Maklumat dikemaskini pada 10 Mac 2011

|
 |
SMS : KEMUDAHAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Bagi meningkatkan kemudahan pengurusan pensijilan halal, kemudahan SMS semakan status permohanan pensijilan halal telah disediakan melalui kemudahan MySMS 15888.
Format SMS semakan permohonan,
HALAL<>STATUS<>No. permohonan
Cth: HALAL STATUS 20091231101010
hantar ke 15888.
Format SMS semakan pemegang sijil halal
HALAL<>SEMAK<>No. Pendaftaran Syarikat (ROC)
Cth: HALAL SEMAK 12345X
hantar ke 15888.
|
PERSOALAN TENTANG HALAL JAKIM MALAYSIA
1. APAKAH BADAN PENSIJILAN DAN LOGO HALAL LAIN YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM DI DALAM DAN LUAR NEGARA?
(a) Dalam negeri:
JAKIM mengiktiraf pensijilan halal yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Negeri (JAIN).
(b) Luar negara:
Terdapat 52 badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.
Maklumat badan dan logo tersebut boleh dicapai melalui portal halal di www.halal.gov.my atau risalah senarai badan pensijilan halal luar negara dari Bahagian Hab Halal, JAKIM.
2. BAGAIMANAKAH HENDAK MENGENALPASTI PRODUK IMPORT YANG BERADA DI PASARAN MENDAPAT PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF?
Pengguna boleh mengenalpasti produk tersebut melalui logo atau nama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf pada label produk tersebut.
3. APAKAH PERBEZAAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DENGAN SIJIL HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH BADAN SWASTA?
Perbezaan adalah seperti berikut :
(a) Pensijilan halal Malaysia:
i. dilaksanakan oleh badan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
ii. melalui standard dan prosedur yang telah ditetapkan;
iii. selaras dengan undang-undang yang berkaitan; dan
iv. sentiasa dipantau oleh pihak berwibawa.
(b) Pensijilan halal swasta dilaksanakan oleh pihak yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan.
4. ADAKAH TERDAPAT KERJASAMA ANTARA SYARIKAT SWASTA DENGAN KERAJAAN DALAM PROSES UNTUK MENDAPATKAN SIJIL HALAL?
Sehingga kini, tiada kerjasama antara Kerajaan dan pihak swasta dalam melaksanakan pensijilan halal Malaysia.
5. BOLEHKAH PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DIKEMUKAKAN SECARA MANUAL?
Tidak. Setiap pemohonan pensijilan halal Malaysia hendaklah dipohon terus secara atas talian (online) melalui portal halal www.halal.gov.my.
6. BOLEHKAH PERMOHONAN LUAR NEGARA DIKEMUKAKAN SECARA ONLINE?
Ya. Setiap pemohonan pensijilan halal Malaysia boleh dipohon melalui portal halal www.halal.gov.my/international.
7. APAKAH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA?
Pensijilan halal Malaysia menggunapakai undang-undang seperti berikut :
i. Akta Perihal Dagangan 1972 (Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal)
1975) yang menjelaskan takrif halal dan penyediaan makanan halal dari segi hukum
syarak serta kesalahan pemalsuan bahan mentah dan dokumen halal (KPDNKK);
ii. Akta Makanan 1983 (Kementerian Kesihatan) – berhubung perlabelan, amalan kebersihan
dan keselamatan makanan;
iii. Veterinary Public Health Ordinance 1999 [Akta Binatang 1953 (semakan 2006), Akta
Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan
Negara (Pembubaran), 1983 (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)- berhubung penternakan
haiwan, kawalan penyakit dll.], Sabah Slaughter House Rules, 2003;
iv. Akta Kastam 1967 (Larangan Mengenai Import 1998)- berhubung import/eksport daging
halal;
v. Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 2001, Enakmen Majlis 2004 (Sabah),
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri;
vi. Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan;
vii. Akta Cap Dagangan 1976; dan
viii. Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 (pindaan 2010).
Read more…
Komen Terbaru