Arkib
Mengumpat diharuskan?

Hmm.. Mengumpat…Sy sangat takut jika termasuk dlm golongan ini…kadang2 bila sy muhasabah balik hari-hari yang lepas..MESTI ADA JUGAK PERBUALAN2 YG MENJURUS KPD MENGUMPAT NI….dulu sy rajin bg msg pd sume org utk meminta maaf selepas muhasabah diri..tp, sejak dpt feedback yg teruk dr kwn2..sy xmsg dah..sy rasa sedih jugak bila kwn2 xleh terima bila sy minta maaf, siap kutuk dan bg ayat power lagi..huhu.. sy rs baik sy minta maaf dan bertaubat pada Allah saja..sbb sy tahu, Allah maha mendengar, maha pengampun, maha penyayang dan memaafkan.
Tapi, walau mengelak dr mengumpat macammanapun, sy tetap xdpt lari dr terdengar umpatan orang di sekeliling dlm perbualan harian..dan semestinya org yg terdengar sekali tu pun tetap dikira sbg mengumpat..huhu…. satu hari, sy terjumpa sesuatu mengenai mengumpat ni…”Perkara yg mengharuskan seseorang mengumpat”
Dalam kitab ’Bidayatul Hidayah’, karangan Imam Al Ghazali, ada menyebutkan dalam bahagian ’cara meninggalkan maksiat’ ada 6 perkara yang mengharuskan kita mengumpat iaitu:-
- Ketika mengadukan hal kezaliman orang lain terhadap kita dihadapan hakim atau seumpamanya, maka ketika itu kita harus mendedahkan keaibannya.
- Ketika bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang itu, haruslah kita menyebut kesalahannya dihadapan orang yg datang membantu membaiki kesalahannya.
- Ketika meminta fatwa kepada mufti, hendaklah kita menceritakan kesalahan orang itu bersabit dengan soalan kita.
- Ketika memberi amaran kepada orang ramai, supaya mereka tidak terikut-ikut dengan perbuatan salah orang tersebut dan tertipu dengan perbuatan orang tersebut dengan menyebut kesalahannya.
- Ketika memanggil nama seseorang yg telah dikenali dengan aibnya seperti kita menyebut seorang yang mahsyur dengan nama : Mat pendek dan sebagainya.
- Menyebut kesalahan seseorang yang sudah tidak malu menzahirkan kefasikkannya seperti org yg suka meminum arak dihadapan org ramai.
(Utk lebih jelas sila lihat Ihya Ulumiddin, Juzuk 3/103)
Resepi Sedap: Roti Gulung Sardin
Assalamualaikum..hmm..sempena bulan ramadhan ni.. best gak kalo kongsi resepi ni dengan sume…hasilnye pasti memukau dan menawan..he
ROTI GULUNG + SARDIN IKAN
Bahan2
Roti (kalo nk best lg roti gardenia)
Sardin (masak sardin ni tambah ape yg patut spt bawang dll- ikut citarasa anda la..hehe)
Air masak
Telur
Ramadhan Al Mubarak
Assalamualaikum.. Buat sahabat semua, saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Hayatilah Ramadhan kali ni dengan penuh tawaduk dan keinsafan. Ambillah kesempatan utk membanyakkan ibadah disamping menyucikan hati dan jiwa.
Hmm..ramadhan yg paling saya xdpt lupakan ialah ramadhan 1424 H. iaitu semasa saya masih belajar di Matrikulasi (Pusat Asasi Sains UM – PAS UM)… kerana.. disana, banyak pengalaman berharga yg sy timba dan banyak pengajaran yg Allah berikan kepada sy… Alhamdulillah, segalanya menambah keinsafan dan pengalaman baru kpd sy dlm mengharungi ranjau dan dugaan dunia yg penuh cabaran ini. Hmm,sempena ramadhan ini,ingin sy kongsi sedikit tips2 dan ilmu dlm mengerjakan ibadah puasa..
Tips- tips Puasa
1) Rajin-rajinlah bangun utk bersahur…walaupun seteguk air kerana waktu tersebut sangat diberkati.
“Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
2) Membanyakkan amalan sunat disamping menambah kualiti ibadah yg wajib
“Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)
“Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”. (Fath al-Bari, no 936).
3) Membanyakkan doa dan zikir
“Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)






"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut
untuk memberikan kenyamanan".
Komen terbaru