lain, permohonan pensijilan halal dikhususkan kepada restoran yang merangkumi dapur.

81. PERLUKAH DIADAKAN �LOADING BAY� YANG KHAS UNTUK MENGENDALIKAN BAHAN-BAHAN MENTAH YANG TIDAK HALAL SEPERTI ARAK DAN DAGING KHINZIR?
Ya. Perlu diadakan �loading bay� yang khas untuk mengendalikan bahan-bahan mentah yang tidak halal seperti arak dan daging khinzir.

Rujukan:

1. MS 1500:2009 (Klausa 3.2.2)
2. MS 2400:2008
3. MPPHM

82. BAGAIMANAKAH CARA YANG BERKESAN PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MEMASTIKAN TIDAK BERLAKUNYA �POTENSI PENCEMARAN� DENGAN BAHAN-BAHAN MENTAH YANG TIDAK HALAL SEKIRANYA PIHAK HOTEL TIDAK BOLEH MENYEDIAKAN LOADING BAY YANG DIKHASKAN?
Pihak hotel perlu mewujudkan sistem kawalan halal yang berkesan yang merangkumi tindakan yang akan diambil sekiranya berlaku pencemaran.

83. PERLUKAH DIADAKAN �LALUAN KHAS� DAN JUGA �LIF KHAS� UNTUK MENGENDALIKAN BAHAN-BAHAN TIDAK HALAL SEPERTI DAGING BABI ATAU ARAK?
Ya, walaubagaimanapun pihak hotel perlu mewujudkan sistem kawalan halal berkesan yang merangkumi tindakan yang akan diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya pencemaran

84. ADAKAH GARIS PANDUAN KHUSUS DIKELUARKAN OLEH JAKIM UNTUK SUSUN ATUR DAPUR DI HOTEL BAGI MEMUDAHKAN PIHAK HOTEL MEMBUAT PENYESUAIAN DENGAN KEPERLUAN PENSIJILAN HALAL?
JAKIM/JAIN/MAIN tidak mengeluarkan apa-apa panduan khusus untuk susun atur dapur di hotel.

85. DI DALAM SATU STOR YANG SAMA, ARAK DISIMPAN DI SATU SUDUT DI MANA DINDING TELAH DIBINA UNTUK MENGASINGKAN ARAK DAN BAHAN-BAHAN MENTAH YANG LAIN DENGAN MENGGUNAKAN PINTU YANG BERBEZA. BOLEHKAH CARA PENYIMPANAN INI DITERIMA?
Boleh.

86. ADAKAH MAKANAN YANG DISEDIAKAN DARI DAPUR HOTEL YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL DIBAWA KE BILIK TETAMU MELALUI TEMPAT PENYEMBAHAN DI SATU-SATU LANTAI/TINGKAT HOTEL DITERIMA SAH HALALNYA?
Ya, halal.

Bagi tujuan pensijilan halal, alat penyembahan tidak boleh berada dikawasan pemprosesan (bermula loading bay hingga menu siap untuk dihidangkan).

87. BOLEHKAH PROSES PENCUCIAN GELAS MINUMAN ARAK MENGGUNAKAN DISH WASHER YANG SAMA DENGAN GELAS DARI DAPUR HALAL?
Boleh, sekiranya dengan tujuan untuk bilasan sahaja.

Sebaiknya disediakan �dishwasher� khas yang berbeza untuk dapur halal dan tidak halal.

88. ADAKAH PERLU ADA PENGASINGAN ANTARA PEKERJA DAN PERALATAN SOKONGAN SEPERTI PENYELENGGARAAN DAN KAWALAN KESELAMATAN MAKANAN YANG DIGUNAKAN UNTUK DAPUR HALAL DAN TIDAK HALAL.
Ya, bergantung kepada pengurusan hotel / syarikat selagi boleh mengelakkan daripada berlakunya pencemaran.

89. SEKIRANYA TERDAPAT KETIDAKPATUHAN SEMASA AUDIT LAPANGAN DIJALANKAN (NCR),APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEMOHON?
Pemohon perlu mengambil tindakan pembetulan mengikut tempoh masa bergantung bergantung kepada kategori NCR seperti yang berikut :

1) NCR Minor :
Tempoh masa yang diberikan adalah 2 minggu (maksimum). Sekiranya gagal mematuhi arahan, permohonan akan diputuskan gagal.

2) NCR Major :
Tempoh masa yang diberikan adalah 1 bulan sehingga 6 bulan (maksimum). Sekiranya gagal mematuhi arahan, permohonan akan diputuskan gagal.

90. THE USE OF ALCOHOL IN PERFUME,COSMETIC, DRUGS AND BEVERAGE.
National Fatwa Council has decided that the use of alcohol in perfume, cosmetic and drug are permissible. For beverages, the content of the alcohol must not exceed 0.01%.

Sumber daripada Laman Web Halal Jakim 2011 —> http://www.halaljakim.gov.my/

About these ads
  1. haizad
    Januari 20, 2010 at 11:49 am

    dapatkan widget pengesahan status halal dan direktori halal malaysia disini
    http://www.hdcglobal.com/portal/indices/index_221.html

  2. joe
    September 6, 2010 at 12:35 am

    pasal ape x boleh nk check status halal???????????????????????

  3. nadiah
    November 12, 2010 at 7:02 am

    salam.bagaimana nak cek status halal produk melalui sms?syukran

  4. Jun 16, 2011 at 1:29 am

    Saya heran dengan orang Melayu macam ksaya ni…kalau kata halalnya atau tak halalnya sesuatu perkara tersebut memang cepat nak cari penyelesaian…cari sana, sini, situ, sinun, sitok. Buka macam-mab=cam buku sumber rujukan…last-last cam tu juga…hantam SAje LA laBU JAWABNYA…Coba kita fikir sama-sama…kebanyakan asas dan sumber makanan dikeluarkan majoriti oleh bukan islam…mereka peduli ape halal haramnya…yang penting duit mereka maaasssuuuk…Kita Islam harus ingat dan tahu 99% sumber dan asas makan dikeluarkan oleh dunia bukan islam…eh tak ada otak ke orang islam ni…sampai nak makanpun orang kafir sediakan untuknye…

  5. Zul
    Disember 30, 2011 at 2:34 am

    Lagi 3 hari untuk tahun 2012, sila berkongsi dengan saudara Islam kita :)

    Denda RM250 Ribu Jika Guna Sijil Halal Tidak Sah – TV3
    http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Hanya_Logo_Halal_JAKIM_Boleh_Diguna_Mulai_1_Januari.html

    http://ondscene.my/pengguna/bermula-1-januari-2012-hanya-sijil-halal-diiktiraf-jakim-dibenarkan

  6. Mei 24, 2014 at 1:59 am

    TIADA SATU PUN SAYA JUMPA BERUS CAT BERLOGO HALAL JAKIM

  7. Mei 24, 2014 at 2:01 am

    ADAKAH PEKERJA RESTORAN MAMAK SEMUANYA DIWAJIB KAN ISLAM OLIH JAKIM

  8. Mei 24, 2014 at 2:03 am

    KEDAI DUA RINGGITYANG MENJUAL PRODUK DARI CINA KEBANYAKAN NYA MEPERSENDAKAN KALIMAH ISLAM AYAT AYAT SUCI DENGAN CARA MELETAKAN DIRAK PALING BAWAH TOLONG PANTAU

  1. Mac 30, 2011 at 10:46 pm
  2. Mac 30, 2011 at 10:49 pm

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: