Utama > Isu Semasa > Isu Semasa: Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Isu Semasa: Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Hari Kemerdekaan yg ke 51th…  

PERJANJIAN

Betul ke kita dah merdeka? yee..dah merdeka tetapi melalui perjanjian yg umno buat dgn pihak omputih…  bukan merdeka sbg pejuang bangsa spt indonesia. bukan xbersyukur dgn kemerdekaan yg dikecapi hari ni.. tp, makna kemerdekaan sedikit pudar kerana perjanjian yg ditangani.. dlm perjanjian kemerdekaan tersebut, apa yg digadaikan utk menjd galang ganti pengistiharaan kemerdekaan negara?

PERJUANGAN

Melalui penceritaan sejarah kemerdekaan Indonesia, pejuang2 kemerdekaan (rakyat) berusaha gigih utk menghalau penjajah dr bumi indonesia…dan mereka mendapat kemanisan kemerdekaan itu…pejuang-pejuang mereka diingati kerana bertaruh nyawa menentang penjajah.. bukan seperti malaysia..pejuang kita diingati mengikat perjanjian mengikut kepala penjajah..merdeka malaysia hanya di atas kertas perjanjian. dimana pejuang-pejuang kita yg menentang penjajah? mati, dibuang negeri/negara, masuk ISA. Inilah pejuang-pejuang tulen kita, xgentar menegakkan keadilan. Walaupun tergadai darah dan maruah, tanah pusaka takkan digadaikan!

SEJARAH

Apa gunanya sejarah? simpan dlm perpustakaan malaysia? Kaji, selidik, faham..agar sejarah tidak berulang.. oh malaysia tanah airku, bumimu mmg xmenerima pejuang! insan bernama pejuang dihantar ke tempat paling jijik dan dijadikan tidak bermaruah! inilah realiti pejuang kita..pejuang rakyat kita. Pejuang agama dan bangsa kita juga dianaktirikan, sejarah menyaksikan terkuburnya pejuang2 bangsa dan agama ditanah air sendiri! akibat sifat keji pemerintah yg mementingkan puak2 dan juak2nya. Rakyat malaysia harus berfikir…seimbangkan malaysia dr semua segi..kerana keterlaluan tanpa batasan akan mengakibatkan kesengsaraan. Belajar dr sejarah, belajar utk mengerti dan memahami kemerdekaan sbnr..

 

KEMERDEKAAN 2008

Pada tahun ini, seluruh rakyat menyaksikan kemerdekaan bersuara pejuang2 rakyat yg bersusah payah meniti bara. Kerajaan pemerintah yg gah dgn namanya kecundang menyembah bumi merdeka buatan mereka. tegakah kita membiarkan bumi kita disimbah darah angkara menjatuhkan pejuang2 ini sekali lagi seperti dulu? TIDAK!! TIDAK!! waspadalah rakyat malaysia, kita bakal merempuh tembok berapi ciptaan mereka..rempuhlah dgn berhati-hati.. agar sejarah takkan berulang lagi.. ayuh maju dan mara kehadapan..perjuangan kita belum selesai :)

.::SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA (diatas kertas perjanjian) KE 51::.

About these ads
  1. interferens
    Oktober 17, 2008 at 4:01 am

    apa salahnya kemerdekaan yg kita kecapi ini dengan perjanjian ? Bukankah itu lebih baik dari menumpahkan nyawa jutaan org yg kita akan banggakan sebagai pejuang? sanggupkah anda melihat atuk,nenek,mak dan ayah anda cacat,patah kaki dan tangan..menderita akibat kecederaan semasa perang sepanjang hayat mereka…

    memang mendapat kemerdekaan secara peperangan lebih gah,lebih ummhhh..tetapi secara perjanjian juga tidak kurang maknanya kemerdekaan ini…yang penting bukanlah merdeka itu,tetapi apa yg kita dapat hasil dari kemerdekaan..bayangkan sewaktu merdeka rakyat malaysia ada lebih kurang 18juta (ini saya agak sahaja..sila betulkan kalau salah) tetapi hampir separuh dari angka itu katakan 9 juta orang cacat…bagaimanakah kita mahu membina negara kita ? tentunya produktiviti negara akan kurang..kita juga perlukan wang yang banyak untuk menyara OKU2 ini..maaf, saya bukanya anti OKU..saya amat menyayangi OKU..tetapi fikirkan kalau terlalu banyak OKU akibat peperangan…akibat ketidak bijaksaan kita…

    ingatlah..perjuangan itu ada banyak cara dan jalan….firman Allah sendiri didalam Al-Quran menyeru hambanya agar cenderung menggunakan jalan perdamaian jika kedua2 pihak mahu berdamai..adakah Almarhum Tunku Abdul Rahman melanggar perintah Allah ini ? tentunya tidak…malahan beliau menyahut seruan itu…

    Saya juga tidak menafikan bahawa perjuangan kemerdekaan kita juga dipelopori oleh org2 yg berjuang mengangkat senjata, seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut,Tok Gajah, Mat Kilau dan ramai lagi…mereka ini kita tidak boleh lupakan..kerana itulah nama2 mereka ini tercatat didalam buku sejarah tingkatan 2 dan 5..cuma ada beberapa pihak (seperti pembangkang) yang mengatakan bahawa kerajaan sengaja melupakan dan memadam sejarah pejuang2 ini..tetapi adakah pihak ini pernah menyemak buku teks sejarah tingkatan 2 dan 5 itu ? saya rasakan mereka mungkin tertidur semasa cikgu sejarah mereka mengajar dahulu…..

    mengapa perjuangan UMNO tahun 1946 – 1957 di angkat lebih tinggi dari yang lain ? benarkan ia diangkat lebih tinggi dari yg lain ? saya tidak merasa begitu, cuma jika saya membaca media2 pembangkang seperti harakah, kononya kerajaan sengaja meleyapkan perjuangan tokoh2 dahulu dan sengaja menonjolkan UMNO sebagai semata2 pejuang kemerdakaan…saya rasa tafsiran itu silap dan berat sebelah…kerajaan sekarang memberikan kredit yg sebaik2nya kepada semua pejuang (kecuali komunis) cuma ya lah..nak cerita panjang2 pasal sejarah..nanti org boring pula…just ambil penghujungnya sudahlah…dan kerana perjuangan UMNO menentang Malayan Union itu adalah perjuangan yang berjaya mencapai kemerdekaan, maka itu haruslah diingati..perjuangan pejuang2 melayu seperti diatas bukanya tidak penting, ianya peting..tetapi mereka tidak berjaya, tewas dipertengahan jalan..tetapi semangat dah roh perjuangan mereka itulah yg mencetuskan semangat ingin merdeka dalam jiwa generasi seterusnya…

    saya juga tidak nampak bagaimana yg dikatakan kerajaan sengaja meleyapkan perjuangan KMM,API,INSAF,Hizbul Muslimun dan sebagainya..jika kita membaca buku sejarah tingkatan 3..kita akan jumpa semua ini…adalah tidak adil jika kita katakan ia sengaja dilenyapkan…

    alamak..dah panjang pula saya merapu…

    oklah..pesan yg terakhir, hargailah kemerdekaan yg kita kecapi pada hari ini, nikmat kemerdekaan yg kita dapat inilah yang membolehkan kita hidup dengan baik pada hari ini, semua rakyat mendapat pendidikan yg sempurna, mudah menyambung pelajaran ke peringkat tinggi, tidak sukar mencari pekerjaan, tidak perlu berhijrah ke negara org untuk menjadi buruh kasar (seperti rakyat sebuah negara yg mendapat kemerdekaan dgn buluh runcing itu) sebaliknya jika berhijrah pun..untuk menjadi profesional (arkitek,jurutera..dsb),syiar islam berkembang maju, mesjid dan surau merata2, mencari makanan yg halal juga mudah (bandingkan dengan negara2 jiran)…

    Kita jarang bersyukur dengan apa yg kita ada, sehinggalah nikmat yg Allah berikan itu ditarik semula..barulah kita mengeluh…

  2. Oktober 17, 2008 at 4:22 am

    interferens: Terima kasih kerana sudi meluahkan perasaan disini :)

    ilmu tu penting, banyakkan membaca ok (selain drpd buku2 sejarah budak2 sekolah). Banyak buku2 sejarah perjuangan kt Library tu.. sian dia..xde org nk baca..huhu. Sbnarnya tulisan sy ni byk yg tersirat dr tersurat.. so, mgikut luahan perasaan awk, sy faham..awk mmg xfaham..hehehe

  3. interferens
    Oktober 17, 2008 at 8:50 am

    bila baca balik posting awak dgn comment saya tu..rasanya macam lain jer apa yg saya komen dgn posting..cuma apa yg saya komen tu ialah luhan dan pendapat saya tentang sesetengah org sengaja mengatakan bahawa ada part2 perjuangan sejarah yg cuba disembunyikan oleh pemerintah..sebenarnya ia tidak disembunyikan..cuma org yg komplen tu yg tak study habis….dan byk lagi yg tak sempat dimuatkan dalam buku teks sekolah (kalau muatkan semua, banyak pula kena study untuk exam nanti) jadi kalau berminat, silalah belek buku2 tersebut di perpustakaan (kalau ada)….

    Cuma saya tidak bersetuju dengan penulis yg memperlecehkan kemerdekaan negara yg kita perolehi ini dengan perjanjian..sebabnya..seperti saya terangkan dalam komen saya (yg agak berserabut) di atas….

    walaupun syarat2 kemerdekaan itu perit untuk kita telan..terpaksa berkongsi kekayaan dengan bangsa pendatang…namun atas dasar kemanusiaan,belas ehsan dan semangat toleransi..datuk dan nenek kita sanggup juga menerimanya asalkan anak cucu mereka dapat hidup senang-lenang dikemudian hari. Itulah pegorbanan yang paling besar ertinya….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: