Rumah > Perjalanan Hidup, Personaliti, Teladan Hidup > Empati : Asas memahami orang lain.

Empati : Asas memahami orang lain.

Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya ada banyak karakter dan personaliti tersendiri dan ia mempengaruhi hubungan empatidengan orang lain. Memahami orang lain adalah sangat penting dan ia sebahagian daripada proses membina hubungan yang baik antara satu sama lain.

Konflik sering kali muncul apabila salah satu pihak tidak mampu membaca dan mengenal orang lain dengan baik berkaitan keperluan, kepentingan, harapan dan penghargaan yang diinginkan. Ia akan menjadi bertambah masalah apabila salah satu pihak mengharapkan orang lain memahami kehendak dirinya kepada pihak lain dengan cara yang kurang tepat lalu mengakibatkan berlakunya paksaan.

Banyak orang mempunyai tahap intelektual yang hebat tetap tidak memiliki kemampuan interpersonal yang baik, sehingga membuat orang lain tersinggung, kecewa, merasa disakiti dan diremehkan.

ISLAM mengajar kita supaya memahami orang lain bahawa setiap manusia sama di sisi Allah SWT, dan yang membezakan mereka adalah darjat ketaqwaannya.

Kenapa kita perlu memahami orang lain?

  1. setiap manusia memerlukan penghargaan, perlindungan dan ingin ditempatkan mengikut kebolehan dirinya.
  2. setiap orang akan memberikan respon yang berbeza tentang persekitarannya baik positif atau negatif
  3. suatu hubungan akan terjalin dengan baik jika berlakunya penerimaan, kesamaan persepsi dan keterbukaan yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan.
  4. memahami orang lain adalah satu cara untuk menghindari perbezaan yang terjadi mungkin disebabkan oleh kerangka sosial, budaya, nilai atau kepintaran.
  5. menghindari penolakan dan penghindaran pihak lain atas kemunculan salah satu pihak melalui pendekatan yang dapat diterima dan lebih mendorong pendamaian secara berterusan.
  6. menyatukan rencana atau tindakan bersama untuk penyelesaian konflik perlu dimulai dengan penyesuaian dan persamaan tujuan diantara wakil yang berkepentingan.

Penulis buku terkenal, Florence Litteur melalui bukunya PERSONALITY PLUS mengatakan terdapat empat pola watak utama manusia. Pola utama ini sangat membantu dalam memahami orang lain iaitu:-

  • Sanguinis (yang popular) – org yg cenderung ingin popular dan dikenali, berharap diterima dan disenangi orang lain.

- Suka bercakap dan memperkenalkan diri kepada org lain

- Sangat beremosi dan terbuka

– Kadang kala boleh berteriak ketawa dan adakalanya menangis tersedu-sedu.

– Sifat – sedikit pelupa, sukar untuk memberi tumpuan, fikiran yang singkat, dan hidup tidak teratur.

-Juga kurang mampu memberi komitmen dalam menepati masa, sering lupa pada janji. sebaliknya, jika disuruh melakukan sesuatu dengan cepat merespon untuk melakukannya dan terlihat seolah-olah benar hal itu akan dilakukannya.

-Ia selalu berusaha untuk membuktikan bahawa dirinya mampu dan segera melakukannya. Tetapi yang terjadi tidak ada satupun yang dilakukan.

  • Melankolis (yang sempurna) - org yg cenderung memiliki sifat yg bertentangan dengan Sanguinis. Memiliki karakter peribadi yang berdisiplin, teratur, rapi, bekerja tersusun.

- umumnya menyukai hal-hal yang bersifat fakta, data, angka dan sering memikirkan sesuatu secara mendalam.

- walaupun dlm perbincangan org sanguinis selalu mendominasi perbincangan, namun org melankolis cenderung menganalisis, memikirkan dan mempertimbangkan keputusan yang akan diambil secara mendalam.

- Selalu ingin serba sempurna (perfectionism), semuanya ingin baik dan teratur.

  • Koleris (yang kuat) – org yg suka mengatur orang-orang di sekelilingnya. memberi petunjuk dan memerintah, tidak mahu ada penonton dalam aktiviti. sesiapa yang ada dalam penglihatannya akan di suruh untuk melakukan sesuatu untuk kepentingannya.

- sifat ‘bossy’ membuatkan diri mereka tidak disukai dan dihindari oleh kawan-kawan.

- mereka selalunya tidak mahu mengalah dan sukar berkompromi.

- mereka memiliki rasa percaya diri yang tinggi, menganggap dirinya satu-satunya orang yg layak untuk menyelesaikannya.

-mereka sangat ‘goal oriented’, tegas, kuat, cepat dan tangkas mengerjakan sesuatu.

- bagi mereka, tiada istilah tidak mungkin. tidak mudah menyerah kalah dalam apapun.

  • Flegmatis (Cinta Damai) – org yg tidak suka pada konflik. bg mereka pendamaian itu penting dan ‘segalanya’

- mahu semua perselisihan harus diselesaikan tanpa kekerasan, tanpa tekanan dan berjalan dengan aman.

- jika muncul konflik (perselisihan, perbezaan pendapat dan pertengkaran) , mereka selalunya berusaha mencari solusi yang dpt diterima oleh semua pihak.

- suka mencurahkan tenaga, malah sanggup berkorban dan mengambil risiko asalkan masalah dpt diselesaikan.

- sifat – kurang bersemangat, kurang teratur dan cepat mengamuk.

- cenderung diam, suka menyelesaikan masalah dengan cara yg menyenangkan.

- menjadi pendengar yang baik dan sukar membuat keputusan dengan cepat. selalu menunda dan memanjangkan masa.

————————————————————-

pada suatu situasi, anda akan terjumpa ramai org yg berkerumun mengelilingi satu org yg asyik berbicara, maka pastinya para pendengar itu adalah jenis flegmatis dan yg sedang berbicara itu sang sanguinis. Kadang kala susah juga bila ingin berurusan dengan para flegmantis. ibarat keldai, “didorong mengamuk marah, tetapi apabila dibiarkan tidak mahu berjalan “. Jika anda berhadapan dengan org flegmatis, anda haruslah rajin memotivasi dan memberikan semangat agar mampu merubah dirinya.

————————————————————-

KEGAGALAN MEMAHAMI ORANG LAIN

Semua orang memiliki aset terbesar iaitu kemampuan mengenal dan memahami keperibadian orang lain. Ia memberi pengaruh terhadap kualiti hubungan dengan orang, masyarakat, kumpulan dan lain2.

Namun sering saja kegagalan dihadapi ketika orang lain yang diharapkan memberikan respon positif cenderung menolak, keberatan, kecewa, tidak terima bahkan lebih dari itu tetap berada didalam posisi yang bertentangan. Oleh itu, ada beberapa faktor mengapa seseorang gagal memahami orang lain:-

afraid (300 x 300)KETAKUTAN

ketika org tidak memahami org lain, mereka akan cenderung bereaksi dengan kekhuatiran dan ketakutan. Mereka mula merasa takut kpd org lain, mereka jarang mengatasi ketakutan dengan belajar lebih banyak untuk memahami org yg dihadapi, sehingga menjadi sukar untk melibatkan diri dalam situasi yg lebih terbuka.

SIKAP EGOego

Tidak menghiraukan keadaan org lain disekitarnya dan sering memenangkan diri sendiri. kadang kala secara tidak sengaja bersikap egois kerana lebih cenderung mendahulukan kepentingan dan keperluan diri sendiri sebelum org lain. dalam mengubah sikap ini, anda perlu selalu melihat sesuatu dari sudut pandangan org lain.

difference_visuelKURANG MENGHARGAI PERBEZAAN

selalunya org tidak kisah akan perbezaan personaliti setiap individu dan cara pihak lain mengambil keputusan, cara belajar menghargai perbezaan yg mungkin dihadapi. Menghilangkan sikap egois apabila bertemu pendapat yang berbeza. Disamping itu perlu meningkatkan kualiti diri untuk memahami dan mengenal bahawa setiap manusia merupakan makhluk yg unik. Belajarlah menghargai perbezaan terhadap org disekitar anda. Keunikan, aneka ragam dan sikap yg variasi merupakan sesuatu yg menarik dalam hubungan antara manusia.

SUKAR MENGAKUI PERSAMAAN

Ketika anda belajar memahami org lain dengan mendengar, memberi peluang dan menghargai org lain, anda akan sedar bahawa setiap org memiliki banyak persamaan. Semua org akn bereaksi emosional terhadap peristiwa, kejadian dan lingkungan di sekitarnya jika terjadinya sesuatu yang tidak adil. Bukalah pemikiran dan hayati bahawa anda berada pada tempat yg sama seperti mereka (empati) seolah mereka adalah diri anda yg akn merasakan perlakuan yg sama, sehingga lebih arif bertindak dan mengambil keputusan.

BAGAIMANA MEMAHAMI ORANG LAIN???

Salah satu cara untuk menilai apa yg diperlukan org lain sbg kunci membuka dan mengenal sikap seseorg di senaraikan lima perkara seperti dibawah :-

  1. Semua org ingin dianggap penting – semua org mmg berharap seadanya dia memberi erti kepada org lain. sekecil manapun yg dpt dilakukan selalunya akan mengharapkan respon positif dari org lain dlm bentuk penghargaan, ucapan terima kasih dan pengakuan.
  2. Mengambil berat terhadap org lain – org tidak akan mengambil tahu apa yg anda tahu, tetapi org tahu apabila anda mengambil berat terhadap seseorg. jika anda ingin menjd org yg berpengaruh, anda haruslah mengambil berat terhadap org lain sblm mencuba utk memimpin mereka. tetaplah mengambil berat dan banyakkanlah memberi kebaikan kpd org-org disekitar anda meskipun sesuatu terjadi terhadap anda.
  3. Setiap orang memerlukan seseorang – setiap org memerlukan persahabatan, dorongan dan pertolongan. Melakukan aktiviti bersama-sama orang lain adalah lebih memberi kepuasan. setiap org memerlukan seseorg utk didampingi dan menolong. Jika anda memahami itu, bersedialah memberi diri anda kpd org lain dan menolong mereka, mempertahankan kebenaran sehingga kehidupan mereka dan anda dapat berubah.
  4. Setiap orang dapat menjadi org penting – perjalanan hidup manusia sangat berbeza dan sukar difahami seperti anda sukar memahami takdir anda sendiri kerana semuanya mnjadi rahsia yg hanya dimiliki oleh sang pencipta, ALLAH SWT. Tetapi sbgai manusia yg bijak, anda perlu selalu menghormati org lain dan melayan sesiapapun dengan cara yg dpt diterima. meskipun, saat tertentu anda mampu menyelesaikan sendiri tetapi suatu saat nanti anda akan memerlukan org lain dengan keadaan dan keperluan yg berbeza. Anda tidak dpt menilai org brdasarkn persepsi saat ini saja tetapi utk waktu yg tidak dapat ditentukan. Jika seseorg memahami dan mempercayainya, begitu juga anda memahami org dan mempercayai mereka, mereka benar-benar dpt menjadi org penting.
  5. Seorg yg dibantu mempengaruhi banyak orang – sesuatu yg perlu anda tahu dan fahami adalah ketika anda menolong seorg dlm kesusahan, anda sebenarnya membantu banyak org. kerana, apabila anda berikan bantuan kepada seorg, akan mempengaruhi kehidupan semua org yg dipengaruhinya. apabila anda membantu org lain, anda selalu menerima lebih banyak drpd yg dpt anda berikan. kebanyakan org sangat bersyukur ketika ada org lain membuat mereka mnjd org penting.

Layanan anda terhadap orang lain sepatutnya….

* memandang dari perspektif org lain yg lebih luas. bukalah setiap kemungkinan yg ada baik positif mahupun negatif tentang org lain. Setiap kali anda melihat sesuatu dr perspektif org lain, anda akan menerima cara yg sepenuhnya baru dlm memandang kehidupan. anda akan mndpt cara-cara baru utk membantu org lain.

*empati peribadi. Berlatihlah utk memberikan kebaikan trhadap org lain sebagai sebahagian dari ibadah dan mengharapkan keredhaan Allah SWT. Kehalusan hati dibentuk kerana kebaikan dan huluran tangan kpd org lain.

*sikap positif terhadap org lain merupakan pilihan terpenting yg akan anda buat. Jika cara berfikir anda positif, anda dapat menimbulkan kesan yg luarbiasa terhadap persekitarannya.

About these ads
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: