Arkib

Archive for Mac 16, 2008

Benarkah Cinta itu Untukku??

Mac 16, 2008 sitihorizon 3 comments

Assalamualaikum, menelusuri persoalan cinta, amat susah menyatakan siapa cinta kepada siapa, siapakah yg kita cintai kekal menemani disisi…tidak curang, sentiasa setia hingga ke akhirnya…(huii, susah betullah nk jumpa..) Akibat cinta, mata buleh jd buta, hati jd sensitip (merajuk, cemburu, dll), tidur xlena..mandi xbasah..makan xkenyang…dan lain2 lagik..tapi, pernahkah kita terfikir utk mencari sape yg betul2 kita patut cintai dan yg pasti, si dia mestilah akan sentiasa menemani kita sampai ke syurga ;)

JOM kita baca kesah cinta ini!!..sangat menarikk :)


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, ?Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.?

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?? Isteri keempatnya terdiam. ?Tentu saja tidak!? jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, ?Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku??. Isteri ketiganya menjawab, ?Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati?. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, ?Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?? Si isteri kedua menjawab perlahan, ?Maafkan aku?aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.?

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, ?Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.? Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, ?Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau
seperti ini isteriku.?

MORAL OF THE STORY…

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita
sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

——————————————————————-

hehe..camne??? yg mana anda suker? cepat pilih..nak yg cantik ke, kaya ke, yg pandai bergaya ke..

 

p/s: saya nk cinta Allah, ia kekal abadi.. :)

Categories: Teladan Hidup Label:, , ,

Analisis Isu- DEB

Mac 16, 2008 sitihorizon 5 comments

Pulau Pinang bebas DEB – Guan Eng

11/03/2008 8:59pm
PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kon trak kerajaan.

DEB menekankan pembasmian kemiskinan dan pens trukturan semula ekonomi untuk menghapuskan penge nalan etnik dengan fungsi ekonomi.

Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971, juga mengandu ngi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-ku rangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.

Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.

“Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.” — BERNAMA.

———————————————————————————————

Guan Eng nafi keluar kenyataan perkauman

13/03/2008 9:14pm
PULAU PINANG 13 Mac – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menafikan bahawa beliau membuat kenyataan yang cuba memarakkan ketegangan kaum di negara ini semasa mengumumkan tindakan kerajaan negeri pimpinannya mahu melaksanakan dasar yang bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Katanya, tiada sebarang unsur perkauman yang diketengahkan dalam kenyataannya pada hari pertama memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dan mempertahankan bahawa pentadbiran kerajaan negeri yang baru itu tidak akan meminggirkan kepentingan mana-mana kaum.

Beliau berkata, apa yang penting bagi kerajaan negeri pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ialah menjalankan pentadbiran kerajaan yang bebas daripada DEB, yang disifatkannya membuka peluang kepada wu judnya kronisme, rasuah dan ketidakcekapan.

“DAP pasti menyokong DEB jika tujuannya untuk membasmi kemiskinan dilaksanakan dengan baik,’’ kata nya ketika diminta mengulas amaran Perdana Menteri, DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi kepadanya supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan kete gangan kaum.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis mengangkat sumpah Timbalan Ketua Menteri I dan II, iaitu Mohammad Fairus Khairuddin dan Dr. P.Ramasamy serta lapan lagi anggota Exco kerajaan negeri di sini. – Bernama

——————————————————————————————

Bertam, Gabem adu kepada polis

(Utusan Malaysia,16mac08)

BADAN Bertindak Melayu (Bertam) berarak ke Ibu Pejabat Polis di Shah Alam, semalam untuk membuat laporan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu DEB di negeri tersebut.

SHAH ALAM 15 Mac – Badan Bertindak Melayu (Bertam) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bercadang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Pengerusinya, Ahmad Shahrizal Jimin berkata, laporan itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng terhadap dasar tersebut yang tidak mengambil kira sensitiviti kaum di negara ini khususnya orang Melayu.

Katanya, tindakan Setiausaha Agung DAP itu yang ingin memansuhkan DEB seolah-olah satu cubaan menyekat peluang dan hak orang Melayu serta bumiputera lain dalam pembangunan yang jelasnya termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Guan Eng cuba mencabuli Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak mahu berlakunya salah faham di antara kaum di negara ini kerana perkara ini akan menimbulkan keadaan yang tidak diingini termasuklah rusuhan.

“Hari ini orang Melayu Pulau Pinang jelas terpinggir dan kita tidak mahu keadaan yang sama turut berlaku di negeri ini,” katanya ketika mengadakan perarakan aman membantah cadangan DAP untuk menghapuskan DEB di Pulau Pinang serta membuat laporan polis terhadap Guan Eng di Balai Polis Shah Alam di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika perarakan yang turut disertai Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Selangor setelah kesemua penyokong mematuhi arahan Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Supritendan Shariff Abdul Wahid yang meminta mereka supaya bersurai kira-kira 20 minit kemudian.

Terdahulu, Sharizal ketika membaca kenyataan media berkata, DAP hanya berminat mengaburi mata orang Melayu dengan janji manis untuk memastikan parti itu menang pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, taktik itu dapat dilihat apabila orang Melayu hanya diberi dua kerusi Exco di Pulau Pinang atau 20 peratus daripada 10 kerusi Exco sungguhpun 42 peratus penduduk negeri itu terdiri daripada orang Melayu.

——————————————————————————————-

2008/03/15( NST)

Protest against new government


 

Demonstrators outside Komtar yesterday called for the chief minister not to turn Penang into another Singapore.
Demonstrators outside Komtar yesterday called for the chief minister not to turn Penang into another Singapore.

GEORGE TOWN: A group of people gathered around the Komtar building here yesterday to protest against the DAP-PKR coalition government.

The crowd demanded that the state government leave the New Economic Policy (NEP) alone and also called on Chief Minister Lim Guan Eng to ensure that the Malays would not be marginalised under the new state administration.

They said he should not turn Penang into another Singapore.

Police, including light strike force personnel, were on standby as the crowd started to gather in Jalan Magazine after Friday prayers about 2.15pm.

They carried banners decrying attempts to abolish the NEP and calling for support for Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s leadership.
North East district police chief assistant commissioner Azam Abdul Hamid later ordered the crowd to disperse after informing them that police had not issued any permit for the gathering.

Also present were state Umno leaders including former deputy chief minister Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, Umno secretary Datuk Azhar Ibrahim and Bukit Mertajam division chief Datuk Musa Sheikh Fadzir.

The crowd dispersed peacefully after shouting slogans for about 45 minutes. Police did not arrest anyone.

Azhar said that the gathering was organised as the Malays wanted to vent their anger against the state government’s stand on the NEP.

Lim said the state government did not have any problems with the gathering.

“It is all part of freedom of speech. However, I am surprised that they did not give me any memorandum.

“This is the first time a demonstration has been held but those who organised it did not have any memorandum to be submitted,” he said.

Lim said the newly-formed state government was willing to listen to what the people had to say, including those from Umno.

http://www.nst.com.my/Saturday/National/2187381/Article/index_html

——————————————————————————————

Guan Eng minta tutup isu

(Utusan Malaysia,16mac08)

PULAU PINANG 15 Mac – Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini berharap semua pihak menghentikan polemik mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebaliknya memberi peluang kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pemerintahan.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan mengamalkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum atau melakukan sesuatu yang boleh merugikan rakyat.

‘‘Apa yang penting ialah melangkah ke depan dan melaksanakan pemerintahan berdasarkan ketelusan dengan sumber kekayaan negeri dikongsi secara bersama dengan penduduk Pulau Pinang.

‘‘Kita perlu melangkah ke depan, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa semua projek kerajaan Pusat di negeri ini akan diteruskan,’’ katanya selepas merasmikan galeri Artistik Malaysia di Jalan Armenian di sini hari ini.

Guan Eng menganggap DEB bukan lagi satu isu kerana kerajaan negeri hanya ingin menumpukan kepada sistem pemberian tender secara terbuka.

‘‘DEB tidak ada isu langsung, sekarang kita hanya nak buat tender terbuka, kalau ini pun dianggap sebagai isu, apa yang boleh saya buat.

‘‘Saya rasa isu ini tutuplah, saya tak mahu komen apa-apa lagi kerana yang penting kita perlu melangkah ke depan,’’ katanya.

—————————————————————————————–

Pendirian KeADILan Terhadap DEB Jelas dan Tegas

KeADILan

Kuala Lumpur, 15 Mac – Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mempunyai pendirian yang jelas dan tegas terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB). Demikian yang diumumkan oleh Timbalan Presidennya, Dr. Syed Husin Ali dalam sebuah kenyataan media.

“Selepas dilaksanakan hampir 40 tahun, DEB ternyata sudah ketinggalan zaman. Ia disalahgunakan oleh segelintir pemimpin Umno-Bn serta kroni-kroni mereka untuk merompak kekayaan negara bagi mengkayakan diri sendiri atas nama seluruh rakyat Melayu. Ia telah mengakibatkan amalan diskriminasi kaum, bertentangan dengan semangat memberi keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia, terutama sekali mereka dari golongan miskin, terpinggir dan terbiar dari semua kaum.”

Jelas beliau, visi ekonomi KeADILan terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, yang berhasrat untuk:

(a) memperkenal dan melaksanakan dasar pembahagian kekayaan negara yang adil, seimbang serta saksama;

(b) memerangi dan akhirnya membenteras amalan jijik korupsi, kronisme serta nepotisme dan memastikan pemberian kontrak serta projek dilakukan secara terbuka dan telus;

(c) meneruskan dasar memberi pertolongan kepada golongan Bumiputera yang miskin serta terbiar tetapi pada masa yang sama memberi peluang yang sejajar kepada golongan bukan Bumiputra yang miskin, terpinggir serta terbiar, atas asas keperluan dan bukan kemakan kaum;

(d) menggunakan sumber kekayaan negara untuk menyediakan kemudahan sosial yang lebih baik – terutama pendidikan, kesihatan dan perumahan – untuk golongan miskin dan susah tanpa mengira latarbelakang kaum; dan

(e) menjana pembangunan yang menguntungkan rakya serta membina kapasiti bersaing supaya Malaysia dapat berdiri sama tinggi dengan semua negara maju, bermula dengan yang di Asia.

“Pemimpin-pemimpin Umno-Bn dan media mereka kuasai yang menuduh kononnya Parti Keadilan Rakyat tidak mempunyai pendirian terhadap DEB dan cara-cara untuk mempertingkat taraf hidup orang Melayu yang miskin, terpinggir dan tercicir sebenarnya berdusta dan segaja cuba hendak menipu dan menyelewengkan perhatian rakyat. Kami menegaskan dasar memberi keutamaan untuk kebajikan golongan miskin, terpinggir akan lebih banyak memberikan keuntungan kepada rakyat Melayu, kerana merekalah yang merupakan majoriti paling ramai di dalam categori ini” kata Dr. Syed.

http://www.suarakeadilan.com/isi/2008/03/15/pendirian-keadilan-terhadap-deb-jelas-dan-tegas/

=============================================================

Berfikirlah dengan terperinci dgn HATi+JiWA+AKAL

Penilaian yg baik adalah dari FiKiRAN yg bebas dr PENYAKIT HATi+JiWA+AKAL.

Berfikir dengan Akal, Menilai dengan Hati, Memahami dengan Perasaan…

Gunakan segala ANUGERAH yg telah tuhan berikan kepada kita!! :)

Categories: Isu Semasa Label:, ,

Salam Ukhuwwah!!

Assalamualaikum, salam ukhuwwah fillah buat semua!

Hidup Perlu Berbakti~ adalah karya kehidupan melalui teladan dan pengalaman seharian untuk dikongsi bersama masyarakat. Penulis bukanlah seorang yg pandai menulis dan berbicara, tetapi berusaha berkongsi tulisan kehidupannya dengan semua. Mengambil peluang teknologi yg semakin pesat, penulis mengeksploitasikan teknologi ini kepada aktiviti yg berfaedah yg dapat membangun diri (self development). Bagi penulis, menggunakan peluang ini bukanlah sesuatu yg mudah, tetapi dlm zaman teknologi tanpa batasan ‘maklumat dihujung jari’ perlu digunakan sebaik mungkin!!

Setiap saat dalam hidup, setiap jam, setiap hari adalah sangat berharga buat manusia yg mengejar cinta dan redhaNYA…Jadikan Duniamu sebagai ladang akhirat :)

wassalam..

SALAM SETINGGI UKHUWWAH SEKENCANG DAKWAH!!

siti_horizon@yahoo.com

Categories: Uncategorized Label:, ,