
Salam, apa yg anda akan fikir bila nampak seseorang tu atau kawan anda buat sesuatu yg pelik dan bukan amalan kebiasaannya?
Contohnya kwn anda tu xpernah pon keluar dengan perempuan tetiba nampak dia berjumpa dengan perempuan yg xdikenali di kafe/kedai makan…hmm..mesti hilang sume kepercayaan pada dia kan…dan kt otak ni mesti fikir mcm2 yg buruk2 saja kat dia.. tunjuk alim la konon..dan macam2 lagi tuduhan-tuduhan liar dr syaitan dtg..
Percaya atau tak, detik itulah Allah nak uji kita bagaimana kita menghadapi hasutan-hasutan syaitan yg ingin memecah belahkan manusia dan umat islam. Bersangka baik sesama umat islam amat dititik beratkan dalam membina perpaduan dan kepercayaan. Menilai sesuatu peristiwa tanpa penjelasan si pelaku adalah zalim. Pada contoh kes di atas, mungkin kwnnya itu bertemu dengan saudara kandungnya, ibu saudaranya atau seseorang asing yg mana dia terpaksa mengorbankan prinsipnya untuk hal yang lebih mustahak pada masa tersebut. Jika anda sayang kwn anda itu, meminta penjelasan adalah lebih baik berbanding meneka-neka alasan yg boleh mendatangkan fitnah dan menzalimi sahabat anda tadi. Lain lah kalau dia melakukan sesuatu yg menyalahi agama..
Dalam surah al-kahf (ayat 70-82), ada diceritakan tentang kisah nabi Musa dan nabi Khidr yang musafir bersama-sama. Tetapi didalam prjalanan, nabi Kidr telah melakukan sesuatu yg pelik dan tidak dapat diterima oleh nabi Musa (baginya, perbuatan nabi kidr sgt kejam dan menyalahi ilmunya). Dan kisah ini memberitahu bahawa hanya nabi khidr sahaja yg mengetahui rahsia segala perbuatannya dan nabi Musa tersalah tafsir perbuatan nabi khidr td kerana hanya memndg hukum yg zahir pd sisinya sahaja.
Jadi, kesimpulannya..cepat meneka/menghukum seseorang tanpa penjelasan/bukti adalah salah dan zalim. Saya juga xterkecuali dr perbuatan-perbuatan yg pelik dan ajaib ini kerana walaupun sy mempunyai prinsip dan agak menekankan aspek batasan dalam hubungan yg bukan muhrim, adakalanya sy perlu longgarkan prinsip itu utk sebab yg lebih utama dan lebih bersifat terbuka. Bagi sy, melakukan sesuatu tanpa sebab adalah sia-sia dan membuang masa sahaja. Begitu juga jika saya menghindarkan diri sy dr seseorg itu.. semuanya ada sebab tersendiri..dan empunya diri sahaja yang tahu



"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut
untuk memberikan kenyamanan".
Komen terbaru