Arkib

Archive for November 4, 2008

YANG ANEH-ANEH

November 4, 2008 sitihorizon Tinggalkan komen

 

OLEH FAISAL TEHRANI

ANEH! Begitu kata kawan saya Abdullah Komurcu yang sudah berada di Malaysia dalam setahun. Yang aneh-aneh terlalu banyak di Malaysia, tambahnya lagi. Beliau merujuk kepada banyak perkara yang sebetulnya membingungkan, itu kata beliau. Juga kata hati saya, tetapi kerana ia terlalu lazim di Malaysia maka ia tidak lagi jadi membingungkan meskipun ia adalah sebetulnya sesuatu yang amat mengelirukan. Jika kita kata ini sesuatu yang mengelirukan kita pula yang dituduh keliru. Maaf artikel ini lebih mengata pembaca beragama Islam. Ini bulan raya, lagi pun agama itu nasihat.

Contoh? Begini. Kawan saya itu merujuk berita seorang artis menunaikan umrah kemudian pulang masih menyanyi, masih mengenakan pakaian seksi dan macam-macam lagilah. Bila orang tanya dia balas semula dengan jawapan, ini antara saya dengan Allah. Eh-eh bukan di dalam Islam antara Allah dengan kita ada kaitan dengan lain-lain manusia juga?

Kemudian kata sahabat saya itu, lebih aneh dia melihat remaja atau gadis bertudung kemudian mengenakan t-shirt lengan pendek. Di mana konsep menutup auratnya? Atau di sekolah bertudung labuh kemudian pulang sekolah tidak sabar-sabar lagi menayangkan rambut merah blonde yang baru diwarnakan.

Atau, contoh lain, gadis bertudung kelihatan sopan, menegurnya di dalam tren dengan penuh manja dan menawarkan ‘saya boleh bawa pergi jalan-jalan di Genting’. Bila saya tiba dan sergah gadis itu kerana perangai buruknya, dia marah pula pada saya. “I just want to be friendly.”

Eh-eh ini Malaysiakah? Bukankah ini negara Islam? Atau bukankah Turki yang sepatutnya lebih teruk kerana mereka dilanda fahaman sekularisme lebih awal dari kita? Sahabat saya itu jadi lebih ‘terkejut kerbau’ melihat ada artis wanita bertudung sempurna kemudian menyanyi lagu seperti pop. ‘Ini aneh.’ Katanya.

‘Ini Islam cara Malaysia, kita berbangga kita terbuka.’ Tukas seorang teman saya, orang tempatan yang rasa bertanggungjawab mempertahankan ‘Malaysia’.

Dan apa pendirian saya? Kenapa mempertahankan dan melindungi perkara yang nyata salah? Read more…